Tuesday 6 March 2012

INI BERITA TERKEJUT CAMPUR GEMPAR CAMPUR PANAS!!!... PERGESERAN PIMPINAN PAS KEDAH BERPUNCA ATAS PROJEK JALANRAYA RM600 JUTA JV ANTARA SYARIKAT ORANG KUAT UMNO DGN GLC NEGERI KEDAH!!!.. MB KEDAH SOKONG TAPI EXCO BANTAH!!!

Kontrak RM600 juta punca krisis PAS Kedah
EKSKLUSIF Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

NONEPerkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

NONEProjek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis,  masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

4 comments:

  1. Benda yang dah selesai Tak payah la dok bangkit2 lagi.. Tutup Buku...Semua tutup mulut mulai bekerja untuk Tawan Putrajaya...

    ReplyDelete
  2. Biasalah PAS..salahkan orang lain ...bawa cerita fitnah...PAS tu sendiri bermaksud SEX dan FITNAH

    ReplyDelete
  3. Yang sudah-sudahlah - tumpuan kpd PR-13.PAS sudah mengambil langkah baikpulih keadaan.Kita sayang pemerintahan PR di Kedah dan mahukan pentadbiran yg mampu berubah.

    ReplyDelete
  4. setuju sangat adakan jawatankuasa pemandu untuk memantau pentadbiran negeri2 PR. jangan ingat kita MB, Exco boleh buat ikut suka.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...