Thursday, 23 April 2015
PRK ROMPIN .. FOTO ROMPIN SOKONG DAN PILIH GST ADALAH PALSU
Kurang 24 jam selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini, foto penyokong sebuah parti politik yang memegang sepanduk telah diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Individu tersebut telah mengubah perkataan pada sepanduk asal yang digunakan oleh penyokong parti itu.
Foto tersebut mula viral dalam aplikasi WhatsApps sejak tengah hari semalam.
Tidak diketahui akan niat dan tujuan individu berkenaan melakukan ubah suai terhadap gambar diatas.
Bagi Omak Kau politik edit ubah suai foto tidak patut menjadi amalan dan budaya kita.
PALSU
Foto tersebut yang tersebar menunjukkan penyokong parti politik memegang sepanduk yang bertulis mesej 'ROMPIN SOKONG GST' dan 'PILIH GST' dan dipegang oleh dua orang penyokong wanita UMNO/BN.
ASAL
Sepanduk pada gambar sebenar bertulis 'ROMPIN PILIH BN' dan 'PILIH KEAMANAN'.
Wednesday, 22 April 2015
RUPA-RUPANYA GURU YANG KENA PECAT SEBAB BANTAH SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) ADALAH KETUA PEMUDA PERINGKAT CAWANGAN.
Guru yang mengetuai gerakan membantah sistem dalam talian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang bermasalah pada 2013 dan 2014, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, dipecat daripada jawatannya.
Berdasarkan surat dihantar kepadanya Isnin lalu, guru pendidikan seni itu ditamatkan perkhidmatan serta-merta berkuatkuasa pada 31 Mac 2015.
Kini menganggur, Ketua Pemuda Umno cawangan Kelisa itu memberitahu, dia sedang mempertimbangkan untuk menulis dua pucuk surat - masing-masing kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya sedang meneliti pilihan yang ada, iaitu meratu atau menulis surat untuk menyatakan kekesalan kepada Najib dan Mahathir.
"Kita perlu akui perdana menteri mungkin tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi saya akan menulis kepada beliau sebagai menghormati kedudukannya sebagai pemimpin," katanya.
Mohd Nor Izzat, 30, berkata dia juga mungkin menulis surat kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan sebagai ahli Umno.
"Sebelum ini saya tidak mendedahkan hubungan saya dengan parti tetapi ini masa yang sesuai untuk melakukannya," kata Mohd Nor Izzat.
Dia adalah antara tiga guru yang ditukarkan oleh Kementerian Pelajaran ekoran pembabitan mereka kepada gerakan mendesak kerajaan mengatasi kekalutan sistem dalam talian PBS.
Antara rungutan guru ialah kesukaran mereka mengakses sistem itu dan terpaksa berjaga sehingga awal pagi untuk melakukannya.
Sistem itu juga didakwa sering tergendala memaksa guru menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memasukkan laporan keputusan pelajar.
DEMO ANTI SALIB TAMAN MEDAN ... PERCAKAPAN ABANG KETUA POLIS NEGARA AKAN DIRAKAM HARI INI.
Polis akan merakam kenyataan pihak yang terlibat dalam perhimpunan antisalib di Petaling Jaya hari minggu lalu hari ini.
Kenyataan pemimpin masyarakat setempat Datuk Abdullah Abu Bakar, yang juga abang ketua polis negara Tan Sri Khalid, dijadual dirakam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.
Abdullah berkata beberapa orang lagi peserta perhimpunan Ahad lalu turut dipanggil.
Beliau masih belum mempunyai butiran lanjut berhujung perkara itu.
Beliau juga berkata sedia memberikan kerjasama dan akan hadir ke balai polis sebelum jam lima petang hari ini.
Abdullah juga berkata tidak akan membawa peguamnya untuk sesi itu.
“Buat apa nak bawa peguam, isu ini tak ada apa pun,” katanya.
Apakah dia dan para pendemo anti salib yang lain akan ditahan pihak polis dan seterusnya akan dipohon reman dengan berpakaian lokap tangan bergari didepan Majistret keesokan harinya?????
Semalam pada sidang medianya, Khalid menegaskan beliau bersikap profesional dan menjamin tidak akan terlibat dalam kes abangnya itu.
"Saya tidak risau jika tindakan diambil ke atas abang saya dan sekiranya membabitkan sebarang kesalahan, saya tidak akan masuk campur dengan siasatan dijalankan polis Selangor.
"Kita akan siasat. Biar pihak berkuasa, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya
Profesionalisme dalam PDRM bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi lebih penting ianya dilihat dilaksanakan.
Omak Kau dari dulu cukup yakin dengan sikap profesionalisme yang dipamirkan pihak PDRM asalkan jangan adanya campur tangan.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan setelah mengadakan perbincangan di peringkat Kabinet.
“Rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalam beragama seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.
“Selain itu, kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat menghormati antara kaum yang berbeza agama,” kata Najib.
Beliau turut berkata bahawa Kabinet berpendapat bahawa mereka sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa.
Tambah Najib, kerajaan Negeri Selangor berkuasa ke atas status rumah kedai ini sama ada ia didaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi.
AKIBAT AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG DITANGAN SENDIRI ... PENCURI DI BELASAH SAMPAI PUTUS 3 JARI, SEORANG PEMUDA DI TAHAN POLIS UNTUK BANTU SIASATAN.
Polis menahan seorang pemuda bagi membantu siasatan insiden seorang lelaki cedera parah dipukul selepas ditangkap penduduk kampung ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Batu Putih dekat sini pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pemuda berusia 27 tahun ditahan di kampung itu pada Isnin dalam usaha polis mengenal pasti penduduk yang terlibat memukul lelaki terbabit sehingga menyebabkan dia putus tiga jari.
Beliau memberitahu pemberita di sini semalam, polis melakukan siasatan lanjut terhadap kes itu selepas lelaki berusia 44 tahun itu mengalami cedera parah dipukul penduduk kampung selepas dilaporkan cuba memecah masuk sebuah rumah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak bertindak sendiri memukul atau mencedera individu yang mereka tangkap kerana disyaki terlibat dalam jenayah, sebaliknya menyerahkannya kepada polis untuk diambil tindakan mengikut undang-undang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, beberapa penduduk di kampung itu menangkap lelaki berkenaan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah selepas disedari pemilik rumah lalu menjerit meminta pertolongan.
Polis yang ke lokasi kejadian kemudian menghantar lelaki itu untuk mendapatkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan keadaannya dilaporkan stabil.
