MP Sabak Bernam dan pembantu dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000
Hukuman dijatuhkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini oleh Hakim Azhaniz Teh Azman setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.
Abdul Rahman (gambar), 47, dari Umno dituduh membuat tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.
Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.
Sementara itu, pembantunya, turut didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkenaan turut didapati bersalah.
Abdul Rahman didakwa di bawah seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.
Walaupun telah didapati bersalah, tidak akan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi yang didudukinya kerana Abdul Rahman telah berkhidmat lebih dari tempoh dua per tiga di kawasan berkenaan.
Inilah dia pejuang bangsa melayu ber paksikan nasionalis. Janji perut aku buncit. Janji perut dan bawah perut aku kenyang!!!. Nasib kau tak baik kerana cable kau tak kuat. Cuba cable kau kuat mesti kau lepas macam bos kau!!!!Seperti biasa sehingga hari kiamat, seorang penyamun mati akan datang lima enam orang penyamun baru dan zaman ni penyamun betina pun banyak juga. Kalau tak percaya cuba tanya kat lembu-lembu!!!!!
ReplyDelete