Saturday, 31 August 2013
INILAH WAJAH LELAKI YANG NAIK ANGIN SATU BADAN MERAMPAS "SANG SAKA MALAYA" DI DATARAN MERDEKA DIMALAM AMBANG MERDEKA!!!
Seorang lelaki seperti kena rasuk telah bertindak merampas beberapa helai bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan sekumpulan aktivis di Dataran Merdeka malam tadi.
Kumpulan yang dipimpin aktivis politik, Hishamuddin Rais itu telah mengadakan satu perhimpunan Ambang Merdeka di samping mengibarkan Sang Saka Malaya.
Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para aktivis dengan nada marah dan terjerit-jerit bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.
Terdahulu, Hishammuddin Rais dalam ucapan ringkasnya berkata, kemerdekaan yang dikecapi selama 56 tahun merupakan Hari Malapetaka buat rakyat Malaysia.
Beliau yang mempertahankan bendera Sang Saka Malaya menegaskan, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.
"Jalur Gemilang adalah tipu dari Amerika, bendera sang saka ini adalah tradisi dari pada kerajaan Melayu langka suka.
"Bendera ini dinaikkan pada tahun 1947. Pengisytiharan 31 Ogos bukanlah Hari Kemerdekaan. Akan tetapi merupakan Hari Malapetaka," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dataran Merdeka malam tadi.
APAKAH LELAKI INI SEBAHAGIAN DARI MANA-MANA ANGGOTA KUMPULAN KONGSI GELAP YANG DI HARAMKAN?
Friday, 30 August 2013
WAJAH-WAJAH DOKTOR MUDA YANG HAFIZ AL-QURAN YANG BERTUGAS DI HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN .
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana.
Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.
Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz.
Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).
Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka.
Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit.
SUDAH MELAMPAU!!!! ... PEKERJA TNB HAMPIR PUTUS TANGAN DITETAK DENGAN PARANG KERANA NAK POTONG BEKALAN LETRIK !!!!
Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri
akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik
di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur
semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.
"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.
Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
- Bernama
Laporan penuh...
Bandar sunway rpt:6000/13
Pengadu: mohd fuad bin ishak(pekerja TNB subang jaya)
No kp:710918045373
I0:insp sim lee ping
Sek: 326kk
Pada 29/8/13 jam 1700hrs 1 team tnb dari subang jaya telah datang ke jln pjs 7/23 bdr sunway kerana telah mendapat aduan terdapat penyambungan haram di jln tersebut semasa team pengadu ingin membuat pemotongan bekalan elektrik di rumah setinggan jln pjs 7/23 bersama dengan 4orang pekerja TNB.2 lelaki india telah menghampiri dan telah menyerang team tersebut dan telah menetak mangsa beberapa kali di pergelangan tangan kiri menggunakan parang panjang sehingga hampir putus.rakan mangsa telah membawa mangsa ke hospital sdmc dan telah di pindahkan dihospital pantai bangsar dan berada di dewan pembedahan.tahap kecederaan pergelangan tangan kiri hampir putus,ditempatkan di blok d tkt 2 no katil 18.
Butir2 suspek
Penama:sellvam a/l sangaralingam
no kp:680510086687
Suspek telah ditangkap oleh anggota D7 ipd subang jaya
Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.
"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.
Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
- Bernama
Laporan penuh...
Bandar sunway rpt:6000/13
Pengadu: mohd fuad bin ishak(pekerja TNB subang jaya)
No kp:710918045373
I0:insp sim lee ping
Sek: 326kk
Pada 29/8/13 jam 1700hrs 1 team tnb dari subang jaya telah datang ke jln pjs 7/23 bdr sunway kerana telah mendapat aduan terdapat penyambungan haram di jln tersebut semasa team pengadu ingin membuat pemotongan bekalan elektrik di rumah setinggan jln pjs 7/23 bersama dengan 4orang pekerja TNB.2 lelaki india telah menghampiri dan telah menyerang team tersebut dan telah menetak mangsa beberapa kali di pergelangan tangan kiri menggunakan parang panjang sehingga hampir putus.rakan mangsa telah membawa mangsa ke hospital sdmc dan telah di pindahkan dihospital pantai bangsar dan berada di dewan pembedahan.tahap kecederaan pergelangan tangan kiri hampir putus,ditempatkan di blok d tkt 2 no katil 18.
Butir2 suspek
Penama:sellvam a/l sangaralingam
no kp:680510086687
Suspek telah ditangkap oleh anggota D7 ipd subang jaya
WALAUPUN AMAT JELAS FILEM TANDA PUTERA MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT NAMUN ADA JUA YANG KATA FILEM TERBAIK DAN KALAU TONTON JANGAN LUPA BAWA TISU !!!!!!
"PERINGATAN BUAT KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENONTON FILEM INI... BAWALAH KERTAS TISSUE ATAU SAPU TANGAN KERANA RAMAI YANG AKAN MENANGIS NANTI"..