SETELAH GAMBAR JUBAH TERLAJAK JARANG MENJADI VIRAL ..... AKHIRNYA ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS MOHON MAAF
Baru-baru ini foto pengasas produk kesihatan, Aliff Syukri memakai sepasang jubah jarang berwarna putih telah menjadi viral dan mengundang persepsi negatif pelayar laman sosial.
Aliff yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu bertindak memadam foto yang mendedahkan bahagian bawah tubuhnya itu selepas menyedari ia dikutuk pelayar laman sosial.
Selepas memadam foto di akaun Instagram (IG) dan Facebook (FB), Aliff segera memohon maaf kepada para pengikutnya.
Menerusi tulisannya, Aliff mengaku tidak perasan foto yang dimuatnaik itu menampakkan jubah yang dipakainya menjadi jarang selepas terkena cahaya matahari.
Dia turut mengaku cuai kerana terlalu ghairah untuk mengemaskini IGnya, walaupun sedang sibuk ketika itu.
“Maafkan kekhilafan sebentar tadi..saya memang tak perasan gambar yang di upload sebab terlalu busy saya main update sahaja..Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini.."
AHMAD MASLAN BUAT AKU JANJI TIDAK AKAN BERHENTI BERCAKAP PASAL GST WALAUPUN ADA DESAKAN KUAT DARI RAKYAT.
Setelah 22 hari pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai punca cukai terdahulu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diganti dengan GST.
Beliau berkata, GST lebih telus kerana tercatat dalam resit pembelian berbanding sistem cukai kepenggunaan seperti SST yang dilaksanakan sejak 1972 yang cajnya tersembunyi.
“Pernahkah kita terfikir mengapa 170 daripada 193 negara dalam dunia ini melaksanakan GST? Adakah mereka melakukannya kerana menzalimi rakyat?
“Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi seperti Malaysia dan juga negara-negara maju.
“Pernahkah kita cuba mencari jawapan mengapa 43 daripada 57 negara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) melaksanakan GST? Pasti negara-negara berkenaan arif mengenai hukum pelaksanaan cukai berkenaan daripada sudut Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurutnya, rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi celik kewangan bermula pada 1 April lalu, dahulu tidak pernah menimpan resit barangan tetapi kini disimpan dan sebar menerusi aplikasi WhatsApp ke seluruh dunia.
Beliau berkata, walaupun penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan juga Kastam, rakyat kini sedang menanti peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.
“Mahkamah di setiap negeri akan menjalankan proses pendengaran kes itu bagi mempercepatkan perbicaraan, hukuman denda dan penjara menanti peniaga yang melakukan kesalahan.
“Sifar GST dikenakan ke atas makanan asas yang dibeli dalam peratusan yang tinggi seperti beras, tepung, gula, garam, rempah, sayur-sayuran dan juga lain-lain.
“Perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah dan urusan kerajaan juga dikecualikan GST, model GST sifar seperti ini hanya terdapat di Malaysia sahaja.
“Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas tiga negara lain yang mengenakan kadar sebanyak 5%.
“GST adalah perubahan sistem cukai yang terbesar dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebut fakta ini dalam perjumpaan dengan pihak Kastam pada 30 Mac lalu.
“Menurut Kastam, GST akan stabil dalam masa enam bulan dari tarikh 1 April lalu namun harapan saya, GST akan stabil dalam masa tiga hingga empat bulan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ahmad Maslan menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti bercakap mengenai GST kerana jika tidak, pembangkang akan menang dengan kenyataan yang telah diputar belit mereka.
“Ada orang minta saya berhenti bercakap tentang GST. Jika saya ikut kata mereka itu, maka pembangkang akan menang dalam putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST.
“Saya harap GST boleh stabil dalam masa 3-4 bulan, mudah-mudahan. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dalam twitter @ahmadmaslan,” katanya.
LAGI KERAP AHMAD MASLAN BERCAKAP DAN BUKA MULUT LAGI TERUK IMEJ DAN KREDIBILITI KERAJAAN UMNO/BN.
KENA TERIMA HAKIKAT BAHAWA AHMAD MASLAN INI SUDAH MENJADI LIABILITI KEPADA UMNO/BN.
TIDAK DIPECAT SUDAH DIKIRA UNTUNG.
PRK PARLIMEN ROMPIN .. MAT SABU KETUAI PERARAKAN CALON PAS TANPA NAMPAK KELIBAT PEMIMPIN TERTINGGI DAP.
Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, pagi ini.
Perarakan bermula jam 8.15 pagi dari Bilik Gerakan PAS Dun Tioman, Kuala Rompin ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Hadir sama ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Sementara itu, calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad memasuki dewan jam 9.05 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan.
DI MANA KEADILAN !!!!! .... GURU TERLIBAT CABUL TIGA PELAJAR DITUKAR TEMPAT BERTUGAS .... GURU BANTAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DIPECAT.
Mohon Menteri Pelajaran memberikan respon atas isu dwistandard dalam mengambil tindakan keatas guru yang melakukan kesalahan yang berbeza.
Seorang melakukan kesalahan jenayah serius mencabul bukan seorang tetapi tiga pelajar berusia 12 tahun disebuah sekolah di rancangan Felda di Bera pada bulan April 2014 lalu hanya ditukarkan tempat bertugas.
Manakala seorang lagi guru yang sekadar terlibat membuat bantahan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kena pecat.
Sebagai menyahut kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan gentar berkata benar walaupun pahit ... rakyat bertanya .. ADILKAH??????
BANDAR BERA 20 April 2014 - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandang serius kes cabul membabitkan seorang guru lelaki berusia 49 tahun dengan tiga pelajar yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di tanah rancangan Felda, dekat sini.
Pegawai PPD, Baharum Samat berkata, guru terbabit dikenakan tindakan pentadbiran dan mulai Selasa depan, dia akan bertugas di tempat lain bagi memastikan emosi pelajar tersebut terjamin.
Menurutnya, sejak kejadian itu, pihaknya mengarahkan guru itu bertugas di PPD sebagai langkah keselamatan selain menjaga emosi pelajar agar tidak takut ke sekolah dan kita serius dalam menangani perkara seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.
PETALING JAYA 21 Mac 2015: Mohd Nor Izzat Mohd Johari, guru yang membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dipecat.
Keputusan memecatnya dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.
“Setelah menimbang fakta-fakta berkaitan, Suruhanjaya mendapati bahawa tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan Suruhanjaya. Justeru, dalam mesyuarat yang sama tuan dikenakan tindakan tatatertib dengan dibuang kerja berkuatkuasa 31 Mac 2015.”
