Tuesday, 20 March 2012

BERITA MENGEMBIRAKAN UMNO!!!!... DAIM RAMALKAN UMNO/BN DIBAWAH PIMPINAN NAJIB RAZAK AKAN MENANG MUDAH DAN SAPU SEMUA NEGERI PADA PRU 13 NANTI.!!!!.. MENGIYAKAN KENYATAAN NAJIB DAN KAJIAN MERDEKA CENTER!!!... SEJUTA TAHNIAH!!!!

PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar"...

TAK TIDUR MALAMLAH NAMPAKNYA NAJIB DAN RAKAN-RAKAN YANG SEWAKTU DENGAN BELIAU.....KAJIAN MERDEKA CENTER KATA 69% RAKYAT MALAYSIA SOKONG NAJIB RUPA-RUPA SEKADAR PENYEDAP TELINGA DAN PENYEJUK JIWA SEMENTARA UNTUK JUAK-JUAK UMNO JER....KATA-KATA NAJIB SEMUA NEGERI DIBAWAH PAKATAN RAKYAT AKAN DIRAMPAS SEMULA UMNO/BN RUPA-RUPANYA HANYALAH RETORIK TEMBERANG KOSONG JER.....

3 comments:

  1. Najib tidak perlukan askar, sebaliknya BN punya cukup pengundi yang akan memastikan BN terus berada diPutrajaya.

    HadiBawang

    ReplyDelete
  2. mimpi disiang ari la BN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Askar Hantu Raya mereka bnyk. he he he... Asal election semua bangun dari kubur! Lps election,lepak balik. Itulah tuntutan Bersih dulu. Korang tak faham2. Cakap Ambiga sial dan nak buang kerakyatan nya le dan bermacam lagi. Hah, tengok le apa terjadi di Sabah tu. Kan bnyk hantu2 kat sana yg sekarang sedang memberontak termasuk hantu2yg baru masuk kubur. Sekarang siapa susah. Polis juge yg susah dan askar2 original tu.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...