Monday 5 March 2012

BERITA AMAT MEMALUKAN NAJIB!!!!... BANK-BANK TEMPELAK SEBAGAI ANGAN-ANGAN MAT JENIN IDEA NAJIB SKIM RUMAH PERTAMAKU!!!!.. AMAT MALU BEB!!!

Skim Rumah Pertamaku hanya ibarat 'angan-angan'
Pelan pemilikan rumah - Skim Rumah Pertamaku -  yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Mac lalu, kini di ambang kegagalan kerana belum ada satupun permohonan untuk mendapatkan pinjaman 100 peratus diluluskan oleh mana-mana bank.

Intipati utama skim itu, adalah kerajaan akan membantu menyediakan 100 peratus pinjaman bagi pembeli rumah muda yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, bagi  membeli rumah yang bernilai sehingga RM400,000.

Laporan akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada muka hadapanya memetik beberapa bank sebagai berkata adalah mustahil membekalkan kemudahan pinjaman itu manakala mereka yang sepatutnya menikmati  manfaat daripada skim itu pula menyifatkannya sebagai "angan-angan".

Seorang perancang kewangan menjelaskan kepada akhbar itu bahawa pinjaman RM400,000 akan diterjemahkan kepada ansuran bulanan sebanyak RM1,780 bagi tempoh pembayaran 30 tahun. Ini juga akan menelan lebih separuh daripada pendapatan mereka yang hanya RM3,000 sebulan.

"Walaupun bank hanya meluluskan 80 peratus daripada pinjaman, pembeli masih perlu membayar wang pendahuluan RM80,000, yang jelas tidak mampu oleh kebanyakan mereka.”

Untuk memburukkan lagi keadaan, Bank Negara pula memperketatkan syarat pinjaman dengan  mengarahkan bank-bank untuk meluluskan jumlah pinjaman berasaskan pendapatan bersih peminjam, iaitu pendapatan mereka selepas ditolak caruman kepada KWSP, cukai pendapatan, hutang kad kredit dan liabiliti lain.

Oktober lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula syarat kelayakan dengan membenarkan mereka yang berpendapatan sehingga sekitar RM6,000 hingga RM7,000 juga layak memohon.

Walau bagaimanapun ini telah menimbulkan persoalan sama ada ia hanya akan membantutkan objektif skim berkenaan iaitu untuk memudahkan pembeli yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka.

MALU.. TERAMAT-AMAT MALU BILA BANK-BANK TERMASUKLAH BANK CIMB YANG DITERAJUI ADIK KANDUNGNYA SENDIRI NAZIR RAZAK TEMPELAK DAN BELASAH SEBAGAI SKIM ANGAN-ANGAN MAT JENIN.....JENIS PEMIMPIN CAKAP IKUT KEPALA LUTUT!!!....

SEKARANG NAJIB RAZAK SUDAH DILABELKAN SEBAGAI HAJI NAJIB ANGAN-ANGAN MAT JENIN!!!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...