Begitulah lebih kurang bunyi ayat seorang pemegang akaun FB yang menggelarkan dirinya sebagai Peter Yap.
Menilaikan filem Tanda Putera sebagai sebuah filem bermutu amat tinggi.
Tidak tahulah Omak Kau sama ada pemegang akaun ini perli atau serius sungguh memuji filem Tanda Putera ni.
Sebab terlalu banyak sangat dia punya kantoi terdapat dalam filem ini .. sejarah dan fakta di putar .. terlalu banyak scene yang jadi kutukan dan bahan ketawa...
Adakah diamksudkan kena bawa kertas tisu atau sapu tangan kerana akan menangis apabila menonton filem Tanda Putera kerana penonton akan ketawa terbahak-bahak sampai menangis dan mengalirkan air mata?
Kalau dilihat pada pendedahan yang gagal dalam perjalanan filem ini .. Omak Kau yakin semua penonton akan ketawa terbahak-bahak sampai mengeluarkan air mata.
Filem Tanda Putra. Sudah lama disiapkan, sudah merata tempat
ditayangkan secara sembunyi. Di universiti, di Felda dan pelbagai tempat
lagi ditayangkan secara percuma. Untuk apa? Untuk menaikkan semangat
Melayu kononnya bagi memperingati tragedi berdarah 13 Mei.
Kini,
menjelang Hari Kemerdekaan negara yang ke-56, sekali lagi filem ini
diangkat untuk memainkan emosi dalam kepelbagaian kaum.
Filem
Tanda Putera ini kini diasak untuk ditayangkan di pawagam. Walaupun
kandungannya dibantah keras kerana mengandungi adegan yang dikatakan hanya
rekaan tetapi dicop sebagai inti sejarah dan fakta.
Heboh dan kecuh riuh rendah sedunia apabila pawagam di Pulau Pinang dilarang menayangkan filem ini demi menjaga keharmonian kaum.
Gegak gempita marahnya pak-pak menteri sehingga mahu mengheret perundangan negara turut sama menari dan melatah.
Apalah
yang hendak dibanggakan dengan sebuah filem yang lebih bersifat
propaganda tetapi diangkat sebagai sejarah, apabila hanya mampu menarik
12 orang Melayu untuk menonton tayangan pertamanya di pawagam MidValley,
Kuala Lumpur.
Filem adalah satu cerminan bangsa buat tontonan dunia.
Jangan jadikan filem Tanda Putra lebih sesuai dengan nama Tandas Putra.
TINDAKAN DAP YANG BAKAL MENAIKKAN KEMARAHAN PERKASA DAN NGO-NGO SEKUTUNYA .... DAP BUAT LAPORAN POLIS DESAK AMBIL TINDAKAN SEGERA KEATAS PEMILIK FB YANG HINA ISLAM!!!!!
ALOR SETAR - DAP Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan akaun facebook yang menghina agama Islam.
Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, pihaknya terkejut mendapati wujudnya individu yang menggunakan nama ‘Adlin Binti Abd Jalil, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara’ yang menghina ALLAH dan Nabi Muhammad secara terang-terangan.
Menurutnya, pemilik akaun facebook berkenaan didapati sudah sekian lama melakukan perbuatan terkutuk itu, malah diikuti lebih 21,000 pengikut.
“Kita menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap akaun facebook berkenaan kerana secara jelas melakukan penghinaan terhadap agama Islam, malah mempermainkan dan mengeji ALLAH serta Nabi Muhammad SAW
“Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kita berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera bagi menyekat akaun tersebut,” katanya ketika ditemui selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, baru-baru ini.
Syed Araniri berkata, tindakan individu terbabit adalah sangat keterlaluan jika dibandingkan dengan isu-isu penghinaan terhadap agama Islam yang timbul sebelum ini.
“Ini penghinaan yang paling teruk yang pernah kita lihat.
Saya dapati perkara ini sudah wujud sejak lima bulan lalu tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya.
“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan berada di dunia facebook kerana boleh mempengaruhi orang lain secara psikologi. Kita berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya.
Tambah beliau lagi, perkembangan akaun facebook berkenaan sememangnya diikuti ramai orang yang mengutuk tindakan itu dengan berbalah dan berhujah pelbagai persoalan.
“Namun, amat kita kesali kerana tiada sesiapa pun yang membawa hal ini ke hadapan supaya boleh diambil tindakan sewajarnya. Orang seperti ini tidak boleh ada di dalam facebook kerana boleh mempengaruhi secara psikologi.
“Ini adalah persoalan akidah ummah, di mana secara jelas perbuatan individu berkenaan bertujuan untuk memurtadkan umat Islam di negara ini,” tegasnya.
TANDA PUTERA ... ANTARA ADEGAN-ADEGAN YANG GUNA NAK MENIPU, MEMPERBODOH DAN MENGELIRUKAN RAKYAT DAN PENONTON!!!!
