SHAH ALAM – Pakar akademik menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.
Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.
“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis.
“Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam. Selama saya mengenalinya, Hadi tegas dan kenapa tunduk pemimpin sokong musuh Islam,” katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.
Menurutnya, Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.
Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.
Isu Zionis: Jawapan kepada Mahmud Zuhdi

Mohd Nasaie Ismail, Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS
Susulan kenyataan Profesor Mahmud Zuhdi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas jawapan Presiden PAS ketika menjawab persoalan hadirin dalam majlis makan malam Dewan Muslimat PAS di Shah Alam tempoh hari, suka untuk saya jelaskan beberapa perkara.
Pertama, kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tersebut selari dengan pendirian rasmi Dr Yusuf Al Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, bahawa kita menentang Israel bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka. Penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis. Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis.
Kedua, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodok sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar. Mereka menganggap penubuhan Negara Israel diatas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri. Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada diantara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut.
Saya keliru kenyataan Prof Mahmud Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia. Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi. Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman.
Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut. Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah di zaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika.
Prof Mahmud Zuhdi juga mengatakan bahawa jawapan Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat. Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden PAS dan disambut oleh Mursyidul Am PAS secara tegas bahawa PAS menolak kewujudan negara haram Israel.
Malah Presiden PAS juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam.
Oleh itu, tidak timbul soal Presiden PAS memberi jawapan politik untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum di dalam agama Islam.
Telah dinyatakan dlm Al-quran bahawa usah mengambil Yahudi dan Nasara sebagai sahabat..
ReplyDeleteTtp dihujung ayat itu ada dhomir kpd Yahudi dan Nasara yg bagaimana,iaitu Yahudi dan Nasara yg bersekutu sesama mereka..
Itulah tujuannya kita membaca Al-quran supaya kita meneliti pernyataan Allah S.W.T yg melangkaui Zaman iaitu Yahudi dan Nasara yg bersekutu dizaman moden ini adalah Yahudi Ashkenazi dan Orentalis Kristian yg suka melakukan Kolonisasi keatas negara2 lain..
Kristian Ortodoks dan Yahudi Ortodoks mencela kekejaman dua pihak yg bersekutu ini..
Malah Kristian Roman Khatolik pernah menfatwakan MURTAD pd mana2 penganut Kristian Roman Khatolik yg menyertai Freemason..
Igt akan Kata2 Rasulullah s.a.w bahawa kelak ada dikalangan Yahudi dan Kristian yg akan memeluk Islam secara beramai-ramai ketika munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa kelak..
Jgn kita jd Scolar yg pemalas yg tidak membuat kerja Rumah dan menjadi stereotype membenci tanpa mengenal asas2 kebencian dan celaan itu..
PROF Cap Itik ... Otak ade,akal pendek ...
ReplyDelete