Surat berkenaan ditanda tangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili bin Dorhan.
Berdasarkan tarikh serahan Mohd Nor Izzat, 29, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.
Sebelum ini, ekoran bantahannya terhadap PBS, dia menerima arahan untuk berpindah ke sekolah di kawasan pedalaman.
Sebelum dipecat, Mohd Nor Izzat dilaporkan telah membuat dua rayuan untuk tidak berpindah dari sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.
Seorang melakukan kesalahan jenayah serius mencabul bukan seorang tetapi tiga pelajar berusia 12 tahun disebuah sekolah di rancangan Felda di Bera pada bulan April 2014 lalu hanya ditukarkan tempat bertugas.
Manakala seorang lagi guru yang sekadar terlibat membuat bantahan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kena pecat.
Sebagai menyahut kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan gentar berkata benar walaupun pahit ... rakyat bertanya .. ADILKAH??????
BANDAR BERA 20 April 2014 - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandang serius kes cabul membabitkan seorang guru lelaki berusia 49 tahun dengan tiga pelajar yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di tanah rancangan Felda, dekat sini.
Pegawai PPD, Baharum Samat berkata, guru terbabit dikenakan tindakan pentadbiran dan mulai Selasa depan, dia akan bertugas di tempat lain bagi memastikan emosi pelajar tersebut terjamin.
Menurutnya, sejak kejadian itu, pihaknya mengarahkan guru itu bertugas di PPD sebagai langkah keselamatan selain menjaga emosi pelajar agar tidak takut ke sekolah dan kita serius dalam menangani perkara seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.
PETALING JAYA 21 Mac 2015: Mohd Nor Izzat Mohd Johari, guru yang membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dipecat.
Keputusan memecatnya dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.
“Setelah menimbang fakta-fakta berkaitan, Suruhanjaya mendapati bahawa tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan Suruhanjaya. Justeru, dalam mesyuarat yang sama tuan dikenakan tindakan tatatertib dengan dibuang kerja berkuatkuasa 31 Mac 2015.”
Surat berkenaan ditanda tangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili bin Dorhan.
Berdasarkan tarikh serahan Mohd Nor Izzat, 29, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.
Sebelum ini, ekoran bantahannya terhadap PBS, dia menerima arahan untuk berpindah ke sekolah di kawasan pedalaman.
Sebelum dipecat, Mohd Nor Izzat dilaporkan telah membuat dua rayuan untuk tidak berpindah dari sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.
Tuesday, 21 April 2015
NAJIB BERI JAMINAN POLIS AKAN SIASAT TERHADAP KUMPULAN DEMO ANTI SALIB TAMAN MEDAN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang mengadakan bantahan berhampiran sebuah gereja di Taman Medan.
Menurut Najib, jika kumpulan tersebut didapati bersalah, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan 1948.
"Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan di Taman Medan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang, tindakan boleh ambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.
"Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ianya melindungi semua agama dan kaum," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Dalam kenyataan sama, Najib berkata, rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan.
Selain itu, katanya, rakyat juga perlu mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat-menghormati antara agama.
"Mereka (penunjuk perasaan) sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan dan tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini," katanya.
Najib memberitahu, bantahan penduduk di Taman Medan itu dibincangan kabinet hari ini.
Mengenai premis yang dijadikan gereja itu, Najib berkata, ia terletak di bawah kuasa kerajaan Selangor kerana lokasinya di wilayah negeri itu.
ULASAN OMAK KAU:-
Ini baru betul Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia .. siapa jua yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.
Tabik spring melantun dan syabas setinggi Gunung Kinabalu kepada Najib Razak dalam isu ini.
You are not alone.
SUDAH KANTOI ... DEMO ANTI SALIB TAMAN MEDAN MELIBATKAN BEBERAPA PEMIMPIN UMNO PERINGKAT CAWANGAN .... MANA MAU LARI HAAA????????
Ini gambar apa cerita beb??????? .... Siap ada mesyuarat dan PERHIMPUNAN MEMBINCANGKAN ISU PEMBANGUNAN GEREJA DI KAWASAN TAMAN MEDAN ... ada backdrop lagi tu. .. ertinya memang dirancang bukannya dilakukan secara spontan.
Antara mereka yang dikenal pasti duduk dimeja utama dalam perhimpunan/mesyuarat ini ialah Datuk Samin Sarmin, Puan Munaliza Hamzah, Datuk Abdullah Abu Bakar (abang KPN) dan Sdr Dazma Shah Daud.
Datuk Abdullah Abu Bakar yang didakwa terlibat dalam protes membantah salib di sebuah gereja di Taman Medan semalam menafikan telah mengetuai protes tersebut mahupun terlibat dengannya.
Beliau berkata dakwaan tersebut dan juga dakwaan yang mengatakan beliau adalah ketua kampung, adalah tidak benar sama sekali.
“Tidak benar… saya bukan ketua pendemo. Tak ada sesiapa yang jadi ketua pendemo pun. Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat idea itu… dan sekarang dah jadi viral,” tegas beliau.
Menurut Abdullah, beliau hanyalah bertindak sebagai orang tengah kepada penduduk Taman Medan berkenaan bagi meredakan kemarahan kumpulan yang membantah gereja tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Cawangan Taman Lindungan Jaya, menafikan bahawa protes tersebut bermotifkan politik seperti yang didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Taman Medan, Haniza Talha.
Dengan bukti bergambar ini apakah masih berpegang kuat kepada kenyataan UMNO tidak terlibat seperti dinyatakan oleh Noh Omar?????
Manakala wanita yang dilihat memegang playcard ketika demo adalah Munaliza Hamzah, bekas calon UMNO untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan pada 2008 tapi tumpas kepada calon PKR YB Haniza Talha.
Helo Noh Omar .. lagi mau nafi kah??????? ... terimalah kenyataan memang beberapa pemimpin UMNO tempatan terlibat aktif .. mungkin tanpa pengetahuan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, tapi yang pasti memang beberapa pemimpin UMNO Cawangan terlibat secara terus siap ada mesyuarat dan perhimpunan bincang demo yang mau diadakan.
ATAS SIFAT HORMAT MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ..... PROTES ANTI SALIB TAMAN MEDAN TIADA KENA MENGENA DENGAN UMNO KATA NOH OMAR.
Protes anti salib di Taman Medan pada Ahad lalu tiada kaitan dengan UMNO walaupun peserta bantahan itu terdiri daripada ahli parti berkenaan.
Penjelasan itu diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau menegaskan, protes yang disertai ahli UMNO itu dianjurkan atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada hubung kait dengannya.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik nama NGO yang diwakili oleh peserta berkenaan.
