Friday 25 October 2013

MANTAN PRESIDEN MCA, TUN DR LING LIONG SIK DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI ATAS PERTUDUHAN MENIPU PKFZ!!!



Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik daripada pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmad Asnawi dalam penghakimannya mendapati pihak pembelaan memberikan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Sembilan saksi termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi keterangan dan mengemukakan bukti terhadap Dr Ling.

Bekas Presiden Mca itu dituduh menipu Kabinet dengan menyembunyikan fakta terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% dalam pembelian RM25 sekaki persegi dalam pembelian tanah itu iaitu kadar faedah itu dikira sekali dalam harga asalnya.


Beliau kemudian menggesa Kabinet meluluskan pembelian tanah itu yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.


Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan berasingan iaitu mempengaruhi Kabinet membeli tanah 999.5 ekar tanah pada RM25 sekaki persegi dengan faedah 7.5% disahkan dan dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Hartanah tetapi tiada perjanjian seumpama itu dibuat.


Polis memulakan penyiasatan jual beli tanah PKFZ pada awal 2009 apabila Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan berhubung laporan audit kewangan projek itu.


Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007.

9 comments:

  1. dah agak dah.. mana berani nak dakwa kroni2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada sekor pun menteri ke kroni ke .. yg kena dlm apa2pun prbcraa mahkamah. Cuba tunjukan mana ada.

      Delete
    2. Sepatutnya mahkamah pun juga mesti disiasat sebab bersubahat dgn penjenayah.

      Delete
  2. Dah dia tidak bersalah....so sape yg bersalah...ooo kambing hitam..

    ReplyDelete
  3. Perbicaraan wayang kulit... Sama macam perbicaraan anggota polis bunuh altantuya.....

    ReplyDelete
  4. KERAjaan menipu rakyat... Biasalah.. lepas nih Cina nih saman balik kerajaan sebab dia tak bersalah. Pusing2 kambing gak jadi bahan...

    ReplyDelete
  5. sandiwara yg dah dijangkakan.......kita mau real punyer...mcm UMNO/Bn tergolek dog dari kuasa.......

    ReplyDelete
  6. Aiyaaaa. . . . . Mamak UMNO bikin talak apa punya. USD 44billion kasi sapu. Talak apa meh.
    MCA bikin talak boleh maa.

    ReplyDelete
  7. Lepas ini Khir Toyo pula akan dibebaskan. Yang akan kedalam selapas ini DSAI sebab dia pembangkang. Kalau rakyat cawkia kena kes rasuah atau salahguna kuasa jangan banyak lah RM700/- koman2 penjara 2th dan denda RM20,000/- i/d 2th penjara. Tapi bila kroni yg kena belasah RM12 billion buang kes shj. Awat bodoh sangat le semua pendakwa raya kat Mahkamah tu. Sebenarnya depa tak bodoh tapi telah diperborohkan termaauk lah para Hakim yg bijaksana tapi telah dirobotkan oleh pemerentah. Sampai kiamat lah kalau BN perentah Malaysia ini rasuah,salahguna kuasa dan apa kekadahnya lagi tak akan hapus lagi bertambah adalah. Fikir2kan wahai sahabat samada nak bahi pelingkup Malaysia atau nak bagi Malaysia dan rakyatnya terkehadapan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...