Monday, 12 March 2012

BIAR BETUL BEB!!!!!.. TIMBALAN PRESIDEN PAS HJ MOHAMAD SABU KATA JIKA NEGARA DITADBIR PAKATAN RAKYAT....MALAYSIA BOLEH JATUH BANKRAP!!!!!

Mohd Sabu: Malaysia Di Bankrap Oleh Umno/BN



Rakyat diseluruh negara diminta menyelamatkan negara ini dengan memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang sebelum negara ini diisytiharkan bangkrup akibat dari pentadbiran Umno-BN.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata ianya dapat diselamatkan dan rakyat dengan melakukannya dalam proses pilihanraya akan datang.

Katanya, rakyat boleh membina keyakinan dengan melihat pelaburan yang dibawa pentadbiran negeri dibawah PR seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor bukan sempurna tetapi laporan audit menunjukkan negeri PR jauh lebih menjaga kewangan negeri berbanding pentadbiran Umno-BN,” katanya
dalam ucapan di Majlis Makan Malam sempena Sambutan empat tahun pentadbiran PR.
Hadir sama di majlis itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta ahli exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata banyak ahli ekonomi yang mengatakan bahawa Malaysia akan jatuh bangkrup pada 2015 dan 2019.

 Datuk Idris Jala mengingatkan bahawa Malaysia mungkin bangkrap tahun 2019, ada ahli ekonomi lain mengatakan mungkin bangkrap 2015, katalah Umno-BN menang tahun ini, PRU 14 nanti pada 2016 sedangkan 2015 Malaysia sudah bangkrap dan pentadbiran pula akan diserahkan kepada kita tanpa Umno-BN bertanding jadi bagaimana mahu menyelesaikan perkara itu.

 Kerana itulah slogan kita sekarang adalah ‘selamatkan Malaysia’ daripada bangkrap dibawah Umno-BN,katanya.

Mohamad Sabu berkata tidak pelik Malaysia akan bangkrap tidak lama lagi kerana di zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad lagi negara sudah hilang RM 100 billion.
Manakala wang yang dibawa keluar negeri oleh orang-orang kaya dan tauke judi pula sebanyak RM1.07 trillion, hutang negara pula sudah mencecah RM 460 billion dan indeks rasuah kita seperti kajian orang barat sudah jatuh ke tempat 60.

Oleh itu, kita harap rakyat selamatkan negara ini, seperti yang disebut oleh rakan-rakan lain seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO), kita mempunyai sistem dua parti..lihat kerajaan PR memerintah, kalau ianya lebih baik dari Umno-BN sambung tugas kami di Putrajaya,” katanya.

MAAF TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, ADIK KAKAK, SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN....SILAP TAIP... TYPING ERROR!!!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...