Monday, 9 June 2014
PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... DAKWAAN ANGGOTA DARI KEM AZMIN ALI CUBA MENYOGOK PENGERUSI PANEL BANTAHAN JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT (JPP) DI PANDANG CUKUP SERIUS OLEH PUCUK PIMPINAN TERTINGGI KEADILAN DENGAN MELANTIK MANTAN TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN KETUAI SIASATAN!!!!.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota dari kem Mohamed Azmin Ali cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.
Menyifatkan kes berkenaan 'berprofil tinggi' kerana membabitkan pemimpin utamanya, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Husin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan.
Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010.
Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, PKR memandang serius dakwaan politik wang dalam parti itu dan mahu siasatan dijalankan dengan terpeinci walaupun membabitkan individu berpengaruh dan berjawatan tinggi.
"Kita sudah meneliti surat aduan berhubung politik wang dan kita sedar ini merupakan dakwaan serius terutama membabitkan pemimpin utama parti.
"Justeru kita bersetuju melantik Dr Syed Husin untuk meneliti kes ini," katanya kepada mStar Online pada Isnin.
Dr Tan mengulas mengenai status terkini susulan aduan bertulis yang dikemukakan ahli parti itu yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berhubung dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.
Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.
Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem 'Keadilan Raya' yang diketuai Azmin.
MOHON SEMUA ANGGOTA PARTI BERTENANG , BERSABAR DAN BERI PENUH KEPERCAYAAN, RUANG DAN MASA UNTUK DR SYED HUSIN ALI MENJALANKAN SIASATAN UNTUK MERUNGKAI KEBENARAN DEMI KEADILAN.
PERLANTIKAN DR SYED HUSIN ALI MEMBUKTIKAN BETAPA PUCUK TERTINGGI PIMPINAN KEADILAN AMAT MEMANDANG SERIUS AKAN DAKWAAN INI.
TIDAK PERLU ADANYA TEKANAN DIBERIKAN ... KEWIBAWAAN DR SYED HUSIN ALI TIDAK PERLU DIPERSOALKAN .. INTEGRITINYA CUKUP HEBAT .. BERTINDAK TANPA ADA GENTAR DAN MEMIHAK.
SEJUTA TAHNIAH HARUS DIBERIKAN KEPADA PIMPINAN PKR YANG DIKETUAI OLEH DATUK SERI PRESIDEN DAN KETUA UMUM DSAI KERANA AMAT BERTEGAS DALAM ISU INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Ni sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteCerita yang bantahan dari sini macam mana?
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=658188280932710&set=a.652091774875694.1073741834.100002246328436&type=1&theater
mana pencacai PR??? taknak komen ka???
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteKALAU DAH DASAR DARI BEKAS ACUAN UMNO ini lah yang terjadi... Bagi aku PKR tiada beza idologinya begitu juga dengan ANUAR.. aku masih kabur dengan lakonannya... tapi aku berkeyakinan sangat ANUAR masih ada SISA SISA BEKAS ACUAN UMNO yang masih tidak terbentuk lain dari yang lain...
ReplyDelete