“Perkara itu (demo) tidak ada kaitan dengan UMNO. Apa kena-mengena dengan UMNO. Mengapa mesti kaitkan dengan UMNO?
“Ada juga ahli UMNO yang jadi ahli PERKASA, ada yang jadi ahli persatuan penduduk, awak kena tengok mereka bertindak atas kapasti apa,” katanya ketika ditemui ketika lawatan ke Hospital Shah Alam pada Selasa.
Noh menegaskan, UMNO Selangor tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap ahli parti kerana mereka tidak menggunakan sepanduk yang mengaitkan demo itu dengan UMNO.
Kenyataan Noh itu bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan akan dikenakan terhadap ahli UMNO yang mengambil bahagian dalam demo itu termasuk didakwa mengikut Akta Hasutan.
Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan telah mengubah pendirian dan menyatakan peserta demo boleh disiasat mengikut Akta Hasutan, sekiranya ada laporan polis dibuat.
Salah seorang peserta demo anti salib itu, Abdullah Abu Bakar, yang didakwa pemimpin UMNO bahagian dan merupakan abang kepada Khalid.
Manakala wanita yang dilihat memegang playcard ketika demo adalah Munaliza Hamzah, bekas calon UMNO untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan pada 2008.
BIAR BETUL ... KESALAHAN LETAK MOTOSIKAL DILALUAN KAKI LIMA RUMAH PANGSA PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KOMPAUN RM2,000?????
Kesalahan letak motosikal dilaluan kaki lima di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Johor, Cheras adalah suatu kesalahan dibawah Undang-undang Kecil Perumahan Awam Wilayah Persekutuan 2000.
Kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan kecil sahaja, tetapi pihak Jabatan Pengkuatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan kompaun RM 2,000 ( DUA RIBU RINGGIT) ????? .. BIAR BETUL NI????
Kompaun lagi mahal dari harga motosikal yang melakukan kesalahan???????
Para penghuni rumah pangsa PPR adalah warga yang berpendapatan rendah .. kebanyakkannya dibawah RM 1200 sebulan ... sekali kena kompaun melebehi satu bulan punya pendapatan .. INI APA KES?????
Mohon DBKL memberikan respon demi pencerahan sebab rungutan diterima ini merupakan suatu tindakan yang zalim dan kejam .. Kalau nak kompaun pun berpada dan beragak-agaklah sikit .. kesalahan trafik dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ pun tidak semahal ini punya kompaun.
DEMO ANTI SALIB ... KPN BERI JAMINAN TIDAK AKAN MASUK CAMPUR SIASATAN POLIS YANG MELIBATKAN ABANGNYA DAN TEPIS BERLAKUNYA DOUBLE STANDARD
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar tidak akan campur tangan jika polis membuat siasatan terhadap abang beliau berhubung protes di luar gereja di Taman Medan, Petaling Jaya.
"Setiap laporan polis yang dibuat (berkaitan protes), akan kita siasat... Saya tidak risau kalau abang saya juga akan diambil tindakan.
"Saya tidak akan mencampuri siasatan polis
"Saya amat profesional, sentimen adik beradik tidak akan mempengaruhi (saya)," katanya kepada pemberita Bukit Aman hari ini.
Abang Khalid, Abdullah hadir dalam protes pada Ahad yang melibatkan seramai 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mendesak pihak gereja menurunkan salib.
Abdullah, yang juga pemimpin Umno cawangan, bagaimanapun menjelaskan kehadirannya sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.
Sementara itu, Khalid turut menepis dakwaan bahawa beliau bersikap dwistandard dalam kes itu.
"Sejak bila mereka tidak kata saya mengamalkan double standard. Perkara ini berlaku sejak saya menjadi ketua polis Selangor.
"Double standard, double standard. Buktikan saya bersikap double standard," katanya.
Sementara itu, Abdullah memberitahu Malaysiakini kemudiannya bahawa adiknya itu menasihatkan beliau supaya tidak mengulas lanjut berhubung isu ini.
"Saya dinasihatkan oleh adik saya, dan ramai orang supaya tidak komen perkara ini lagi.
"Perkara ini dah terjadi. Saya tidak mahu keluar kenyataan yang bertentangan dengan pihak berkuasa," katanya.
ULASAN OMAK KAU:-
Ikrar dan janji seperti ini yang rakyat mau dengar serta mau lihat ditunaikan.
Tiada siapa warga kita yang mengatasi undang-undang .. salah tetap salah sebab undang-undang itu buta warna dan tidak kenal siapa.
UMNO BAHAGIAN BATU PAHAT TIDAK BAYAR CUKAI TANAH SEJAK 2006 DAN KINI TERTUNGGAK SEBANYAK RM252,756.00 ?????
UMNO Batu Pahat yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat dan mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Dr Mohd Puad Zarkashi diberitakan yang menjadi heboh gegak gempita telah tidak bayar cukai tanah semenjak tahun 2006 sehingga sekarang yang berjumlah RM252.756.00 sen.
Selama 9 tahun satu sen pun tidak bayar cukai tanah. .. kalau rakyat biasa kalau selama ini dan berdegil macam ini pasti tanah tersebut akan dirampas.
Pecahan cukai yang perlu dibayar oleh UMNO Batu Pahat yang dikepalai Dato' Mohd Puad Zarkashi ialah:
Cukai Tanah Setahun : RM 21,420.00 sen
Tunggakan Cukai Tanah Sejak Tahun 2006 : RM 192,780.00 sen
Tunggakan Denda: RM 38,556.00 sen
Jumlah Yang Perlu Di Bayar : RM 252,756.00 sen
Mohon pihak UMNO Batu Pahat dan pihak berwajib terlibat memberikan respon segera demi pencerahan dan kebenaran.
Rakyat berhak tahu terutamanya ahli-ahli dan penyokong UMNO sendiri terutamanya ahli UMNO Batu Pahat sebab ini melibatkan imej dan integriti serta maruah UMNO.
Jangan terlalu ghairah dan seronok sakan cerita beberapa anggota PKR lompat parti menjadi ahli UMNO sedangkan isu yang jauh lebih besar gagal diurus dan ditangani secara baik.
BEKAS KPN SEPENDAPAT DENGAN ZAHID BAHAWA PENDEMO ANTI SALIB YANG DIKETUAI ABANG KPN MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 PINDAAN BARU.
Tan Sri Musa Hassan bersependapat dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pendiriannya semalam yang bantahan penduduk terhadap salib gereja di Taman Medan, Petaling Jaya merupakan satu perbuatan hasutan.
