Sunday, 8 June 2014
EDISI INI MACAM PUNYA HAL PUN ADA .... PRESIDEN MIC DI DESAK LETAK JAWATAN ATAU MIC KELUAR DARI BN HANYA DISEBABKAN TIADA PEMIMPIN MIC MENERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BANGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG.
Ketiadaan seorang pun pemimpin MIC menerima pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi isu.
Menyedari senario itu, pelbagai reaksi mengejut mula dinaikkan dalam laman sosial Facebook termasuk reaksi dan komen seorang aktivis masyarakat, G. Kalaicelvan yang menyifatkan ia sebagai suatu yang mengecewakan.
Beliau mendakwa, sepanjang kewujudan MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional, inilah kali pertama menyaksikan tiada seorang pemimpin mereka menerima pingat kebesaran pada sesi pertama hari keputeraan Seri Paduka.
"Saya mengikuti majlis penganugerahan kali ini dan terkejut apabila tiada seorang pemimpin dari MIC yang merupakan parti perikatan BN dinaikkan untuk menerima pingat kali ini, sekali gus tercetus pelbagai persoalan ke atas presidennya, Datuk Seri G. Palanivel bahawa apa yang sedang berlaku pada MIC ketika ini.
"Ketika MIC di bawah kepimpinan mantan presidennya, Datuk Seri Dr. Samy Vellu selama 30 tahun sehingga 2010, beliau sentiasa memastikan seorang pemimpin MIC menerima pingat kebesaran pada hari pertama ulang tahun keputeraan Seri Paduka setiap tahun tanpa gagal.
Kini, kata Kalaicelvan, tradisi itu terkubur kerana tiada pemimpin yang diperkenal untuk menerima pingat lagi dan timbul persoalan apakah MIC kekurangan pemimpin berjiwa rakyat atau berkaliber sehingga tiada seorang pun dicadangkan.
Malah katanya, selain itu ,bekas presiden itu juga tidak pernah mencadang atau membenarkan mana-mana kakitangan biasa atau ahli keluarga pemimpin menerima pingat kebesaran, malah hanya diberi keutamaan terhadap pemimpin dalam parti MIC.
"Kita juga mempunyai pemimpin muda iaitu Timbalan Menteri Pendidikan 2, P.Kamalanathan yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut turut tanpa sebarang gelaran, peliknya, beliau tidak dicalonkan," keluhnya.
Malah ujarnya, perbuatan itu seolah-olah menjatuhkan reputasi Kamalanathan dalam Kabinet serta sumbangan pemimpin muda tidak dihargai parti sendiri sehingga sanggup mencadangkan nama bukan pemimpin yang tidak menyumbang apa apa kepada masyarakat India.
"Difahamkan sebenarnya beberapa nama pemimpin MIC dikemukakan kepada Setiausaha Agung BN bagi penerimaan pingat kebesaran kali ini tetapi ditolak, apakah ia benar atau hanya bersifat retorik semata-mata meyakinkan kita. Harap presiden mampu menjawab kesemua persoalan ini.
"Saya berterus terang boleh nyatakan bahawa ini bukan penstrukturan atau penjenamaan sebenar parti ke arah transformasi dan lebih relevan kerana pemimpin yang banyak menyumbang tidak dihargai berbanding legasi Samy Vellu," tegasnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Syabas MIC benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat dan kerana rakyat bukan kerana anugerah bintang penghormatan dan gelaran Dato' atau TanSri. Syabas MIC Syabas.
ReplyDeletetidak seperti Nizar.. baru berapa bulan jadi MB dah jadi Dato Seri!!!
DeleteSama lah dgn MB melaka dan MB Perlis baru beberapa hari jadi mb dah dapat dato seri. Tak gitu anon 14:16?
DeleteApa susah-susah tak dapat dato dari agong pun tak apa kerana YDP negeri melaka kan ada, kalau shah rukh khan dia boleh bagi tak kan kat MIC dia tak bagi kot, kan melaka tu lubuk bagi pingat suruh je Kak mah tel bukan setakat menteri mic sampai ke macai macai boleh dapat Dato seri, Datuk paduka dan segala mcm Datuk pun boleh...cuma datuk nenek saja yg dia tak boleh bagi.
Deletehaaaaaaaa mic tak dngar pun ada wujud di dunia ini/ umno tak perlu undi mic lagi / kan indon / filipin sudha ganti you mic no indians mOT malaysian indian pendatang party dar bangla / indon/ filipin/ iran /africa /mot- malaysian on tongkang balek india / cepat dapat beras / hamper dari agung ok
ReplyDeletekahkahkahkah.. presiden MIC tak berbunyi puak aktivis pulak yang berbunyi.. ni aktivis macam PERKASA la kut!!!!
Deletebab Dato' ni kenapa LGE masih Tuan???
ReplyDeleteMaslan bangang dgn khir baharom bodo x dpt pi gat ker..
ReplyDeleteLGE tu kenapa tak jadi Dato????
DeleteSudah cukup sudah kau sudah terlalu kurang ajar sudah berani cabar MELAYU ISLAM!
ReplyDeletesebab MELAYU ISLAM PR tak kisah dicabar DAP!!!
DeleteNak pingat masuk la sukma..nak emas perak gangsa...suma ada..
ReplyDeleteada lg pemimpin bahlul..
ReplyDeleteBariboo riboo tania.....
ReplyDeleteBariboo riboo tania.....
mcm tu la baru parti melayu.India nak pingat wat APA.tu smua melayu ummmm punya
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteDey thambi..MIC..Malay, India, Chinese..mesti ada pingat. Everytime agong punya birthday mesti kasi..ada faham..
ReplyDeleteNegara ini tidak mempunyai pemimpin yg benar2 ikhlas dlm memimpin..apa yg mereka cari hanyalah pangkat,darjat,pengaruh,duit,kedudukan,nak org pandang hebat..rumah besar dan kereta mewah hanya untuk berlagak..realitinya..mereka2 ini tidak tahu pun atau tidak ambil pusing akan kesengsaraan rakyat..!!! Ini realitinya!
ReplyDelete