Wednesday, 14 March 2012

PEMULIHAN INGATAN!!!!...KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK TIPU DAN PERDAYAKAN RAKYAT MISKIN TEGAR !!!!!!


Kita imbas balik janji manis UMNO/BN yang telah ditabur kepada rakyat berpendapatan rendah di Malaysia. Janji manis yang akhirnya telah bertukar menjadi janji palsu! Inilah yang dikatakan "Juara Rakyat" Rakyat dibodohkan!  Pembohongan diutamakan! inilah dia gaya pemimpin UMNO/Barisan Nasional konon hendak meringankan beban rakyat yang miskin dan berpendapatan

Masih ingat dengan SKIM SUBUR? kononnya Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.

Kononnya Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali...Enak dan cukup lunak bunyi janji manis UMNO/BN ini...

Dijanjikan pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti Pakatan Rakyat. Lihat laporan akhbar berikut:  (sila klik untuk gambar yang jelas dan besar
)



Berasnya mana? tabur janji manis sesuka hati, bagi kupon banyak-banyak tapi beras tak dapat-dapat. Mengapa sampai hati kerajaan UMNO/BN buat sebegini zalim dan kejam pada rakyat berpendapatan rendah dan miskin tegar?

Mereka menerima janji palsu UMNO/BN  dengan penuh kesyukuran, dengan ukiran senyuman kerana terpedaya dan terpengaruh kononnya ada simpati dari kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, untuk meringankan beban mereka yang ternyata susah. Tetapi janji hanyalah janji ,  sekadar janji palsu dari si "Juara Menipu Rakyat". Nak sampaikan bantuan beras tempatan hancur 15% kualiti ala-ala dedak ayam pun UMNO/BN tak mampu nak lunaskan...


No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...