Bekas ketua polis negara itu berkata, kenyataan Zahid itu menjelaskan lagi kelakuan hasutan mereka yang terlibat sebagaimana yang termaktub dalam pindaan baru Akta Hasutan 1948.
“Akta Hasutan kini, dalam pindaan yang baharu, ada menyentuh soal agama. Jadi, itu adalah isu hasutan.
“Oleh kerana menteri sendiri mengatakan itu satu hasutan, berkemungkinanlah ada dalam Akta Hasutan pindaan baharu,” katanya.
Kenyataan Zahid semalam bercanggah dengan pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak menganggap bantahan itu sebagai hasutan.
Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli parti yang menyertai bantahan itu.
Sebelum itu, Khalid menolak wujud elemen hasutan atau jenayah dalam protes yang diadakan pada Ahad ketika penganut Kristian sedang menjalankan upacara keagamaan mingguan mereka.
Menurutnya, isu itu tidak melibatkan agama Kristian tetapi hanya pertikaian mengenai kesesuaian lokasi gereja di kawasan majoriti Melayu Islam.
"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja.
"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian," kata Khalid, sambil menambah yang salib itu kemudiannya diturunkan susulan permintaan yang dibuat anggota masyarakat.
"Tidak terdapat keganasan," katanya.
Musa berkata, tindakan penduduk berkenaan bukan saja boleh dikira sebagai hasutan, tetapi juga boleh ditafsirkan sebagai kesalahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, 298A, cuba mewujudkan pergeseran antara agama.
“Saya tak boleh komen panjang sebab saya tak tahu (lanjut) mengenai pindaan (Akta Hasutan) yang baharu ini," katanya.
Katanya, beliau tidak pasti sama ada pindaan itu memperuntukkan tindakan membangkitkan isu agama, untuk menghina atau memecah belahkan antara kaum, adalah tergolong perkara menghasut.
Ditanya pendapatnya sama ada menganggap insiden bantahan itu berkaitan agama, Musa berkata: “Bagi saya berkaitan agamalah. Ada pihak yang tak berpuas hati, salib itu ada di situ.”
Ahad lalu, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.
Salah seorang dari pemimpin UMNO yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.
Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.
Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.
ISMA SOKONG PADU PENDEMO ANTI SALIB SEBAGAI SUATU TINDAKAN YANG SANGAT WAJAR.
Bantahan yang dilakukan penduduk Flat Desa Mentari dan Flat Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya berhubung kewujudan gereja di kawasan mereka adalah sangat wajar.
Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim, berkata orang Melayu dan umat Islam selama ini sentiasa bertolak ansur dalam menjaga sensitiviti agama.
“Di Selangor sendiri jumlah gereja yang didirikan jauh lebih banyak daripada peratusan penduduk beragama Kristian.
“Maka, pembinaan gereja dan meletakkan lambang salib di kawasan 90 peratus umat Islam sangat tidak sensitif, bersikap menghasut secara halus dan biadab
“Jadi, bagi saya adalah wajar bantahan tersebut diadakan” tegasnya kepada wartawan Ismaweb.
Semalam, penduduk di kedua-dua flat tersebut mengadakan demonstrasi aman membantah kewujudan gereja di kawasan mereka. Mereka mendesak supaya lambang salib tersebut diturunkan dengan segera dan gereja yang diwujudkan itu segera berpindah ke kawasan lain.
Haji Omar berkata, DAP berterusan menolak penggunaan Akta Hasutan kepada pihak yang menghina Islam selama ini.
“Tetapi hari ini mereka pula yang beriya-iya mencadangkan akta apabila melibatkan isu suara hati umat Islam. Tidakkan lidah bercabang namanya? Ini belum lagi memegang tampuk kuasa, mereka sudah mula membuat pendakwaan terpilih.
“Agaknya apa akan jadi bila diberikan tampuk kuasa kelak?,” soalnya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, demonstrasi yang dilakukan penduduk terbabit tidak melibatkan unsur hasutan.
Beliau berkata, bantahan yang diadakan itu tidak menyentuh isu agama, ia hanya isu masyarakat tempatan.
“Ini bukan isu menyentuh agama atau agama Kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu. Salib itu diturunkan adalah di atas permintaan masyarakat dan disetujui oleh paderi itu sendiri. Tidak ada kekerasan digunakan ketika menurunkan salib itu,” katanya dilaporkan sebuah portal berita.
Sambil menegaskan sentiasa bertindak tanpa berat sebelah, Khalid berkata, beliau telah menyemak kehadiran abangnya Datuk Abdullah di tempat kejadian.
“Dia sebagai ketua masyarakat di kawasan itu, tanggungjawabnya adalah menenangkan penduduk di situ daripada menjadi lebih agresif.
“Itulah peranan yang diambil oleh abang saya,” jelasnya.
Terdahulu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar kerajaan mengenakan Akta Hasutan kepada mereka yang terlibat dalam bantahan tersebut.
Tony dalam kenyataannya mempersoal sama ada Akta Hasutan hanya dikenakan ke atas orang bukan Islam dan tidak pada orang Islam.
“Atau adakah isu ini akan sekadar membuktikan akta itu diadakan semata-mata untuk digunakan terhadap bukan Islam sementara orang Islam yang mencabuli hak bukan Islam akan dibiar begitu sahaja?,” soalnya.
GURU YANG PERJUANGKAN MANSUH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI AMBIL TINDAKAN TATATERTIB BUANG KERJA.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, guru yang membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dipecat.
Keputusan memecatnya dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.
“Setelah menimbang fakta-fakta berkaitan, Suruhanjaya mendapati bahawa tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan Suruhanjaya. Justeru, dalam mesyuarat yang sama tuan dikenakan tindakan tatatertib dengan dibuang kerja berkuatkuasa 31 Mac 2015.”
Surat berkenaan ditanda tangan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili bin Dorhan.
Berdasarkan tarikh serahan, Mohd Nor Izzat, 29, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.
Sebelum ini, ekoran bantahannya terhadap PBS, dia menerima arahan untuk berpindah ke sekolah di kawasan pedalaman.
Sebelum dipecat, Mohd Nor Izzat dilaporkan membuat dua rayuan untuk tidak berpindah dari sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.
Keputusan memecatnya dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.
“Setelah menimbang fakta-fakta berkaitan, Suruhanjaya mendapati bahawa tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan Suruhanjaya. Justeru, dalam mesyuarat yang sama tuan dikenakan tindakan tatatertib dengan dibuang kerja berkuatkuasa 31 Mac 2015.”
