Tuesday 5 February 2013

DATO' SERI PRESIDEN PAS TOLONG BANTU PADAMKAN API DARI MEREBAK, YANG MERANAPKAN SAMA SEKALI ASRAMA MAAHAD DARUL QURAN (MDQ), RUSILA, MARANG, KUALA TERENGGANU.




Seramai 80 pelajar Maahad Darul Quran (MDQ) dekat Rusila tinggal sehelai sepinggan hari ini apabila asrama mereka hangus terbakar.

Kebakaran itu memusnahkan sama sekali bangunan asrama dua tingkat yang diperbuat dari kayu itu


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang tinggal berhampiran turut serta berusaha memadamkan api itu bersama bomba dan orang ramai berjaya menyelamatkan dua lagi bangunan bersebelahan.

Menurut salah seorang tenaga pengajarnya, Ustaz Wan Sukairi, MDQ mempunyai kira-kira 1,000 pelajar.

Kebakaran ini memusnah satu dari tiga bangunan asramanya.

TGHA telah mengucapkan takziah kepada semua piahk pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran.

Melahirkan rasa sukur jua kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Ins'y Allah, selaku Presiden PAS, TGHA berjanji akan membangunkan semula asrama Maahad Darul Quran dalam kada segera dan mengharapkan juga sumbangan dari para dermawan dan orang ramai.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 ( Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).


2 comments:

  1. Inilah pemimpin berjiwa rakyat, termasuk di antara 100 ulamak yg diiktiraf dunia. Allahuakbar.....

    ReplyDelete
  2. Syukur takada yg terkorban. Mari kita menderma sebanyak mungkin untuk bina bangunan yg lebih selamat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...