Orang ramai marah polis 'tendang' motosikal remaja
Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.
Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.
Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.
Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh.
Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.
"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.
"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"..
DULU SAMSENG-SAMSENG YANG BUAT KERJA SEBEGINI... KINI DIAMBIL ALIH OLEH SEGELINTIR ANGGOTA POLIS....SAMSENG-SAMSENG KINI MENUMPUKAN SEGALA KUDRAT DAN LOGOSTIK MEREKA MENYERANG PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DICERAMAH-CERAMAH ATAU DIPERHIMPUNAN-PERHIMPUNAN AMAN.....GELAGAT DAN TINGKAH LAKU ANGGOTA POLIS YANG ZALIM AKAN MEMBERIKAN TEMPIAS KEPADA KERAJAAN YANG SEDIA ADA....PERLU INGAT!!!... IKUT HUKUM LOGIK MENGAPA ANGGOTA POLIS SEBEGITU BERANI MELAKUKAN KEZALIMAN TERHADAP ORANG AWAM?....ADAKAH MEREKA MENDAPAT PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG ATAU DIRESTUI ATAU DIARAHKAN ATAU MEREKA MELIHAT KALAU SAMSENG-SAMSENG UMNO BOLEH MELAKUKAN KEGANASAN TANPA DIAMBIL SEBARANG TINDAKAN MENGAPA MEREKA TAK BOLEH LAKUKAN PERKARA YANG SAMA TANPA SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG DIAMBIL?...
ANGGOTA POLIS YANG BERPANGKAT KOPERAL INI WAJIB DIGANTUNG TUGAS DENGAN SERTA MERTA DAN DISIASAT DIBAWAH KESALAHAN MELAKUKAN KECEDERAAN PARAH KEPADA ORANG AWAM SEK 325 KANUN KESEKSAAN..
Jahat polis zaman sekarang kat tempat sy kemasik daerah kemaman terengganu. Pernah berlaku. Kereta polis yang tengah laju langgar remaja dgn teruk.. Kesalahan polis tu melanggar lampu merah tidak bunyikn siren .. Dan mereka guna cara menutup malu dgn cara serang kwnsan kemasek keesokkn harinya dengan saman semua org kwasn kpg ini yg naik moto..
ReplyDeletemungkin budak tu cuba lari...cara ni berkesan dalam menangani mat rempit. tapi apa yang jadi kat adik ni fairy tail gone bad la org kata. bad place bad time. simpati kepada budak tu. tapi jadikan pengajaran kepada semua. pastikan yang dibawah umur tidak menaiki motorsikal dan sentiasa memakai topi kaledar.
ReplyDeleteBawah umur, tak pakai topi keledar, lagi berani bawa motor depan polis tanpa lesen.Jangan komen negatif dan salahkan polis sahaja. kalau dianggap polis itu salah, patut budak yang kurang ajar itu pun salah. Fikrlah baik-baik, jangan selalu salahkan polis.
ReplyDeletePolis pun harus ambil tindakan tegas dan drastik terhadap mereka yang sentiasa melanggar undang-undang dan peraturan. Lori-=lori yang membawa muatan lebih, bas persiaran yang dipamdu laju, judi haram dan khas mat rempit yang lebih betul0betul kurang ajar. Isu=isu ini harus duberi perhatian kahs oleh pihak polis.
memang betu polis menjalankan tugas .. tetapi haruslah berhemah .. bukan nya dengan cara gaya samseng ... pihak atasan PDRM juga harus mengambil tindakan ke atas polis ini .. kalau tidak .. dia akan mengulangi lagi tindakan yang sama ... seharusnya ada cara yg lebih baik dlm menangani masalah ini ... bukan dengan cara mencederakan orang .. saya komen bukan kerana saya menyebelahi pihak budak remaja tu ... tapi saya berfikir .. adakah kita akan selamat dengan polis yang bertindak tanpa hemah seperti ini?? tugas polis.. tugas jugak .. tapi buat dgn cara berhemah ... mana pergi MOTTO POLIS??? dlm MOTTO tu kalau tak salah ada BERHEMAH ...
ReplyDeleteberok band kata polis skrg jahat,biasa org darah penjenayah je ckp mcm tu..aku nie marah2 kat polis pon tp bleh berfikir ngan waras lg..
ReplyDeletebertugas dengan orang ramai ni memang susah dan perlu kesabaran kalau dah salah janganle lalu aje saman je polis tu biar mahkamah tentukan. jangan persepsi macam2 saya biasa situasi penunggang tak berhenti dan memandu laju kalau anda sedang bertugas ada moto laju tak mau berhenti apa anda buat ............ saman aje biar mahkamah dengar kisah betul
DeletePolis tu kurang kasih sayang dan perhatian agaknya..the he he
ReplyDeletePi jahanamlah omak kaw.....klu budak berhenti takkan polis nak sepak lg, dan budak takkan tersungkur langgar pembahagi jalan. BODOH PUNYA WULANG.
ReplyDeletepepatah urban. Cops are gang members with uniform. Tapi kalau buat jahat memang patut kena la. Namun, tak seharusnya diterajang motor orang tu. amek nombor plet saman la, tak pun keluar waran tangkap. Seteruk polis amerika pon ikut prosedur. Bagi polis yang kaki hentam, memang sokong la. BTW, kawan aku pun ada juga anggota. pendek kata tak boleh nak tuding jari kat sesapa, kalau tak suka, angkat jari tengah dan blah. ekekekeke
ReplyDelete