Monday, 18 February 2013
TERIAKKAN UMNO NAK TAWAN KELANTAN....PRU 12 DULU PADE DOH...PRU 13 BO LA WEII !!!!
DULU PRU 12 PADE DOH BERAKHIRNYA DENGAN PADAN MUKA!!!!!... KINI PRU 13 DENGAN SLOGAN BARU PULA....BO LA WEII... INS'Y ALLAH AKAN MENJADI RAKYAT BO LAYAN!!!!!
Pada Februari 2008, kira-kira sebulan sebelum PRU 12, Pemuda UMNO Malaysia berketuakan Hishamuddin Hussein, telah melancarkan kempen “PADE DOH 18” dan di ketuai jejaka paling dibenci di Malaysia ketika itu, Naib Ketua Pemuda Malaysia, merangkap menantu Perdana Menteri ke-5, Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin @ KJ.
Pemuda UMNO dengan sombong dan angkuh menyerang Kelantan seperti Tentera Kristian Eropah menyerang Tentera Islam di dalam Perang Salib.
Berduyun-duyun pemuda-pemudi pemilih berdaftar di Kelantan disumbatkan ke dalam bas-bas sewa khas untuk diangkut dan dihantar menggulingkan Kerajaan PAS Kelantan dengan publisiti mengalahkan blockbuster mega Hollywood.
Tetapi akhirnya, pemuda-pemudi yang berduyun-duyun inilah yang menolak BN di Kelantan.
Kini cara politik sombong dan angkuh yang hampir serupa di ambil alih dan digunapakai oleh Perdana Menteri ke-6 merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dengan slogan Bo La Weii Tukar.
Slogan baru yang dikitar semula ini, dilancarkan oleh Najib Razak pada suatu program yang dinamakan Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil petang semalam.
Apakah sejarah akan berulang?
Jika diteliti pada cita rasa, kemahuan dan tekad rakyat mau melakukan perubahan secara keseluruhan pemerintahan negara, DENGAN IZIN ALLAH SWT....tidak mustahil ianya akan berulang.
Rakyat Kelantan cara berpolitik tidak sama dengan negeri-negeri lain. Mereka bijak berpolitik terutamanya dikalangan anak-anak muda.
Omakkau cukup yakin.. Cukup-cukup yakin dan percaya. SLOGAN BO LA WEII AKAN BERAKHIR DENGAN RAKYAT BO LAYAN . SEPERTI PADE DOH BERAKHIR PADAN MUKA!!!!
Cara kebetulan, slogan Pade Doh dilancar sebulan sebelum PRU 12 dan Bo La Wei juga dikatakan serupa juga kerana besar kemungkinan PRU 13 akan diadakan dalam tempoh 1 bulan dari sekarang.
"Seseorang/sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berkali-kali"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Assalamualaikum
ReplyDeleteTokwan dah kata umno/bn dah monopous idea dan makin nyanyuk....
Bila PR buat jelajah negera bertemu rakyat dengan bas, trailler dan container yang diuabh suai dandielktronkan, UMNO/BN TIRU SAYANG HANYA MAMPU LORI IKAN.
Bila HKR turutan dari BERSIH 1, 2 & 3 PERCUMA berjaya.... UMNO BN BUAT HIMPUNAN SEJUTA BELIA.... BAWA GADIS KOREA SEPARUH BOGEL, BEKAL BAS DAN DUIT SAKU KEPADAPERSERTA....
Bila NGO Kelantan tuntut royalty minyak pakai baju dan bendera merah "R" mereka buat baju dan bendera merah "T" for TENUK.....
Dalam keadaan normal kalau perempuan dha 55 tahun mula monopous MAKA BN PUN SAMA .......
SATU PERKARA KESAMAAN TINDAK TANDUK UMNO / BN DENGAN YAHUDI ZIONIST IALAH MENGAMALKAN DUA DARI "5 S Protocol"secara berlualuasamutnukmelalikan ummah dan rakayat iaitu SONG..... SEX BLOGGERS UMNO TERUTAMANYA TAK ADAMODAL LAIN video SEX........ Itulah kenyataan......... Cuba nafikan.....
Tokwan Perak.
Kawe sokong tok we perok!!! itu jah modal puok2 sengal tu.....
Delete