Wednesday 30 October 2013

PAPAGOMO MENGAMUK KUTUK KERAS PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SEBAGAI MEMBALAS DENDAM DIRINYA KENA PECAT DARI PDRM DULU!!!!!



Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris seorang bekas mata-mata Cawangan Trafik di Balai Polis Ampang yang kena buang kerja sebab didapati bersalah oleh Mahkamah melakukan rasuah terhadap seorang penagih dadah sebanyak RM400 disumbat kedalam penjara dan di denda kini sudah ambil kesempatan untuk hentam dan kutuk PDRM.

Omak Kau melihat beliau ambil peluang keemasan untuk melepaskan rasa dendam kesumatnya yang sekian lama terpendam dan tersimpan rapat dalam hati dan jiwanya selama ini terhadap PDRM.

Yang seronoknya tu dia tuduh ada Pegawai Polis Makan Suap (Rasuah) sedang dia kena buang kerja sampai masuk jel sebab melakukan rasuah kepada penagih dadah ketika beliau sedang bertugas sebagai anggota polis cawangan trafik .. cawangan yang tidak ada kena mengena dengan kegiatan dan tugas polis membenteras aktiviti salah guna dadah.

Berikut ialah entri dari dinding akaun FBnya yang serang PDRM tanpa rasa ehsan.


Guard Haramjadah - Polis Usah Tutup Pekung Kesalahan Yang Dilakukan Pegawainya.

Segak bergaya si haramjadah Guard yang menembak mati pekerja wanita Ambank tempoh hari. Banyak lagi gambar Haramjadah ni dalam album FB nya tapi Gomo taknak cakap pasal gambar Haramjadah ni coz Gomo nak belasah POLIS.

Hari tu Gomo dah maklum yang patut bertanggungjawap dalam kes ini adalah syarikat keselamatan Guard ni bekerja dan juga pihak Polis. Tapi ada ramai komen yang menyatakan polis tak salah, polis tak terlibat bla bla bla. Hari ni Gomo nak ulas sikit kenapa Gomo tetap salahkan Polis.

Step 1: syarikat keselamatan akan menugaskan pengawalnya untuk bertugas di Bank dan pengawal tersebut perlu dibekalkan dengan senjata api.

Step 2: syarikat keselamatan akan membuat permohonan kepada pihak Polis bagi memberikan kelulusan kepada pengawal keselamatan yang dipilih untuk memegang senjata api.

Step 3: Pihak Polis akan melakukan saringan ke atas penama yang dihantar oleh syarikat keselamatan untuk menyemak segala rekod dan juga apa apa yang berkaitan dengannya sebelum diberikan kelulusan. Pihak Polis boleh untuk tidak meluluskan permohonan syarikat keselamatan.

Step 4: Jika pengawal keselamatan yang disaring oleh pihak Polis tidak melepasi taraf kelayakkan maka pekara tersebut akan dimaklumkan kepada Syarikat Keselamatan tersebut dan nama pemohon pengawal keselamatan akan ditukarkan kepada pemohon yang lain.

Step 5: Setelah pihak Polis meluluskan permohonan syarikat Keselamatan tersebut dengan memberikan kelulusan untuk menggunakan senjata api barulah satu surat dikeluarkan oleh pihak Polis dengan menamakan sipolah bin sipolan diberi kelulusan untuk membawa sejata api.

Step 6: Setelah kelulusan diperolehi dari pihak Polis barulah syarikat keselamatan tersebut membekalkan senjata api kepada pengawal keselamatan yang telah lulus saringan daripada pihak Polis untuk berkhidmat.

Step 7: Pengawal bersenjata api itu berkhidmat dilokasi yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Keselamatan.

Ok, tu Gomo cakap dari apa yang telah disampaikan oleh rakan pengawal keselamatan bersenjata Api dan juga Bodyguard. Proses nya adalah lebih kurang begitu yang mana suka atau tidak sekalipun keculasan pegawai Polis yang meluluskan penggunaan senjata api kepada pengawal haramjadah warga Indonesia itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh kita terima. Gomo yakin pegawai Polis berkenaan bersikap sambil lewa ataupun mungkin ada unsur lain yang mana "Makan Suap" menyebabkan kelulusan diberikan begitu sahaja kepada warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Takziah kepada keluarga mangsa tembakan tersebut dan Gomo harap pihak keluarga mangsa mengambil tindakan saman ke atas pihak Syarikat Keselamatan dan jugak PDRM kerana kecuaian tersebut.

Pihak PDRM pula perlu mengambil tindakan disiplin segera keatas pegawai Polis yang bertugas dalam memberikan kelulusan kepada warga Indonesia tersebut. Tindakan tegas oleh PDRM perlu dilakukan bukan sahaja di mana pegawai Polis tersebut bertugas malah di seluruh Malaysia balai balai Polis begitu culas tahap keselamamatan senjata api.

Harap pihak PDRM tak marah dengan penjelasan ini kerana rakyat perlu tahu kebenarannya.

- Papa Gomo

10 comments:

  1. Duit2.......kata pilem p remli......meniaga orang lebih untung drp meniaga unta

    ReplyDelete
  2. adakah gomo bercakap perihal pengalamannya sbb begitu yakin psl makan suap ini?

    ReplyDelete
  3. Sikap seseorang akan d tentukan oleh sumber makanannya...HALAL ATAU HARAM....renungkan lah...

    ReplyDelete
  4. Rasuah tu kan dah jadi satu amalan di Malaysia ni.....apa nak di herankan..!!

    ReplyDelete
  5. Bila sudah tidak duduk dalam satu tong taik maka dia akan mengutuk kawan yang kekal dalam tong tersebut.

    Lumrah pengkhianat memang begitu.

    ReplyDelete
  6. Siapa nak percaya ckp2 seorang perasuah dan pemfitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bekas perasuah dan mungkin masih memfitnah. 50% kenyataannya masih boleh diambilkira untuk difikirkan, tapi perlu guna penapis yang baik

      Delete
  7. Step2 nak dapat pegang senjata api memang sangat betuL. Pengalaman mohon sejata sama macam gomo kata tu lah. Tapisan lepas tapisan oleh PDRm. Hak dia hendak semua ada. Ahli Rela, kebun sokongan semua ada. Setelah ditapis akhirnya aku tak layak. Begitulah telitinya tapisan PDrm. Tak marah mereka buat kerja betul, mana lah tau kad pengenalan ku palsu. Kalau silap Siapa nak tanggung.

    ReplyDelete
  8. Gomo pandai pula ckp pasai prosedur ya..Napa masa semasa dia masih bekerja dalam PDRM tak ikut pulak prosedur..Step apakah yang digunakan hingga di buang kojo tu..Satu jari tuding org..4 jari tuding pada diri sendiri..

    ReplyDelete
  9. Tak perlu hentam atau kondem orang lain jika hendak beri pendapat atau pandangan kita.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...