Tuesday 22 October 2013

EDISI BONGKAR .... PENGENDALI TEMPAT LETAK KERETA DI PASAR BORONG SELAYANG, KUALA LUMPUR TELAH MENGENAKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) SEJAK DUA TAHUN LALU!!!


Beberapa pengendali tempat letak kereta di Lembah Klang didakwa telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST)  walaupun kerajaan belum secara rasmi melancarkannya.


Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat YB Tian Chua mendedahkan  bahawa pengendali tempat letak kereta di Pasar Borong Kuala Selayang Kuala Lumpur, telah mengenakan  GST dalam bayaran letak kereta dengan menambah 6% kepada jumlah asal .


"Saya telah dimaklumkan oleh sumber bahawa pengendali tertentu ini telah melaksanakan GST selama hampir dua tahun," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Dia bertanya jika kutipan hasil ini dimasukan kedalam kantung kerajaan.


"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah anugerahkan sebuah syarikat secara tender untuk menguruskan tempat letak kereta di pasar borong tersebut untuk tempoh selama sembilan tahun.


"Adakah mereka (DBKL ) tidak melihat tindakan syarikat itu? " katanya.

Tian Chua juga bertanya sama ada Dewan Bandaraya kini akan menjalankan pemeriksaan audit ke atas syarikat yang menguruskan hartanah.


"Ramai di kawasan bandar seolah-olah telah membayar GST tanpa disedari. "


Tian Chua, mendesak kerajaan untuk bertindak segera  ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan  ingin membuat keuntungan dengan para pengguna dijadikan mangsa.


Beliau menggesa orang ramai untuk memeriksa resit mereka selepas membayar untuk barangan dan perkhidmatan dan segera memfailkan aduan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang kutipan GST didalam bil-bil mereka.


INI BARU BETUL PUNYA GASAK SAMPAI TERBURAI.

1 comment:

  1. Cukai perkhidmatan kerajaan tu mmg dh lama ada ... sykt parking mmg bayar kpd kerajaan pun. bukan benda baru. dulu kene 5% then bila govt umum cukai naik kpd 6% .. pengusaha parking follow jer ... xder isu pun ...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...