Tuesday 10 June 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM MAU KERAJAAN PUSAT BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR UNTUK TINGKATKAN PELABURAN.



Dato' Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Kerajaan Pusat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pelabur ke negara ini ekoran peluang membawa masuk lebih banyak pelaburan negara cerah.

Abdul Khalid berkata ketika ini Malaysia berada di kedudukan kedua selepas negara Thailand, namun oleh kerana Thailand mempunyai masalah politik, Malaysia berada di tempat pertama mempunyai potensi cerah di Asia.

Katanya, oleh itu, Kerajaan Pusat perlu bekerjasama dengan negeri dalam pertumbuhan ekonomi dengan mengenepikan ideologi politik yang berbeza.

“Ini adalah peluang yang terbaik untuk kita mengambil peluang ini bagi mewujudkan persekitaran negeri atau negara dengan lebih baik.

“Umum mengetahui, Selangor adalah penyumbang terbesar dalam keluaran dalam negara kasar, jika Selangor tidak membangun, maka negara juga tidak membangun.

“Jadi, ambil peluang ini, ketepikan ideologi politik dan sama-sama bangunkan pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam ucapannya di Malam Penghargaan Pelabur negeri Selangor 2013 yang dianjurkan oleh Selangor State Invesment Centre (SSIC).

Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu pihaknya kini dalam perancangan membangunkan ‘Selangor Japanese Industrial Park’ yang mungkin dibangunkan di kawasan Kuala Langat, Bukit Beruntung dan Ijok.

Dalam majlis itu, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Klang menerima penghargaan kerana terpilih sebagai ‘kawasan yang paling digemari pelabur bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan’.

Manakala, Pejabat Tanah dan Galian Petaling Jaya, Hulu Selangor dan Sepang menerima penghargaan bagi kategori daerah.

Bagi kategori pelabur dalam negara dengan pelaburan tertinggi, anugerah diberikan kepada syarikat Hartalega Holdings Berhad, Perodua Global Manufacturing, LMG Rail Car Sdn Bhd, Proligen Sdn Bhd dan Upece Aerotech Sdn Bhd.

Manakala, bagi kategori pelabur luar negara dengan pelaburan yang tertinggi, anugerah diberikan kepada syarikat Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd, Bekaert Southern Speciality Wire Sdn Bhd, SR Technics Malaysia, Cargill Palm Products dan Frencken Mechatronics (M) Sdn Bhd.

SSIC turut menyambut Ulang Tahun penubuhan SSIC Berhad yang ke 15.

Bersempena dengan sambutan itu, beberapa pegawai dan kakitangan SSIC Berhad turut dirai dengan anugerah Perkhidmatan Setia, Anugerah Khas dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013.

4 comments:

  1. BERITA TERKINI:
    Ramai pimpinan PKR dlam siatan SPRM kes rasuah sekarang ini. Kes akan diperdengar di Mahkamah lepas raya ini. Berjaga2lah anda yg terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR dah hancur sebab pertelagahan pemilihan parti, rasuah, cai2 yg membenam pemimpin yg berkaliber, penipuan pemilihan dan camputangan DSAI / DSWA yg menyokong Saifudin Nasution sebagai Timb. Presiden.

      DSWA pula nyata lemah dan tidak berupaya sebagai Presiden parti......apa akan jadi jika DSAI masuk semula ke penjara.

      Sekarang pula ada konspirasi untuk menjatuhkan TSKI sebagai MB Selangor.

      Hancur Parti.....sedarlah wahai ahli2 kita perlu reformasi dlm perjuangan bermula sekarang. Tolak pertelagahan....sayangi parti.

      Delete
  2. Puki Rosmah BEST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puki shalizat lembu lg best...bau stobelli

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...