Surat berkenaan ditanda tangan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili bin Dorhan.
Berdasarkan tarikh serahan, Mohd Nor Izzat, 29, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.
Sebelum ini, ekoran bantahannya terhadap PBS, dia menerima arahan untuk berpindah ke sekolah di kawasan pedalaman.
Sebelum dipecat, Mohd Nor Izzat dilaporkan membuat dua rayuan untuk tidak berpindah dari sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.
WARDINA UMPAMAKAN PENDEMO ANTI SALIB SEBAGAI HANTU YANG TAKUT PADA LAMBANG SALIB
"Saya harap salib itu akan kekal di situ. ##letthecrossstay. Tolong jangan turunkannya," tulis selebriti Wardina Safiyyah mengulas kejadian kontroversi di sebuah gereja di Taman Medan kelmarin.
Kata Wardina, sejak berabad lalu umat Islam dan Kristian boleh hidup dengan aman.
Justeru, katanya, kejadian penganut Kristian "dibuli" oleh Muslim sangat dikesali.
"Pada zaman kebendaan, seseorang yang memiliki keyakinan ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, kejujuran dan hubungan kepada Tuhan adalah pengalaman yang memberi kesedaran yang hanya difahami oleh seseorang yang beriman.
"Kepada umat Islam, bertindaklah seperti orang Islam. Hanya hantu yang takutkan salib," katanya.
Komen Wardina itu merujuk kepada tunjuk perasaan sekumpulan orang Melayu membantah lambang salib pada bangunan gereja di Taman Medan.
Seorang daripada mereka dikenal pasti adalah calon BN dalam pilihan raya umum lalu, manakala seorang lagi ialah abang kepada Ketua Polis Negara.
Kata Wardina, dia faham bagaimana perasaan menjadi kumpulan minoriti dan dibuli kerana kepercayaan seseorang itu.
"Apabila seorang bukan Islam di Australia memberi sokongan kepada Muslim, ia sangat bermakna.
"Saya harap kita juga memberi sokongan kepada penganut Kristian apabila sesetengah kita melayan mereka dengan kasar.
"Salib adalah lambang mereka. Biarkan ia di situ. Jangan ganggu mereka," katanya.
PRK PERMATANG PAUH DAN ROMPIN ADALAH GELANGGANG PALING SESUAI UNTUK TUTUP MULUT TUN MAHATHIR DARI TERUS MENYERANG NAJIB.
Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad cukup yakin melebehi 100% bahawa UMNO/ BN akan menang dalam Pilihan Raya Kecil Rompin . Tetapi kemenangan itu perlu di ukur jumlah majoriti yang diperolehi calon UMNO/BN nanti ... sama ada lebih besar, kekal atau merosot.
Bagi Tun Mahathir, jika kali ini undi merosot, sudah bererti beliau dapat melihat kebenaran dalam ramalannya bahawa UMNO/BN akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang, terutama sekali kerana berlaku di kawasan Parlimen yang diwakili sahabat karib dan orang kepercayaan Najib Razak sendiri.
Kemerosotan undi sudah cukup untuk melonjakkan lagi iltizam Tun Mahathir dalam perjuangan berani matinya bertekad mau menjatuhkan Najib.
Bagi Parlimen Permatang Pauh, Tun Mahathir turut akur dalam ramalan popular bahawa UMNO/BN pasti kalah dan PKR akan menang kerana kata dan alasannya pengundi yang sentimen kepada Anwar tidak mempedulikan apapun, sebaliknya akan mengundi membabi buta.
Suatu kenyataan yang lebih mirip kebudak-budakkan atas sifat benci melampaunya kepada Anwar Ibrahim yang tidak pernah pudar dan luntur seperti melabelkan para penyokong Anwar adalah jenis manusia dungu yang tidak berfikir apabila memberikan undi dan sokongan.
Bagaimanapun, sekiranya ditakdirkan Allah UMNO/BN menang di Permatang Pauh, maka Tun Mahathir mestilah memberhentikan serta merta kempen anti Najib kerana Najib telah memperoleh suatu cahaya dan harapan baru bagi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Omak Kau secara peribadi, amat tidak bersetuju dengan pandangan dan hasrat Penasihat DAP, Lim Kit Siang mau berkerjasama dengan Tun Mahathir alasannya ialah bagi menyelamatkan Malaysia, kerana Omak Kau melihat kempen Tun Mahahtir untuk menjatuhkan Najib adalah tidak demokratik, keterlaluan dan lebih bertujuan dan bersifat untuk berbalas dendam.
Maka perlunya para pendokong dan penyokong Najib kena berkerja keras memastikan kemenangan cemerlang dan bergaya di PRK Rompin dan cuba sedaya upaya rampas Permatang Pauh ataupun sekurang-kurangnya menurunkan majoriti yang diperolehi Anwar Ibrahim sebelum ini jika mau Tun Mahathir tutup mulut terus dari menyerang bertali arus dengan bermodalkan apa yang diperkatakan oleh pembangkang selama ini.
Rentaplah akan peluang keemasan ini walaupun bakal berdepan dengan peluru cukup banyak yang ada dipihak Pakatan Rakyat kini terutamanya isu GST dan kezaliman.
PRK Permatang Pauh dan Rompin bukan sahaja gelanggang yang paling sesuai untuk menutup terus mulut Tun Mahathir tetapi lebih signifikan senario politik negara selepas PRU ke-14. Kekal atau ubah kedudukan.
UMNO SELANGOR CABAR AZMIN ALI PECAT GURU KAFA YANG MENANGIS SERAH MEMO SECARA SOLO.
Umno Selangor mencabar Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan berhimpun mengambil tindakan memecat guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham.
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika tindakan tidak berperikemanusiaan itu diambil, ia jelas menunjukkan penghinaan kepada Mohamed Azmin yang sebelum ini terkenal dengan sikap memperjuangkan hak-hak rakyat.
Menurutnya, Mohamed Azmin di Parlimen misalnya adalah seorang pemimpin yang lantang meminta kerajaan BN memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun untuk membela rakyat, namun sikapnya itu berbeza di Selangor.
“Ini menunjukkan bahawa Mohamed Azmin cakap di Parlimen lain, bila jadi menteri besar bertindak lain dan beliau menekan dan menindas seorang guru Kafa yang menyuarakan masalah yang dihadapi di negeri ini.
