Sekumpulan
mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
(ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor
Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor.
Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul
di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan
yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.
Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama
mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi
telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej
menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah
dilakukan oleh beliau.
Mahasiswi itu dikatakan telah mula
berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang
dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.
Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk
menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal
mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes
secara aman itu.
Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan
mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka
apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui
belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.
Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah
terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan
secara sembunyi.
“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk
menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata
beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.
“Walaupun
kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun
kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru
permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi
ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.
Sumber - HARAKAHDAILY
MAHASISWI ISLAM UKM GENG ROSMAH????.. MAHASISWI ISLAM UKM LOVE ROSMAH?????.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
perli la tu....bkn betul2 sokong rosmah
ReplyDeleteAku pun sokong Rosmah BN utk dinyahkan dri persada putrajaya!
ReplyDeleteIni kalilah kita berabis utk tumbangkan parti Umat Melayu No Otak BN Bini Najib
Saya nak tahu, Rosmah ada bachelor ke?
ReplyDelete