Monday 5 March 2012

GEMPAR TSUNAMI!!!!... WARGA ASAL YANG MISKIN PUN KATA KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK ZALIM DAN KEJAM!!!!!


Orang Asli Temuan kecewa permohonan BR1M ditolak


Seseorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.

NONEDewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.

"Saya tidak mempunyai pendapatan tetap sejak tujuh tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tetapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan," kata Dewi.

Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini.tv, Dewi berkata tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan mendapatkan pekerjaan.

NONEAntara alasan penolakan permohonan BR1M yang diberikan adalah bahawa gaji Dewi tidak berada di bawah paras RM3,000, dan namanya tidak berada dalam senarai pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau kemudian mengeluarkan kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

'JPN dakwa saya bukan rakyat Malaysia'

"Apa yang dimaksudkan JPN... bermakna saya bukan rakyat Malaysia dan bukan seorang pengundi di negara saya sendiri.

"Selepas negara ini maju, mereka mahu menyingkirkan orang-orang seperti diri saya," kata bapa kepada empat orang anak yang melakukan kerja-kerja am bagi menyara keluarganya.

Anak-anak Dewi berumur 16, 17, 25 dan 27 tahun dan seorang daripada mereka menghadapi masalah jantung kongenital.

NONEDua anaknya yang sulung, masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pengawal keselamatan manakala dua yang lain masih di bangku persekolahan, tetapi Dewi tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka.

BR1M adalah bantuan RM500 daripada kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ia hanya dibayar sekali sahaja.

Bulan lalu, pengerusi MCA Bahagian Bera Datuk Tang Hock Lok, menimbulkan kejutan apabila beliau juga disenaraikan untuk layak menerima bantuan RM500 daripada kerajaan.....

KALAU SAMPAIKAN WARGA ORANG ASAL PUN KATA KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN HJ AH JIB GOR ZALIM DAN KEJAM....APAKAH KITA UNTUK MENIDAKKANNYA....ORANG KAYA DARI MCA BERPANGKAT DATUK DAN BERJAWATAN PENGERUSI MCA BAHAGIAN BERA MOHON BR1M DENGAN MUDAH DAPAT... WARGA YANG MISKIN PAPA KEDANA DITOLAK.....SPEECHLESS AND LOST OF WORDS....

3 comments:

  1. omak den!! bole demam najib nih.. he he he

    ReplyDelete
  2. YANG CAMNIELA..MODAL ORG YANG TAK DER KEJE...BILA BAGI..DUIT RASUAH..BILA TAK BAGI..KEJAM DAN ZALIM..HE.HE ALLAH DAH BAGI TULANG EMPAT KERAT...PERGI DAKWAH KAT DIA..REZEKI DATANG DARI ALLAH SWT. TAK DATANG BERGOLEK...

    ReplyDelete
  3. kepada Anonymous5 March 2012 16:21

    Dan Allah SWT juga bagi otak kpd para pemimpin utk memikirkan masalah rakyat, hati utk memahami mereka, dan kuasa utk membantu mereka.
    Sepatutnya rakyat tak minta tolong pun, pemimpin kena cari apa masalah mereka & bantu. Allah bg kuasa tu bukan saja2 tapi sebagai amanah.
    Kepada org miskin disuruh dakwah, kpd pemimpin, buat buta mata buta hati jer, takpe la kan, asal perut sendiri kenyang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...