
"Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu.
"Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.
Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).
Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA
MEMANG KERAJAAN UMNO/BN LANGSUNG TIDAK BERHATI PERUT.....SANGGUP ZALIMI RAKYAT YANG SUSAH DEMI MEMPERKAYAKAN TOWKEY-TOWKEY MESRA INTIM UMNO....PERLU INGAT... MAJORITI PENGGUNA TELCO PRA BAYAR IALAH RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH TERUTAMANYA PENUNTUT DAN PELAJAR PENGAJIAN TINGGI....LAINLAH PARA MENTERI UMNO/BN... SEMUANYA DITANGGUNG BERES OLEH KERAJAAN....INIKAH YANG DIKATAKAN KERAJAAN YANG MERASAI DENYUTAN NADI RAKYAT.. TRADISI MEMBELA RAKYAT.. TENTANG SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN MEMANG BENAR... BILA NAK KAYAKAN KRONI RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN MISKIN YANG KENA DULU...
No comments:
Post a Comment