“Guru Kafa terbabit bukannya menimbulkan masalah dengan mengadakan perhimpunan Bersih, perhimpunan Blackout dan perhimpunan GST,” katanya pada Lawatan Pemantauan Projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Panjang, di sini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, PR yang diberi mandat untuk mentadbir negeri ini disifatkan sebagai hilang pertimbangan dan bersikap zalim terhadap seorang guru Kafa yang hanya mempertahankan haknya sepertimana yang dijanjikan PR dalam PRU lalu.
“Ini hak dia (Ekhsan Bukharee), patutnya dia dilayan (kerajaan negeri). Dia datang dengan (niat yang) baik mewakili seluruh guru Kafa bagi menuntut kenaikan elaun seperti yang dijanjikan,” katanya.
Apakah Azmin berani sahut cabaran Noh Omar ini?
Jika berani ... apabila dipecat kelak adakah UMNO Selangor akan bela nasib guru KAFA yang kena pecat ini??????
ISU DEMO ANTI SALIB ... JANGAN TIDAK PERCAYA FRIENDS OF BN - BARISAN NASIONAL PUN KUTUK TINDAKAN TIDAK BERTAMADUN PENDEMO ANTI SALIB YANG DIKETUAI ABANG KPN.
"Kami di Friends of BN - Barisan Nasional mengutuk kejadian demo memaksa pihak gereja menurunkan tanda salib di Taman Medan. Kita, rakyat Malaysia yang hidup dalam berbagai agama hendaklah menghormati agama lain, seperti mana kita inginkan penganut agama lain menghormati agama kita.
Sebagaimana umum tahu, masyarakat Melayu sekarang iaitu yang beragama Islam, ada yang sensitif mengenai tanda salib. Namun sekiranya iman dan kepercayaan orang Islam kuat, kita tidak perlu takut kepada lambang agama lain. Bahkan Rasulullah SAW sendiri menghormati agama lain, seharusnya agama sebagai penjaga keamanan, bukan pencetus perbalahan."
Tidak seperti lazimnya, laman Facebook pro- totok BN Friends of BN juga mengutuk perhimpunan yang dianggap mereka “memaksa” gereja menurunkan salib itu.
Mereka mengingatkan kepada budaya hormat menghormati antara masyarakat berbeza agama.
“Sebagaimana umum tahu, masyarakat Melayu sekarang iaitu yang beragama Islam, ada yang sensitif mengenai tanda salib.
“Namun sekiranya iman dan kepercayaan orang Islam kuat, kita tidak perlu takut kepada lambang agama lain,” katanya.
Menegaskan Rasulullah SAW sendiri menghormati agama lain, Friends of BN juga berkata agama harus menjadi penjaga keamanan, bukan pencetus perbalahan.
Monday, 20 April 2015
BEKAS TIMBALAN MENTERI SELAR KPN PILIH KASIH ISU DEMO ANTI SALIB
Bekas MP, Datuk Saifuddin Abdullah masih tidak berpuas hati dengan layanan berbeza oleh polis ke atas peserta demonstrasi pro-Umno dan Pakatan.
Saifuddin dalam kenyataannya membangkitkan, polis sebelum ini tetap menahan para aktivis dan MP lain berhubung perhimpunan Kita Lawan.
Walhal, Khalid boleh membuat semakan berhubung kehadiran abang IGP itu sendiri, Datuk Abdullah di demonstrasi antisalib di Taman Medan, kata Saifuddin.
“Kalau IGP boleh panggi sahaja orang yang hadir demo, habis kenapa ada yang sampai kena bermalam dalam lokap dan sebagainya?,” soal Saifuddin.
Siasatan Khalid ke atas Abdullah sebegitu disahkan sendiri oleh pemimpin akar umbi Umno itu.
Layanan ini berbeza dengan tindakan polis yang menahan seramai lebih 100 orang, termasuk aktivis dan para MP, berhubung bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebelum ini.
Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.
Katanya, belau membuat penjelasan itu apabila dihubungi Khalid melalui telefon.
"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.
"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.
"Lepas dengar (penerangan), dia kata OK," kata Abdullah
PKR BATALKAN SEMUA PROGRAM PRK PERMATANG PAUH YANG ADA HUBUNG KAIT DENGAN AZMIN ALI?????????
GEORGETOWN - PKR membatalkan semua programnya di Permatang Pauh hari ini yang membabitkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Penyelaras media PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Mohd Hafizan Mazuki dalam kenyataan hari ini berkata, pembatalan program itu termasuk kenduri rakyat dan pelancaran pusat operasi PRK di Guar Perahu atas beberapa sebab.
Walaupun tidak menyatakan sebab pembatalan, sumber parti menyebut ia ada kaitan dengan mesyuarat tergempar di Selangor yang membabitkan para pemimpin PKR dan Pas bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti menjelang PRK Permatang Pauh.
Menurut laporan semalam, Ketua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan memberikan kata dua supaya PKR supaya menarik balik kenyataannya yang menolak rang undang-undang berkaitan hudud jika mahu mendapat sokongan Pas untuk PRK Permatang Pauh.
Omar berkata, Pas Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka.
Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Khairil Anuar Kamarrudin ketika dihubungi berkata, beliau telah menerima arahan daripada pemimpin pusat PKR supaya tidak mengeluar kenyataan pada masa sekarang.
"Sejak minggu lepas kami menerima arahan daripada para pemimpin pusat parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana terlalu banyak manipulasi terhadap situasi antara parti dan Pas," katanya.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas petisyen pengampunan diraja terhadap hukuman penjara atas kesalahan meliwat yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hari mengundi PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei ... BERNAMA
MENTERI DALAM NEGERI DAN KETUA POLIS NEGARA BERCANGGAH PENDAPAT ISU DEMO ANTI SALIB
Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lalu.
Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.
“Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Isnin.
Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan.
“Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan kerana tidak melibatkan unsur hasutan.
Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.
“Kami tidak melihat apa-apa isu yang berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu,” tegas Khalid.
Pandangan Peguam Negara macam mana pula????????
KENYATAAN MAT SABU YANG AKAN BUAT UMNO/BN TERSENTAP ..... PAS AKAN BANTU CALON PKR DALAM PRK PARLIMEN P044 PERMATANG PAUH.
PAS akan membantu calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.044 Permatang Pauh pada 7 Mei depan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS Pusat dalam mesyuarat pada 13hb April 2015 telah membuat keputusan supaya PAS Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak membantu PR dalam PRK berkenaan
“Sebagai Timbalan Presiden dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, saya menegaskan tiada arahan baru yang dikeluarkan oleh PAS Pusat.
