Monday 12 March 2012

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS SECARA TERANG MENGHINA DAN BELASAH KAW-KAW PRESIDEN/TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI/ TIMBALAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL, NAJIB RAZAK/MUHYIDDIN YASSIN ....




Pengunduran Shahrizat daripada kabinet bukan satu pengorbanan besar – Syed Ali

PERLETAKAN jawatan secara terhormat dan tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) adalah dua perkara berbeza, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Menurut beliau, pada tarikh 8 April, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Wanita itu mahu tidak mahu terpaksa melepaskan jawatannya kerana perkhidmatannya sebagai Senator sudah tamat.


“Itu bukan pengorbanan namanya, itu adalah peraturan yang wajib dipatuhi,” katanya.


Lazimnya kata Syed Ali yang juga bekas Senator, perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara hanya dua penggal sahaja.


“Ini bermakna pengumuman Shahrizat akan melepaskan jawatan dilihat sebagai satu lakonan dan menjadi bahan ketawa orang ramai,” katanya.


Tambah beliau, rakyat bukannya bodoh sehingga tidak tahu membezakan maksud tamat tempoh perkhidmatan dan meletakkan jawatan secara terhormat.


Beliau berkata, pengumuman untuk melatakkan jawatan bukannya satu pengorbanan besar dilakukan Shahrizat sebaliknya terpaksa berbuat demikian kerana selepas itu (8 April) beliau bukan lagi Ahli Dewan Negara.


“Jika dia meletakkan jawatan secara terhormat sebulan lalu atau hari ini, itu yang dinamakan pengorbanan,” ujarnya.


Tetapi katanya, jika hanya menunggu tarikh tamat tempoh perkhidmatan bermakna Shahrizat tidak melakukan pengorbanan kepada parti dan kerajaan.


Beliau berkata, kes itu sama seperi penjawat awam yang terpaksa berundur daripada perkhidmatan apabila sudah cukup umur bersara wajib.


Sehubungan itu katanya, rakyat menyifatkan pengumuman Shahrizat untuk akan meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet berkuatkuasa pada 8 April ini sebagai melucukan.

Shahrizat korban diri kerana Kabinet dan Umno?

March 12, 2012
Kenyataan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan “pengunduran” Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Shahrizat, tepat, maka antara kesimpulan yang boleh kita buat adalah Perdana Menteri tidak campur tangan.
Ini adalah kerana media massa, antara lain, memetik Najib sebagai berkata bahawa Shahrizat “mengorbankan diri demi Kabinet dan Umno.” Untuk itu, Najib memuji beliau.
Perdana Menteri memberi tahu pemberita di Pekan petang semalam yang tindakan Shahrizat meletakkan jawatan apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator berakhir 8 April ini adalah tindakan tepat.
Najib menambah, walaupun tidak ada bukti setakat ini yang Shahrizat melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kerana isu NFC telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian, beliau bersedia mengundurkan diri daripada kerajaan.




NAJIB DAN MUHYIDDIN YASSIN PUJI TAPI PEMIMPIN UMNO DIAKAR UMBI CEMUH DAN BELASAH SHAHRIZAT JALIL....NAMPAKNYA SUDAH ADA TREND DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO YANG SUDAH BERANI PERLEKEHKAN KENYATAAN NAJIB RAZAK DAN MUHYIDDIN YASSIN... SUDAH HILANG RASA HORMAT KEPADA MEREKA BERDUA SEBAGAI PRESIDEN/TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI/TIMBALAN PENGERUSI BN...

HELO NAJIB!!!!  HELO UDIN!!!....RESPECT IS TO BE EARNED NOT DEMANDED!!!!...

Keputusan Shahrizat Berundur Satu Pengorbanan Besar - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengutamakan kepentingan kerajaan dan parti mendahului kepentingan peribadi dalam membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April.
Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana membuat keputusan berani yang hakikatnya sukar dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.
"Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (Umno)," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, Shahrizat mengumumkan akan melepaskan jawatan menteri apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Shahrizat turut menegaskan beliau tiada kaitan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Dr Mohamad Salleh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.
Muhyiddin menyifatkan keputusan Shahrizat untuk berundur sebagai tepat dan wajar dihormati semua pihak.
"Keputusan beliau berundur pada tarikh tersebut harus dilihat sebagai satu tindakan berjiwa besar yang didorong rasa tanggungjawab menyempurnakan tugas serta kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk meneraju kementerian dalam tempoh ditetapkan," katanya.

1 comment:

  1. saya hormat pemimpin yg realistik bila bercakap dan bertindak....itu yg kita cari...tak kira dari fahaman parti mana pun

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...