Thursday 31 October 2013

INILAH WAJAH BLOGGER PRO UMNO PADI JANTAN YANG DIARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM130,000 KEPADA BEKAS SU MB KEDAH KERANA FITNAH JAHAT!!!



Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.

Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

8 comments:

  1. Padan muka .....sila buat lagi fitnah....supaya senang disaman lagi...

    ReplyDelete
  2. pengaran untuk semua bloger.. omakkau tak lama jadi macamtula.. sedap memfitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omakkau tak fitnah dan tak sesekali fitnah mana boley kena saman...hehe yg kena saman bloger omno lahanat je sebab memang omno kaki fitnah kaki tipu kaki bohong. Hehe

      Delete
  3. Susah lah sikit bloger2 PR nak kena saman sbb berita2 yg disiarkan berfakta tidak spt bloger BN main tibai je siar berita lansung tidak beretika. Berapa ramai bloger pro BN yg kalah saman mahkamah. Bloger Pro PR yg kalah saman hanya sorang sehaja iaitu bloger yg keluarkan berita Rais Yatim rogol pembantu rumah warga Indon. Nasihat saya semua bloger2 baik pro PR atau pro BN berhati hati lah menulis berita jgn main cedok sehaja. Jadi bloger sekadar untuk memdapat sesikit habuan menambah pendapatan tapi kalau dah kslah saman sampai beratus ribu kena bayar susah lah jadinya.

    ReplyDelete
  4. Tak mengapa bloger umno boleh terusan buat fitnah.dah memang itu sifat dajjah.mat mongol ada nak risau apa dia boleh tolong bayarakan saman fitnah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat mongol kepala bapak fitnah mana nak bantu anak2 dia yg suka fitnah tu.kata mat mongol ko yg buat ko tanggonglah aku cuma suruh je. Tang bayaran ko memfitnah aku bayar tapi klu kena saman ko tanggong. Hehe

      Delete
  5. Padan muka kat depa, suka sgt taboq fitnah hahaha! sat ni disusuli utusan meloya, & tv3suku :) ni padi jantan ka? kena fitnah utk tunjuk jantan ka? habaq mai sat!

    ReplyDelete
  6. yg peliknyeeee...blogger umno yg suke sangat buat fitnah ni kebanyakan melayu...kalaupun beragama islam,entah setakat mana rasa takut diorang dgn karma....kesiannnn...hanya nak hidup senang dan duit sanggup menggadai maruah diri dan agama,mencari makanan haram untuk anak bini....ishhhhhh....entah otak diorang letak kat mana....kesiannnnn

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...