Thursday, 14 February 2013

PRU 13...KEWAJARAN MELETAKKAN CALON ANAK WATAN TEMPATAN... SALAH PILIH CALON BAKAL MENGUNDANG PADAH!!!!!



PRU 13 ADALAH IBU DARI SEGALA PILIHANRAYA.....PRU 13 ADALAH PRU YANG MENENTUKAN HIDUP MATINYA UMNO.....PRU 13 ADALAH PELUANG TERBAIK PAKATAN RAKYAT MERAMPAS PUTRAJAYA.....PRU 13 ADALAH PRU YANG PALING SENGIT DALAM SEJARAH NEGARA.


Itulah antara ungkapan dan ucapan yang diwar-warkan oleh para pemimpin UMNO/BN maupun Pakatan Rakyat dan juga luahan cetusan hati yang ikhlas dan jujur dari para penganalisis dan pengamat politik.

Rata-rata para penganalisis dan pengamat politik yang kredible dan berintegriti akui kekuatan dan pengaruh PR dengan BN kali ini adalah seimbang.

Sesiapa jua yang bakal menang PRU 13 nanti hanyalah sekadar menang dengan majoriti mudah (a simple majority).

Parti yang kurang membuat silap, peluang untuk menang adalah amat cerah sekali.

Perlu akui, dulu UMNO/BN menang setiap PRU dengan cemerlang dan bergaya akibat dari penguasaan mereka kepada 3M..Money, Media and Machinery.  Kini itu sudah menjadi sejarah, apabila pihak lawan Pakatan Rakyat walaupun tidak sekuat UMNO/BN dalam menguasai 3M namun memadai untuk memberi UMNO kecut perut dan seram sejuk tulang sonsom mereka.

Sedikit sebanyak PR ada jua dana hasil dari sumbangan derma rakyat melalui kutipan kilat ceramah dan jua anjuran jamuan makan.

Media pula boleh dikatakan pihak Pakatan Rakyat kini dilihat lebih menguasai media alternatif media yang digemari dan lebih dipercayai oleh golongan anak-anak muda dan pengundi atas pagar sedangkan UMNO/BN masih lagi menggunakan media arus perdana sebagai saluran penyampaian propagandanya.

Realitinya, UMNO/BN sekadar berjaya untuk menyebarkan propagandanya dikalangan penyokong totok dari saluran 1 dan 2 dari luar bandar termasuk warga Rancangan Felda kerana kurang akses kepada internet.

Dari segi machinery (jentera) walaupun habis semua agensi kerajaan dipergunakan namun jentera PR diperingakat akar umbi sudah mampu menandingi apa yang dimiliki UMNO/BN.

Ini yang membuat UMNO/BN merasakan buat julung kalinya agak tergugat kedudukkannya malahan tidak mustahil tumbang dan menjadi parti pembangkang. Satu senario dan suasana yang cukup ngeri dan menggerunkan UMNO/BN.

UMNO/BN tumbang adalah ancaman yang real dan bukan main-main. Sebab itu Najib Razak sehingga kini masih keberatan untuk membubarkan parlimen walaupun memberitahu dunia terutamanya dikalangan para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN yang parti BN pimpinan beliau sudah bersedia bertempur dengan PR di PRU 13 dengan kejayaan yang lebih hebat dari PRU 12 yang lalu... Realitinya?..TALK IS CHEAP!!!!

Disinilah pemilihan calon memainkan peranan yang cukup penting. PRU 13 ini adalah PRU anak-anak muda.

Sikap dan cita rasa anak-anak muda tidak sama dengan para pengundi saluran 1,2 dan 3..

Mereka melihat siapa calon yang diketengahkan oleh PR dan BN.

Disitu kewajaran dan keutamaan harus diberikan kepada calon anak watan tempatan yang bergiat cergas dalam parti.. Memberi kelebihan jika calon anak watan tempatan itu pula memegang jawatan penting dalam parti.

