
PKR dakwa PM campur tangan saman kes Felda
Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.
"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.
"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Campur tangan secara jelas
Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.
Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.
Selain berdepan dengan saman OER, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa.
Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan.
INI ADALAH SUATU PERTUDUHAN YANG AMAT SERIUS....JIKA KES SAMAN SIVIL ANTARA FELDA DAN PENEROKA ADA CAMPUR TANGAN PERDANA MENTERI... APA JAMINAN KES-KES YANG MELIBAT PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI TIDAK MASUK CAMPUR MEMPENGARUHI HAKIM.....MENGAPA PERLU SAMPAI HAKIM JUGA DIBERIKAN TAKLIMAT.....INI PERTUDUHAN LAGI SERIUS DARI VIDEO KLIP V.K.LINGAM CORRECT CORRECT CORRECT.....PERLU DITUBUHKAN SIASATAN DIRAJA UNTUK MENCARI KEBENARAN JIKA KEADAAN MEMAKSA DEMI MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP SISTEM KEADILAN DINEGARA KITA...
kan dia kata tu mesyuarat dengan felda .. so dia bincangkan perkara ni dengan pegawai2 felda la .. supaya pegawai felda memastikan memberi kefahaman kepada hakim (dalam mahkamah) ttg pengiraan OER.. felda harus memastikan menang dalam kes ni supaya tak menjejaskan kes2 seterusnya ..
ReplyDeletetakkan tu tak boleh fikir sedara ? lain la mesyuarat tu PM dengan hakim2 .. ni mesyuarat dengan felda (sykt yg di saman) ..