Wednesday, 21 March 2012
MANTAN MUFTI PERLIS DR ASRI, SELAR DAN SANGGAH PANDANGAN PRESIDEN PAS DATUK SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG MENGENAI ISU DIBOLEHKAN URUS DENGAN DENGAN YAHUDI TETAPI BUKANNYA DENGAN ZIONIS?????
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak salah bagi umat Islam untuk berurusan dengan bangsa Yahudi yang tidak bermusuhan dengan Islam.
Mengulas polemik berikutan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa berurusniaga dengan Yahudi dibenarkan tetapi bukan dengan Zionis, Asri berkata, "maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan (dengan) Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar."
Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang memerangi Islam, maka "dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya."
Katanya, Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia.
"Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi," katanya dalam satu kenyataan media.
Jumaat lalu, Abdul Hadi melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis.
Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi diselar Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi dengan membuat perbandingan Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan bermotifkan politik.
Beberapa pemimpin Umno mendakwa Pas sebagai parti politik yang tidak konsisten.
Malah menurut Asri, permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Beliau seterusnya berkata, Nabi Muhammad mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah Huyai.
"Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah.
"Bahkan al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab," kata Asri yang kini merupakan felo Pusat Pengajian Islam Oxford.
Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)
Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
ngarut mung....tajuk lain isi lain....
ReplyDeleteMalah menurut Asri, permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Beliau seterusnya berkata, Nabi Muhammad mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah Huyai.
"Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah.
"Bahkan al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab," kata Asri yang kini merupakan felo Pusat Pengajian Islam Oxford.
hahaa...tulis tak baca kottt....
ReplyDeleteHang pi la link ni.....sungguh anda penyebar fitnah der...Apa celup....kalu nak post tu baca dulu brooo...gua tak nak ikut enta.....http://muslimeen-united.blogspot.com/2012/03/isu-yahudi-dr-asri-setuju-kenyataan.html
ReplyDelete