Omakkau sebagai pengiat politik diperingkat Cabang Kapar maka memang lebih bersesuaian jika skop pemilihan calon anak watan tempatan ini Omakkau tumpukan kepada Parlimen P109 Kapar dan DUN-DUN dibawahnya. N42 Meru , N43 Sementa, N44 Sg Pinang dan N45 Selat Kelang.

P109 Kapar dimenangi oleh PKR, N42 Meru(PAS), N43 Sementa (UMNO/BN menang tanpa bertanding sebab calon dari PKR khianat parti dan lari disaat penamaan calon ), N44 Sg Pinang (DAP) dan N45 Selat Kelang (PAS).

Omakkau mau memberikan tumpuan kepada kawasan yang diperuntukkan kepada PKR, memandangkan Omakkau adalah anggota Parti KeADILan Rakyat Cabang Kapar dengan itu mempunyai "locus standi" untuk membicara dan memberikan buah fikiran demi kebaikkan parti yang menjadi dakapan dan pegangan Omakkau.

Seperti semua sedia maklum selain mempertahankan Putrajaya Najib Razak amat ghairah dan berhasrat tinggi melambung mau merampas kembali Selangor memandangkan beliau jua adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor selain negeri yang paling kaya sekali dalam Malaysia.

Masa depan politiknya terletak atas kemampuan beliau untuk merampas kembali Selangor dari tangan PKR/PR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Balik kepada isu pemilihan anak watan tempatan, kewajaran perlu diberi pertimbangan yang cukup mendalam dan berat oleh pucuk kepimpinan PKR yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Banyak kelebihannya jika parti yang bertanding memilih anak watan tempatan yang memiliki kelayakan
diberi peluang dan tanggung jawab serta amanah menggalas harapan parti pada PRU 13 nanti.

Anak tempatan selain dikenali penduduk tempatan dia faham masalah yang dihadapi penduduk tempatan. Dia bersuara, menghirup oksijen yang sama.. Maksudnya segala permasalahan dan cara budaya hidup penduduk tempatan sudah sebati dengan dirinya.

Penduduk tempatan akan merasa selesa tanpa kekok untuk berinteraksi dengan mereka, lebih-lebih lagi calon-calon tersebut tinggal dikawasan Parlimen dan DUN-DUN berkenaan.

Parlimen P109 Kapar dan DUN N43 Sementa boleh dikategorikan sebagai kawasan separa bandar. Kawasan yang mana para penduduk akan berjumpa dengan Wakil Rakyat mereka jika menghadapi masalah... Maka sudah pasti mereka maukan Wakil Rakyat yang mudah dihubungi.

Bagi P109 Kapar dan DUN N43 Sementa,  Omakkau telah melihat calon-calon  yang sesuai untuk diletakkan bagi menggalas tanggung jawab demi mencapai kemenangan merampas Putrajaya dan Mempertahankan Selangor ialah Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Cabang Kapar,  Dr. Nedunchelian Vengu (P109 Kapar) dan Ketua Cabang PKR Kapar Azizi Ayob (DUN N43 Sementa).

Kedua bakal calon yang Omakkau kenal pasti untuk membawa kejayaan cemerlang kepada parti ini selain memegang jawatan penting dalam parti peringkat Cabang mereka juga amat giat, rancak dan cergas menjalankan aktiviti-aktiviti yang menaikkan nama baik parti.

Dikenali dari kalangan penduduk tempatan..Mesra dan disukai. Kurang berprotokol dalam apa jua situasi. Sering bersama rakyat tempatan.

Parti amat rugi jika kedua mereka diketepikan dan rakyat pula akan kehilangan mendapatkan khidmat Wakil Rakyat yang memahami masalah dan inspirasi mereka.

Dari desas desus risikan dan berita Omakkau terima, UMNO/BN akan juga meletakkan calon anak watan tempatan jua kerana ini memberi satu kelebihan.

