Selangor bagi RM1000, baiki rumah rosak akibat banjir
SHAH ALAM : Kerajaan Selangor tanpa mengira kecenderungan politik mangsa banjir mengenal pasti 11 buah rumah yang rosak teruk akibat banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar kira-kira sebanyak RM105,000.
Rumah-rumah ini dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Khasim Abdul Aziz. Semua rumah ini dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa.
Setiap pemilik rumah akan menerima bantuan antara RM1,500 sehingga RM30,000 bergantung kepada tahap kerosakan. Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan Kerajaan Negeri bercadang mengantikannya dengan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin.
Kebanyakan rumah-rumah ini mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka.
Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa.
Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh DYMM Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai.
Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang diketuai Exco negeri, Rodziah Ismail juga mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini.
Anggota sukarelawan PANTAS seramai 80 orang membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan...
OOPPSSS MAAF....SALAH TYPE... TYPING ERROR!!!!!
Terima kasih kepada semua yang membantu membersihkan rumah bapak aku masa banjir tahun lepas di Lembah Jaya Utara, Ampang. Terima kasih kepada semua NGO, ATM, Parti-parti politik. NAMUN TERIMA KASIH KHAS DAN ISTIMEWA KEPADA UNIT AMAL, LAGI SEKALI, UNIT AMAL KERANA MENJADIKAN JALAN RAYA DEPAN RUMAH BAPAK AKU TEMPAT SOLAT BERJEMAAH. UNDI STETAP UNTUK PAS WALAUPUN UMNO BAGI TILAM DAN DAPUR GAS!!! (TOKE MANALAH YANG KENA PAU TU!!!)
ReplyDelete