Monday 29 September 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN PELABUHAN KELANG?????



Angin bertiup kencang bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.

Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini.

Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, TSKI memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tiket PKR. Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor.

Jawatan Dato' MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

TSKI  meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya TSKI masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

TSKI juga dikatakan tidak berminat menyertai mana-mana parti politik sama ada Pas terutamanya UMNO.

Sebagai wakil rakyat bebas, TSKI dilihat akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih lagi dalam pertimbangan TSKI dan masih belum muktamad.

18 comments:

  1. Baguslah tu. Boleh bagi kipas remote control bertanding 1 lagi kerusi.

    Malaysiawaves tak nak bertanding bebas kerr

    Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Anak jantan... salute

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Anwar (MB joystick) mungkin berkempen dari Sg Buloh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah...kah.....kah..... ini bukan saya gelak tapi TUKAR TIUB yang gelak.

      Delete
  4. SAYA BERASAL DARI MAAHAD, BILA RESULT SPM KELUAR SERONOK SGT SBB DAPAT 1A, KWN PULA HANYA CUKUP MAKAN.

    SAYA DAPAT MASUK POLI COURSE ENGINE KWN X KEMANA JADI PERGI TIMUR TGH YG SEORG MASUK KUI N.

    5 TAHUN LPS ITU SAYA JADI JTK DI SEKOLAH GAJI SPM. MANAKALA KWN JDI USTAZ GAJI 4000.

    BILA ANAK MINTA DUIT NAK BELI BUKU SAYA CKP, XPAYAH LAH BELAJAR SGT BIAR RESULT LBH KURANG SAJA NNT AYAH HNTR KE TIMUR TENGAH ATAU KUIN. BALIK JADI USTAZAH GAJI 5X GANDA AYAH.

    DUNIA X ADIL.

    ReplyDelete
  5. Lebih baik letak jawatan daripada jadi kera sumbang dalam dewan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik dia tu ltk jwtn adun tu krn dia brlagak sgt n x ada gunanya pkr simpn org mcm tu, buat ssh je

      Delete
    2. betul tu bro 23:15 lebih baik anwar simpn awak supaya senang di sodomi,kah!kah!kah!

      Delete
    3. Ni org islam ke org kapir? Mulut mcm sampah...

      Delete
  6. Kali ini giliran pas pulaukan pkr utk prk kelang. Kah.... kah... cerdik jugak khalid ibrahim nak kenakan ketum & the gang. Langkah kajang lawan langkah kelang ketum kena pukul teruk.

    ReplyDelete
  7. Memang wajar.khalid letak jawatan daripadà di lanyak dalam dewan oleh budak budak anwar dan dap. DAP akam paling lantang menghwmtam khalid kerana nak bodek Pkr. Ya lah"! Jika sekira pkr tarik balik sokongan kpd. Dap kerajaan DAP penang akan tumbang.
    Kita lihat masih kah pengundi dun pelabohan masij percaya kpd. PKR.
    Dan kita akan dapat lihat dengan ketiadaan jwntera Pas boleh kah pkr menang. Lagi pun jika pas berada disana, menyusahkan izzah kerana bertambah geli lah sekarang terhadap orang Pas. Geli gelemang lah jadinya.

    ReplyDelete
  8. pas tak usah bantu pkr jika takdirnya trjadi prk di dun pelabuhan kelang.. lbih baik masuk jer bertanding lawan rakan dlm pr bersama bn .. atau brganding jer dgn bn .. banyak sangatlah songel lu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik tski tu brambus dr pkr krn 1 sen x ade gunenye dia tu brade dlm pkr, hutang menimbun

      Delete
  9. Kalit pasti letak jawatan...pilihanraya kecil plbhn klang...assmin test run as a mb sgor....parti pas yg bertungkus lumus bole la pakat ramai ramai pulak jsngan turun kempen mcm di pangkalan kubor dulu....baru adil...srmoga berbalas dendam sesama sendiri akan subur sepang masa.....tshniah selamat bergaduh sampai lumat sesama sendiri....jom parti pas pakat pakat jgn turun di palabuhan klang nnti......

    ReplyDelete
  10. Langkah Apa Ni Pulak! Khalid tak payah la baZirkan duit rakyat,Praktikkan apa yg dikatakan masa jadi MB

    ReplyDelete
  11. Masa jd MB sibuk kata berkhidmat utk rakyat Dpt sokongan rakyat
    Masuk DUN sorang sorang dah kecut Belum masuk penjara Sg Buluh

    ReplyDelete
  12. gagap sdh cuak tinggal seorang....?

    ReplyDelete
  13. Khalid duk thumb up manjang, senyum pun sampai ka telinga. Hati senang x da apa nk pikiaq, hutang dh setel, duit pun dh bertimbun. Lepeh letak jwtn adun pelabuhan klang mampuih lh depa yg tendang hang keluarq pkr dulu. Comfirm pengganti hang kt situ bukan dr pkr lg dh. Org dh naik menyampah dgn pkr sama dap ni, pas dh serek kene boikot dek pkr sama dap kt pengkalan kubuq x kn nk tolong kempen lg kut, kalau tolong jugak memang bodoh piang lah pas. Biaq mampuih pkr sama dap kali ni, biaq sampai hilang duit deposit, kasi ajaq sama ni ketum sama tokong... ha ha ha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...