Calon payung terjun tidak sesuai pada PRU 13 kali ini, melainkan calon itu membawa nama yang cukup besar kepada parti. Calon yang terkenal diperingkat nasional.

Selami inspirasi dan kemahuan rakyat secara menyeluruh.


Berpolitik kena realistik.. Politik khayalan sudah ketinggalan zaman. Politik kini ialah politik pengundi kenal siapa dia calon yang bertanding. Politik sekadar menunggang rasa benci rakyat kepada pemerintah tidak mencukupi untuk meraih kemenangan.

Letakkan keutamaan dan prioriti kepada calon-calon anak watan tempatan bagi mencapai kemenangan dan menawan Putrajaya serta Mempertahankan Selangor..Jangan ambil risiko yang cukup mahal nilainya.

19 comments:

  1. Ada ura2 PKR akan letak calon lain bukan anak tempatan ke kalau dh sampai ahli cabang kena bagitau nama bakal calon yg disukai dlm blog?

    Daalm kes ni rasanya calon mesti yg Azmin approved baru blh bertanding.. xde approval ni mmg jgn harap lah..

    So soalan nya siapa dia calon parachute ni? Timbalan AMK pusat kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tentu jugak bos. azmin skrg pun hubungan dgn pemimpin lain tak brp baik, terutamanya khalid. so, pertembungan antara team azmin dan team khalid sure sengit. dlm hal ni, aku tak brp suka sgt dgn azmin sbb dia naik cepat sgt, mcm ada hubungan istimewa dia dgn dsai. org2 lain yg lagi senior dlm parti hati terbakar je.. tapi kita tak blh kasi UMNGOK amek kesempatan.

      Delete
    2. Syabas kepada Omakakau...satu artikel untuk pencerahan semua pihak...Mmg semua rakyat Sementa dan Kapar inginkan calon untuk PRU 13 ini anak tempatan bukan calon parachute....
      Teman rasa kepimpinan PKR termasuk azmin bijak akan perkara ini.....Cara Azizi & Dr. Nedu berganding bahu menjalankan tanggungjawab parti tanpa mengira penat lelah patut diberi pujian.
      Yg penyelaras baru pusat khidmat DUN Sementa yang dok sibok melobi kata bakal calon sementa ...apahal plak....
      Heran bin pelik jgak....
      Yang pastinya kami anak sementa inginkan calon PRU kali ini mesti anak tempatan.....demi menjamin kemenangan besar....
      Omakkau truskan pendedahan jika perlu...

      ANAK SEMENTA/PENYOKONG PKR

      Delete
  2. bergantung kpd bnyk faktor. pelacur dan pengamal seks bebas sudah tentu akan mengundi pr krn dasar pr yg cenderung kpd lembah maksiat. free thinker dan kristian pun sudah tentu bersama pr krn pr kini menolak Islam dan hudud serta mempromosi pemurtadan dan kristianisasi. so.. mungkin pr ada kelebihan.


    -pakli-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakli.... Teman sarankan Pakli patut Syahadah semula dengan lemparan tuduhan jahil tuan tu.....Pakatan Rakyat pendokong Islam & Sunnah....DSAI bukan pengamal seks bebas malahan manusia yg teraniaya dengan tuduhan liar BN/UMNO sial macam awak tu....
      BN sebenarnya pengamal free thinker,Menolak Islam & Mempromosikan Pemurtadan ...Bukti jelas....Siapa yg benarkan Impot bible dari Indonesia kemalaysia...BN/UMNO kan....Pengamal Seks...Pemimpin BN/UMNO..tengok Chua Soi Lek ,Rahim Thamby Chik, Jmaludin Jarjis semua kaki seks secara terang2...nak nafi lg...Amalan seks dagangan dengan puteri UMNO apa tu.....Hey..Lu pkir la sendiri....
      Teman sarankan Pakli jom tukar keahlian masuk Pakatan agar jiwa tenang dan terisi hidayah..

