Monday 28 October 2013

KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) SAHKAN KAD PENGENALAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG MENEMBAK MATI SEORANG PEGAWAI OPERASI AMBANK DI SUBANG JAYA RABU LALU ADALAH PALSU!!!!!



TANAH MERAH - Nombor kad pengenalan pengawal keselamatan yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Rabu lalu, disahkan tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya membuat semakan apabila siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

“Kita (JPN) sudah semak dari segi rekod, nombor kad pengenalan itu tidak wujud dalam sistem JPN. Kes ini dalam siasatan polis, jadi kita tunggu hasil siasatan,” katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Khas dan Dialog Bersama Ketua Pengarah JPN Mengenai Pengenalan Diri sempena Program Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tanah Merah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.18 petang, Rabu lalu, pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak penjenayah kejam itu sejurus membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Siasatan polis mendapati, suspek dipercayai warga asing itu menggunakan kad pengenalan palsu bagi membolehkannya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bertugas di beberapa bank sekitar Lembah Klang.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah masih belum diketahui.

Jariah berkata, majikan boleh membuat semakan dengan JPN jika ingin mengesahkan pekerja diambil adalah warga negara Malaysia berdasarkan maklumat kad pengenalan.

Katanya, selain untuk tinggal di negara ini secara haram, kebanyakan warga asing menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan dan melakukan jenayah.

5 comments:

  1. saspek bukan orang sabah.. rakan2 saspek di laman sosial facebook semua warga indon.. hapus kan orang indon ni.. sampah masyarakat negara kita.. kakitangan kerajaan yang bertugas lemah kalau d hulur DUIT.. terutama PDRM d sabah.. bila la nak insaf ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro......kalu hro cantas pucuk tumbuh makin bnyk cabangnyer.....kene cantas pangkal bru blh hapus baka tu noi

      Delete
  2. Kerajaan dah bela pokok2 ini siap buboh baja lagi bagi gemok sbb hasilnya lumayan pak. Ini lah bahayanya rasuah sbb itu dalam islam mengharamkan rasuah. Nak laksanakan hukuman Allah di Malaysia ini banyak sanhat songehnya dari pemerentah iti lah ini lah belum masa lah dan macam2 alasan siberi bagi menghalalkan cara. Allah dah cipta undang2 untuk manusia ini sbb dia(Allah) yg cipta manusia dan dia tahu keangkuhan manusia kalau tidak disekat dengan undang2 Yg Allah cipta. Masa nak dijadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini semua para malaikat memprotes kepada Allah dan tidak bersetuju dibagi kepada manusia untuk mengurustadbir bumi ini. Bila Allah kata aku tahu apa yg aku cipta semua para malaikat akur. Allah siapkan dengan undang2nya sekali tapi undang2 Allah diketepikan dan digunapakai undang2 ciptaan manusia

    ReplyDelete
  3. kad pengenalan x wujud ????????????? pelik2 ??????????? nampak sgt nk tutup mulut masing2...... TUTUP KES!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Si ardi d beri pluang utk.memiliki ic,so sapa pengkhianat yg.sebenarnya???.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...