Saturday, 6 October 2012

BEKAS EDITOR SUARA KEADILAN KINI MENJADI PENYERANG DSAI DAN PENGAMPU UMNO NOMBOR SATU!!!!.. DULU KUTUK PERKASA KINI JADI SEKUTU RAPAT!!!!



Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.


Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.


“Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?

“Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.

“Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?” kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.


Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.


Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.


Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media.

SEBELUM ITU JADI JURUCAKAP UMNO MENYOKONG PADU PINDAAN SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN.

KWMM sokong pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan dikekalkan

KUALA LUMPUR - Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menyokong penuh pendirian kerajaan untuk tidak menyemak semula serta mengekalkan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi persidangan April lepas.
Presiden KWMM Dzulkarnain Taib berkata tujuan pindaan itu adalah bagi mengemaskini pengurusan aliran maklumat dalam dunia internet yang jika tidak diselenggara dengan baik akan menjejaskan hak pengguna sendiri.

"Apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan dan akses kepada pelbagai maklumat dan informasi menjadi suatu perkara yang amat mudah, jika tidak dikawal akan menyebabkan bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi bukan sahaja kepada individu tetapi juga masyarakat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dzulkarnain berkata pihak yang membuat bantahan terhadap pindaan Seksyen 114A rata-ratanya adalah daripada parti pembangkang serta blogger dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkiblatkan pembangkang.

Beliau berkata pihaknya juga kesal terhadap sikap sama yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang seolah-olah menyebelahi pihak pembangkang.

"Perlu diketahui pindaan terhadap Seksyen 114A telah diluluskan secara sah oleh Dewan Rakyat pada sesi persidangan April lepas, jadi setelah pindaan tersebut dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat secara terperinci, kami tidak melihat logiknya pihak pembangkang dan Suhakam meminta supaya ia dikaji semula," katanya.

Beliau berharap agar pindaan tersebut akan mampu mengekang gejala penyebaran fitnah dan khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada bagi tujuan peribadi, politik atau sebagainya.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 akan dikekalkan bagi menjamin dan melindungi keselamatan negara.
Selain itu, ia turut menjamin keselamatan rakyat daripada keganasan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.- Bernama

ADAKAH KEMASUKAN BELIAU KEDALAM SUARA KEADILAN DENGAN MEMEGANG JAWATAN KETUA EDITOR DULU SEBAGAI TALI BARUT UMNO?


No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...