      PENYOKONG PAKATAN KAPAR

      Delete
  3. Hujah bodoh lg tetamat bangang...bengap...bengal....tahap babun oleh macai umngok.....

    ReplyDelete
  4. Letak le sesiapa pun insyaallah BN akan malingkup!! Tp pak ali setuju pandangan omakkau...biar calon local yg dikenali pengundi utk bertanding mwakili pihak PR.

    pak ali

    ReplyDelete
  5. semua dah diketahui umum bahawa azizi merupakan proksi umno... menang pemilihan ketua cabang dgn duit dr sumbangan rahman palil..

    ReplyDelete
  6. ya ker...yaaa ker.yaaaa ke... sape sja jnji menang... omakau cadang sya sokong... kalau ada yg terbaaaik.. cai... nok spin je kja.. kih.kih.kih...

    ReplyDelete
  7. umum sudah mengetahui KP umno penang bukan melayu, tetapi India!

    -ahli umno melayu jati-

    ReplyDelete
  8. Mcmana blogger yg bg cad...bkn ker pengurusan parti yg tentukan..brp la admin dpt dr diaorg nie...naik meluat sy...jom undi bn

    Reza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reza...Ini lah Demokrasi dikatakan...Bebas bersuara....

      Delete
  9. WOI REZA!!! Bloger ni ada jawatan dalam parti.. ko apa tahu.. Sapa nak undi lagi BN tu parti Syaitan..

    ReplyDelete
  10. Ko la setan..carca marba PR nie...sampai blogger pn blh kuar arahan...ugut mengugut sesama sendiri...

    Reza

    ReplyDelete
  11. Bukan ker Mantan Presiden ko MAHADEAD tu yang cakap...

    ReplyDelete
  12. ustaz haron din keluar pas. Parti ajaran sesat.

    ReplyDelete
  13. YAMA CALUN TEMPATAN ATAU BUKAN TIDAK BERAPA PENTING. YANG PENTING CALON BERWIBAWA. BOLEH BEKERJA DAN BOLEH MEMBAWA PENYELESAIAN KEPADA MASALAH NEGARA. BUKAN JADI MP DAN BERPINDAH KE KL DUDUK RUMAH BESAR (MANA DAPAT DUIT TIBA TIBA JADI KAYA), KAHWIN BINI KECIK (YANG BESAR TINGGALKAN KAT KAMPUNG), BELI KERETA BESAR (YANG LAMA BAGI KAT BINI BESAR)DAN HIDUP TAK KENAL MASJID (KECUALI BILA RAYA ATAU PM ADE). BANYAK KAT KL YANG TAK BALIK KG. DARI SABAH DARI SARAWAK DARI PAHANG DARI PERAK DARI KEDAH SEMUA DUDUK KAT KAWASAN ELIT. SEMASA AKTIF BERPOLITIK. AKU TAK PEDULI. JANGAN INGAT KAU PAKAI SONGKOK DAN PROTON SAGA AKU NAK UNDI KAU. KITA TAU ITU SEMUA KERJA MENYAMAR!! BIASALAH KERJANI KERJA UMNO!!!

    ReplyDelete
  14. x brapa setuju aziz jadi calon... family dia majoriti amno termasuk abg dia, azhar ketua kg jkkkp. camne nak tambah ahli kalau family sendiri pun x jadi ahli pkr? kes dia kat pejabat tanah pun x settle lagi... byk masalah azizi nie. potensi utk berpaling tadah mcm suzaimi pun ada. silap pada pimpinan pusat kerana kepercayaan pada azizi nie lpas pru12. lagipun x sesuai azizi jadi calon. kalau btul dia ahli pkr sejati, terima la keputusan pkr pusat tentukan siapa calon. biarlah bukan anak tempatan menjadi calon asalkan amno/bn tumbang....

    ReplyDelete
  15. Dr. Daroyah Alwi. Bukan nama kecil dalam perjuangan reformasi. Mereka yang masuk selepas 2008 sahaja yang tak kenal Dr. Daroyah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...