RPK sedia debat dengan Najib, Anwar tentang Islam
"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.
"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," kata Raja Petra dalam entri blognya, menjawab respons Anwar petang semalam.
Semalam, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.
Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange menyatakan bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut.
"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.
"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter kelmarin, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.
Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.
Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.
Menurut Raja Petra lagi, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.
"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam," katanya lagi.
Raja Petra juga berkata: "Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud."
"Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," kata Raja Petra.
PERGH!!!!... SUNGGUH TIDAK DISANGKA....DALAM DIAM-DIAM RPK ADALAH SEORANG USTAZ BERILMU TINGGI DALAM BIDANG ISLAM....KALAU BEGINI SUDAH PASTI BELIAU LAYAK BERDEBAT DENGAN HASAN AQIDAH ATAU MUFTI PERAK ATAU MENTERI AGAMA JAMIL KHIR BAHAROM ATAU TIMBALANNYA DR MASHITAH IBRAHIM....SUDAH LAYAK UNTUK DIJADIKAN MENTERI JAGA AGAMA ISLAM DIJABATAN PERDANA MENTERI JIKA UMNO/BN MASIH LAGI MEMERINTAH PUTRAJAYA...DAHSYAT.. DAHYSAT.. SUNGGUH DAHSYAT!!!!

boleh jd menteri agama lepas nie yeee.....habis ler hassan aqidah lepas nie...hahaha
ReplyDelete