Thursday, 1 March 2012

Kantoi lumat!!!!.. Tun Mahathir memang sokong kewujudan Israel...surat beliau kepada Ehud Barak pada tahun 1999, setahun selepas beliau memecat DSAI sebagai TPM mengesahkannya...

Surat Mahathir kepada Ehud Barak



KUALA LUMPUR 29 Feb. - Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 8 Jun 1999 Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak Perdana Menteri Israel TEL AVIV Tuan Yang Terutama, Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas Dr Mahathir Bin Mohamad — BERNAMA

1)  Tun M ucapkan tahniah kepada Ehud Barak atas kejayaan besarnya memenangi piliharaya umum negara Israel...

2) Mengharapkan agar Ehud Barak dan rakan kabinetnya dapat memimpin rakyat Israel kemasa depan yang lebih gemilang

3) Tun M secara terus terang mengiktiraf kewujudan negara Israel....

4) Berhasrat besar mau mengadakan hubungan biasa dengan negara Israel...

KANTOI!!!!... TUN MAHATHIR SUDAH KANTOI!!!!.. KANTOI LUMAT!!!!!...

PERKASA/PEKIDA/PEMUDA UMNO/JATI/HIMPUN SEJUTA UMAT....TUNGGU APA LAGI.. PERGILAH BUAT DEMO DIRUMAH ATAU DIPEJABAT TUN M....SEKARANG SIAPA YANG JADI AGEN YAHUDI LAKNATULLAH!!!!!...

5 comments:

  1. aku rasa kaw nii mmg bebal laa beb..
    bebal dek kerana mnyokong kebenaran yg batil..
    assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. Pemilik BLOG ni memang kaki putar alam dan BODOH...jika kita baca semuanya dan faham kita akan dapat tau tujuan Tun M tulis surat ini...semua orang yg otak boleh pakai dan ada ilmu pun akan faham KECUALI pemilik blog ini yang mungkin TAK PERGI SEKOLAH, atau OTAK BEBAL, atau BODOH atau macam biasa suka spin dan putar alam guna petikan ayat g tak habis...TAKTIK LAMA TU BRO... SEDAR LAH SIKIT KITA NI SAPA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko lg bodo... otak karat umno cintakan fitnah, gossip dan pengkhianat melayu

      Delete
    2. Secara sinis Dr M cakap "If you can't beat them, join them" dan itulah yg sebenarnya...so, in a way dia pon ada sokong kewujudan ISRAEL. FYI, Anon18:55, everybody is entitled to his or her opinion...so pemilik BLOG ni memang dia dgn opinion dia...tak salah, dia punya hal. But then, BRO...don't show your stupid arrogant negative comment...Inilah dasar pemikiran melayu (Anon 18:55)...suka condemned, emotional, rasa macam bagus dgn komen-komen BODOH nak MAMPOS, taksub kpd pemimpin, suka jaga tepi kain org, dll.....Anyways.....I hate your STUPID DAMNED FUCKED comment. Really, I DO.......Last but not least...go and fly KITE...........................

      Delete
  3. Apa heran bapak dari India dan India memang bersahaat dengan yahudi!!!!!Yang masih bebal ialah ahli parti tengkorak kering!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...