Wednesday, 9 April 2014

AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MEMPERTIKAIKAN LAWATAN MUHYIDDIN YASSIN KE DUBAI SELAMA 5 HARI LEBIH BANYAK MASA HABIS DIPADANG GOLF DARI BUAT KERJA!!!!!

                                                               Ini gambar hiasan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di majlis rasmi dalam lawatannya ke Dubai dari 8 Hingga 12 April 2014.


Menurut ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Ketua Audit Negara perlu menyiasat bukan sahaja lawatan Muhyiddin ke Dubai ini, tetapi juga mana-mana perjalanan lain Muhyiddin yang dilakukan oleh beliau sejak kebelakangan ini.


Kata mereka, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan nampaknya sedang menikmati percutian golf lima hari di Dubai dengan dibiayai oleh wang pembayar cukai Malaysia.


“Jadual perjalanan “lawatan kerja” Muhyiddin ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) dari 8 hingga 12 April 2014, kononnya untuk menghadiri Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) 2014, mendedahkan bahawa penerbangan Timbalan Perdana Menteri adalah dengan menggunakan “pesawat khas,” kata mereka berdasarkan laporan blog peniupwisel2020.blogspot.com.


Mereka mendakwa beliau juga menginap di hotel lima bintang Shangri-La Dubai selama lima hari, sementara tugas Muhyiddin di GETEX hanya memerlukan beliau untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi, merasmikan Education Malaysia Pavilion, serta menerima jemputan hormat Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat UAE.


“Akhir sekali, beliau dijadual menandatangani MOU mengenai pendidikan tinggi. Semua program di atas dijadualkan antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April, dari mana beliau akan bertolak ke Kelab Golf Montgomerie, dan kemudian disusuli dengan makan malam di atas kapal layar,” kata mereka lagi.


Steven Sim dan Zairil menambah hari-hari yang berikutnya di Dubai akan diisi dengan “program peribadi” dan makan malam tidak rasmi dengan beberapa tokoh perniagaan dan diaspora Malaysia.


“Pada hari terakhir, sekali lagi beliau mengisi masa dengan acara golf. Dalam erti kata lain, Muhyiddin menghabiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan dengan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk “program peribadi.” dakwa mereka.


Kedua-dua ahli parlimen DAP itu berkata rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos untuk perjalanan mewah ini, termasuk kos “pesawat khas,” penginapan di hotel lima bintang Shangri-La Dubai untuk keseluruhan rombongan, dan kos lain berkaitan yang akan ditanggung oleh Kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan, Education Malaysia, TalentCorp (yang menaja makan malam diaspora Malaysia pada 11 April) dan Jabatan Perdana Menteri (di mana Pejabat TPM diletakkan).


“Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar antara semua kementerian dalam Belanjawan 2014 (RM54 bilion atau 21 peratus daripada Belanjawan Persekutuan), namun pencapaian murid sangat teruk sejak kebelakangan ini,” dakwa mereka.


Kata mereka lagi, bukan sahaja pelajar Malaysia makin merosot dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Students Assessment) dan TIMSS (Trends in International Math and Science Study), KPM juga baru-baru ini mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris juga merosot  dalam kalangan guru dan pelajar kita, menurut laporan oleh Cambridge English.


“Tiada sesiapa yang menafikan bahawa pendidikan adalah bidang kritikal yang harus diberikan perhatian termasuk daripada segi sumber dana, namun kerajaan perlu membelanjakannya untuk program yang benar-benar meningkatkan pencapaian pelajar dan bukannya “cuti mewah” di mana Menteri Pendidikan boleh bermain golf,” kata mereka lagi.


15 comments:

  1. Ini sumer poyo... haktuihhhhh

    ReplyDelete
  2. Ya hana na........

    ReplyDelete
  3. PBS = Perabih Boreh Sajo

    ReplyDelete
  4. Saya pun boleh jadi TPM kalu gitu caranya walau pun saya tinggal dekat dgn hutan macai2 sila fikir lah sendiri kah..kah...kah...kah....NAAMANU BARU apa pun jadi..........ABU

    ReplyDelete
  5. Kenapa la jet yang dia naik tak hilang.liat betul nyawa org jahat ni.

    kikiki

    ReplyDelete
  6. Kita nak melancong keluar negara. jenoh.bertahun menabung,,,,,baru dapat pegi,,,,geram tengok they orang niii,,

    ReplyDelete
  7. mat sembab ni bila pencen jd menteri nk bukak klas ajar main golf..sbb tu beria2 benar buat lawatan kerja main golf.

    ReplyDelete
  8. Woi Muhiyiddin! Selaku menteri pelajaran,

    Kembalikan degree berasaskan kepandaian.

    SPM 5A > degree dan guru
    4A - 3A diploma 
    2A - 1A sijil
    0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am

    Syaratkan sesiapa yang sudah terlepas SPM & hendak ambil degree ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A, 

    Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Degree juga akan kembali dihormati. Adil buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi jendul. Di eropah orang ada degree pun jadi tukang rumah jadi nelayan. Ini bukan soal kelulusan. Mindset kita yg patut berubah.

      Kita tuntut ilmu supaya tidak jadi bodoh sangat. Bukan belajar untuk kejar jawatan.

      Delete
    2. Ko penah tnggal kt eropah ke banggang??? Ni malaysia.....mna sama.....kt malaysia kiri kanan ada warga asing.....

      Delete
    3. Ko penah tnggal kt eropah ke banggang??? Ni malaysia.....mna sama.....kt malaysia kiri kanan ada warga asing.....

      Delete
    4. Budak u sekarang mmg mcm tu bro. masuk u sebab nak gaji besar. Takdirnya bila keluar tak dapat apa yg diidam maka mengamuklah dia.. salahkan indon salahkan bangla .. itulah sampai keluar idea pelik2. KEDEPAN lah kebelakanglah..hihihi.. dunia dunia

      Delete
  9. TUHAN tahu apa hamba nya buat !!

    ReplyDelete
  10. golf adalah salah satu medium untuk 'personal touch' sebelum dan selepas sesuatu persidangan @ MOU. Hanya orang politik/bussiness saja yang faham maksud yang tersirat tu. Kita sebagai rakyat biasa tak mengerti semua tu.

    ReplyDelete
  11. hodohnye rupa org tua main golf

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...