Bantuan ditarik, peladang cacat pilu, rasa terhina
Lelaki kurang upaya yang mendakwa bantuan kerajaan yang diterimanya diberhentikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana dituduh menyokong pembangkang berkata pengalaman itu cukup memedihkan dan beliau terasa dihina.
Walaupun tangannya cacat, namun Frusis Lebi tetap berusaha sebagai seorang peladang, namun baru-baru ini beliau menghadapi kesukaran kerana subsidi pertanian yang lazim diterimanya dihentikan.
Ketika dihubungi, Frusis, 51 berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pertanian Sri Aman bahawa terdapat "masalah" dalam mengagihkan baja dan racun perosak kepadanya.
"Mereka kata bahawa mereka menerima surat dari Mong yang mengarahkan supaya saya tidak lagi diberikan subsidi kerana saya menyokong pembangkang," katanya.
Menurut Frusis, pegawai berkenaan juga enggan mendedahkan surat itu, mungkin kerana takut, tetapi beliau akhirnya berjaya melihat salinan surat berkenaan pada 1 Mac lalu dari sumber-sumber yang ‘simpati’ terhadapnya.
Surat itu menuduh beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, surat itu juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.
"Sepanjang ingatan saya, rumah saya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi, saya hanya menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar," kata lelaki yang tinggal di Entualang Entawa, Sri Aman itu.
Elaun OKU juga dihentikan
Menurut beliau lagi, pada Oktober tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas pilihan raya negeri, bantuan kebajikan orang kurang upaya RM300 sebulan yang diterimanya juga dihentikan.
"Seseorang pegawai dari jabatan kebajikan berkata pendapatan saya telah melebihi jumlah yang layak dan saya tidak lagi layak menerimanya.
"Saya hanya dapat kira-kira RM500 sebulan dari hasil pertanian, pendapatan saya tidak stabil... tetapi mereka berkeras, saya tidak terdaya membuat apa-apa," katanya dalam nada kesal.
Frusis berkata ketika itu, tidak terlintas di fikirannya, tindakan itu ada kaitan dengan politik sehingga subsidi pertanian beliau disekat pula.
Menurut laman web jabatan kebajikan, sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan, pekerja kurang upaya layak menerima bantuan elaun jika pendapatannya kurang daripada RM1,200 sebulan.
Walau bagaimanapun, Frusis berkata bantuan kerajaan kepada anaknya yang berusia 35 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan tidak terjejas. Seorang lagi anaknya yang berumur 21 tahun bekerja di Johor.
Golongan miskin ditindas
Berikutan itu, Frusis meminta nasihat dan Jumaat lalu, dengan bantuan ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald, beliau membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
"Kita tidak tahu sama ada Mong (kanan) yang menulis atau menandatangani surat itu tetapi kita mahu polis menyiasat untuk mencari kebenaran," kata Leon ketika dihubungi.
Menurutnya, surat yang sama juga diedarkan kepada pegawai daerah mengarahkan mereka supaya semua bantuan kepada Frusis dihentikan.
"Bagaimana kerajaan negeri boleh menindas golongan miskin? Beliau menyokong parti pembangkang kerana kerajaan mencerobohi tanahnya tetapi mereka benar-benar jahil tentang nasib rakyat, ini benar-benar kejam," katanya.
Leon menambah beliau akan membantu Frusis dalam mengemukakan aduan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila lelaki itu mempunyai masa lapang daripada menguruskan ladangnya.
Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas dan juga mengesahkan atau menafikan jika surat itu dikeluarkan olehnya.

SEJAHAT-JAHAT, SEKEJAM-KEJAM DAN SEZALIM -ZALIM KERAJAAN ISRAEL ZIONIS YAHUDI LAKNATULLAH, MEREKA TIDAK MELAKUKAN SEZALIM INI KEPADA RAKYATNYA....INI KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MELAUNGKAN TRADISI MEMBELA RAKYAT CUKUP AMAT ZALIM DAN SAMPAI HATI MELAKUKAN KEATAS SEORANG WARGA YANG CACAT, ORANG KURANG UPAYA LAGI MISKIN PAPA KEDANA.....KETUA MENTERI DAN PARA MENTERI DAN PEMIMPIN BARISAN NASIONAL SARAWAK HIDUP PENUH KEMEWAHAN MELAMPAU TAPI RAKYAT YANG MISKIN KURANG UPAYA DIZALIMI DAN DITINDAS SEBEGINI RUPA,DI LUAR JANGKAAN PEMIKIRAN MANUSIA WARAS HANYA DISEBABKAN BERBEZA ANUTAN POLITIK..KERAJAAN BARISAN NASIONAL AMAT ZALIM DAN KEJAM!!!!!
padan lah muka...
ReplyDelete