Sunday, 8 June 2014
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) TOLAK KERAS DAKWAAN WUJUD AMALAM KRONISME PERJUALAN RUMAH DI BUKIT BOTAK, SELAYANG.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menolak dakwaan wujudnya amalan kronisme berhubung isu penjualan rumah berkembar Bukit Botak di Selayang sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pembeli.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, PKNS selaku pemaju hanya membina projek rumah berkenaan yan dipertanggungjawabkan Kerajaan Selangor.
Katanya semua proses penentuan nama-nama setinggan adalah di bawah penyelarasan Pejabat Tanah Daerah Gombak dengan kelulusan Kerajaan Negeri.
“Manakala senarai permohonan awam hanya diselaraskan PKNS dan sebarang keputusan dan ketetapan dibuat Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
“Sehingga hari ini jualan kepada orang awam masih belum diputuskan sehingga selesai isu tawaran kepada setinggan,” katanya dalam satu kenyataan.
PKNS diberi amanat untuk menyelesaikan isu pembangunan semula penempatan setinggan penduduk Bukit Botak yang terdiri daripada 1,422 unit rumah berkembar serta melibatkan subsidi keseluruhan sebanyak RM80 juta.
Projek berkenaan siap sepenuhnya pada Disember 2012 setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengambil alih tanah kawasan itu yang sepatutnya dimajukan syarikat pemaju swasta.
Terdahulu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pihaknya menerima banyak aduan dari orang awam yang tidak berpuas hati kerana mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas.
Beliau turut memaklumkan wujudnya dakwaan bahawa perbadanan itu gagal mengurus secara teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah itu sehingga ada terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
kahkahkah.. komenlah oiii... takkan diam saja!!!
ReplyDeleteOrang2 yang tak puas hati itu adalah orang2 luar yang bukan setinggan tempatan.. esp orang2 UMNOOOOO@BN dulu protes tak percaya kerajaan PR boleh buat. apabila dah tersergam indah baru lah nak memekak..
ReplyDeletekahkahkahkah.. puak PR kan suka protes sana sini.. guling2.. tak puasa hati...
DeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteIni semua propaganda bodoh oleh umno/bn celaka..apa2 pun mereka2 ini tetap celaka dulu kini dan selamanya..hahahahahaha..!!!
ReplyDeleteumno parti keramat..jalan dahhh
ReplyDelete.