“Oleh itu, semua jentera pilihan raya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu PR di Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd. Yusni Mohd Piah mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan bekerjasama di Permatang Pauh selagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang tidak menarik balik kenyataan ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.
DAPSY pula dilaporkan membekukan kerjasama dengan Pemuda PAS ekoran tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan pindaan enakmen hudud.
PRK Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
INILAH WAJAH PENGANGGUR YANG DITUDUH DIMAHKAMAH KERANA TIKAM BEKAS TUNANGNYA SEHINGGA MAUT MINGGU LEPAS.
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kluang , Johor, pagi tadi atas tuduhan menikam bekas tunangnya sehingga maut di kawasan letak kereta sebuah pasar raya besar, di sini, minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 23, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.
Laporan sebelum ini menyebut mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya itu, 10 April lalu.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang, mangsa sedang bekerja di pasar raya itu apabila dipercayai berlaku pertengkaran di antara Nursyafikah dengan suspek sebelum kepala Nursyafikah terhentak di sebuah motosikal akibat ditolak suspek.
Polis sebelum ini berkata, mangsa kemudian ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau pemotong sayur.
MAYAT DI BALUT DENGAN CADAR DITEMUI BERHAMPIRAN TASIK
Lagi kes mayat berbalut cadar dan ditinggalkan di tepi jalan. Kali ini kejadian berlaku di Jalan Jingga U9/39, Seksyen U9, awal pagi tadi di mana mayat seorang lelaki ditemui berbungkus berhampiran tasik di situ.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.18 pagi itu, mayat yang lengkap berpakaian, ditemui di bahu jalan belakang Taman Cahaya SPK.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berbungkus dengan kain cadar dan berikat.
“Mangsa ditemui dengan dibalut dengan lain cadar berwarna putih biru dan diikat dengan tali berwarna hijau dan putih.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibuang di tepi jalan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KETUA BANTAH SALIB GEREJA TAMAN MEDAN MENGAKU DIA ABANG KEPADA KETUA POLIS NEGARA??????
Datuk Abdullah Abu Bakar, yang mengetuai bantahan terhadap salib dalam sebuah gereja di Taman Medan semalam, difahamkan adalah abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Abdullah, yang mengesahkan hal ini, berkata ini adalah sebab mengapa penduduk telah menemui beliau berhubung perkara itu pada hari Sabtu lepas.
"Ia hanya kebetulan bahawa saya adalah abang kepada Tan Sri Khalid (Abu Bakar). Beliau adalah adik saya," katanya.
"Sebab itu dengan isu-isu seperti ini , orang ramai datang mengadu kepadanya."
Abdullah berkata penduduk di sana mengenali beliau dan beliau adalah seorang ketua cawangan Umno di Taman Medan.
"Sudah tentu, mereka tahu dan kenal saya. Saya juga sebelum ini adalah seorang pemimpin bahagian Umno."
Beliau juga berkata telah menjadi ahli Umno sejak tahun 1980-an dan menafikan dengan keras bahawa beliau menentang orang Kristian.
"Penduduk berasa cemas melihat salib. Mereka tidak selesa dan sensitif," katanya.
"Sesetengah mereka mengadu, pemandangan pertama mereka bila buka tingkap ialah salib."
Diminta mengulas kritikan terhadap protes semalam, Abdullah berkata beliau cuma cuba mengetengahkan rasa tidak puas hati penduduk.
"Saya seorang Islam. Sekumpulan pemuda dalam Whatsapp saya mengetengahkan isu salib itu dan mula menuding jari kepada pelbagai pihak.
"Sebagai pemimpin, saya campur tangan dan menasihati mereka tidak bercakap sedemikian. Saya kemudian bersetuju menemui mereka menyelesaikan perkara tersebut," kata Abdullah, dan menambah tiga keputusan diambil hasil perjumpaannya dengan penduduk.
"Pertama, cuba berjumpa pihak pimpinan gereja bila mereka hadir beribadat pada Ahad.
"Kedua, kami bersetuju menganjurkan protes aman, dan ketiga, iaitu yang paling utama, memastikan sama ada gereja tersebut ada kebenaran beroperasi daripada pihak berkuasa," kata Abdullah.
Menurutnya, beliau pada mulanya tidak hadir tunjuk perasaan tersebut tetapi terpaksa singgah apabila ia mula kecoh.
Katanya, pihaknya mahu tanda salib itu ditanggalkan sebagai langkah sementara supaya membolehkan orang ramai bersurai.
Abdullah turut memberitahu, beliau akan memeriksa status gereja itu dengan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pada 10 pagi semalam, kira-kira 50 orang berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja, sewaktu upacara keagamaan mingguan gereja itu berlangsung.
Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam.
Ia berakhir apabila pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi yang dipasang pada tingkap gereja yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai.
BEBERAPA KEPING GAMBAR 8 REMAJA DI CEKUP POLIS SETELAH MELAKUKAN ROMPAKAN DI KEDAI SERBANIKA 7 ELEVEN DI INANAM, KOTA KINABALU SABAH
Kejadian berlaku awal pagi semalam apabila 8 remaja 4 lelaki dan 4 perempuan dipercayai pasangan kekasih yang menaiki kereta Proton Wira telah berjaya dicekup pihak polis setelah berlaku kejar mengejar sebaik sahaja dimaklumkan berlakunya suatu rompakan kedai serbanika 7 Eleven di Taman BDC, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah Kota Kinabalu dan akan ditahan reman demi membantu siasatan.
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KENYATAAN YDP PAS PERMATANG PAUH OLEH RAFIZI YANG TERSEBAR LIGAT DI MEDIAL SOSIAL ADALAH PALSU!!!!
Berikut inilah kenyataan media "Rafizi Ramli" yang telah disahkan palsu oleh tuan punya badan sendiri.
Bagus juga dia pantas memberikan respon sebab tidak mau dilihat suatu percubaan rakan segagasan dalam Pakatan Rakyat mencampuri urusan pemilihan parti, sebab semasa Pemilihan KeADILan 2014 yang lalu tiada sepatah ayat terhambur dari pucuk pimpinan tertinggi PAS yang mencampuri proses pemilihan.
Semoga akhlak dan gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin tertinggi PAS harus dijadikan contoh teladan untuk di ikuti bukannya macam lagi satu parti tu siap cakap kalau DAP nak berkerjasama dengan PAS pasti Presiden PAS bukannya Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-
1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.
2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.
3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.
4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?
7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.
8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.
9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.
Sekian, terima kasih.
YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
20 April 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...













