Ini adalah beberapa adegan dalam filem TANDA PUTERA pada hemat dan pandangan Omak Kau pihak Pengarah dan penerbitnya cuba nak menipu dan mengelirukan rakyat.
Wang rakyat difahamkan tidak kurang RM 4.1 juta telah habis digunakan untuk membuat filem yang karut marut ini dari segi fakta sejarah mapun jalan cerita.
Cerita yang di adaptasi dari kisah tragedi berdarah 13 Mei 1969 .. Tujuan asal mau dijadikan propaganda murahan UMNO/BN nak menang PRU sebagai alat untuk menakutkan rakyat ...Akhirnya jadi bahan ketawa dan kutukan keras rakyat.
Antara adegan-adegan yang dikesan ialah .. 1) Kereta Proton Iswara Saga Aeroback. 2) Adanya CCTV 3) Menggunakan potrait DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berlainan dan bukan ketika baginda memerintah ketika itu 4) Terdapat alat pengesan asap ( Smoke detector), suatu alat yang belum wujud pada tahun 1969 ... 5) Kompressor alat pedingin yang belum wujud dan tercipta lagi pada tahun 1969 6) Perasmian Memorial Tun Razak oleh Tun Mahathir ialah pada tahun 1982 7 ) Sticker cukai jalan yang belum wujud lagi pada tahun 1969. .
Begitu sekali Pengarahnya cuba nak tipu dan kelirukan rakyat ... Ini adalah perkara asas yang sanggup pengarahnya menipu .. Perkara yang samar-samar sudah pati lagi dia tipu.
Berbaloikah diberikan peruntukkan melebehi RM4 juta hanya sekadar nak tipu dan kelirukan rakyat?...Ini belum diterjah bab perjalanan cerita lagi.. Akan pasti lagi banyak penipuan dilakukan dan akan dikesan!!!!
IBRAHIM ALI AKUI PERKASA HANYA ADA TAHI GIGI DAN TAHI TELINGA SAHAJA DAN MENYESAL TIDAK SUDAH KERANA TIDAK KAHWIN DENGAN ANAK PERDANA MENTERI
Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?'
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengaitkan namanya apabila mengulas desakan Ketua Wira Perkasa supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Katanya, beliau sepatutnya menghentam Irwan Fahmi Ideris dan bukan menghinanya yang kalah dalam pilihanraya umum lalu. Menurut Ibrahim, kenyataan Irwan bukan pandangan Perkasa kerana beliau menulis dalam blog peribadinya. “Ia tidak kena mengena dengan Perkasa. Oleh itu kenapa Khairy serang saya dan menghina saya yang kalah dalam pilihanraya?” soalnya ketika mengulas kenyataan Khairy yang mengatakan “Presiden anda pun sudah kalah dalam pilihanraya lepas perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan”.
Khairy hari ini mengulas desakan Irwan yang menulis dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.” yang menulis kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu. Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.
“Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? “Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya di majlis hari raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Ibrahim menambah beliau kalah di Pasir Mas kerana beliau bukan menantu bekas Perdana Menteri.
“Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“ katanya. Namun demikian beliau mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana melalui kenyataanya itu jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang emosional sedangkan selama ini beliau disanjung kerana dikatakan orang yang bijak dan berilmu.
Ibrahim kesal kenapa Khairy kaitkan namanya sedangkan sewaktu beliau susah, beliau meminta tolongnya. “Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya, beliau minta saya jadi saksi. Saya sanggup jadi saksi tiba-tiba beliau selesaikan kes itu dengan Anwar di luar mahkamah. Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?” katanya lagi.
Beliau berkata Khairy jangan angkuh selepas dilantik menteri kerana dia menang Ketua Pemuda pun disebabkan dia menantu Perdana Menteri. “Saya orang kampung naik sendiri dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri ketika itu,” jelasnya.
Beliau kesal kerana beliau tidak kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik dahulu. Mengulas kenyataan Khairy Perkasa ada apa, Ibrahim berkata , “Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu Perdana Menteri”.
KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH... PENGASAS PERKASA SENDIRI AKUI SECARA TIDAK LANGSUNG PARA AHLI PERKASA SETARAF TAHI GIGI DAN TAHI TELINGA!!!!
BEGITU TEROK SEKALI AHLI-AHLI PERKASA DIHINA OLEH IBRAHIM ALI TERMASUK DIRINYA..
PELIKNYA DIA LUPA DIRINYA DULU LAGI TERUK... MASA NAK MENANG PRU 12 LALU JUMPA, SEMBAH DAN MERAYU KEPADA TGNA NAK PINJAM LOGO PAS DAN BERTANDING SEBAGAI CALON PAS KONON... DAH MENANG TGNA DIA HINA DAN CACI CERCA .. PAS DILUDAH DAN DIBELASAHNYA. .. LAGI TERUK DARI KHAIRY JAMALUDDIN. .. PATUT PUN TARAF TAHI GIGI DAN TAHI TELINGA ... KWAH KWAH KWAH KWAH.
Thursday, 29 August 2013
GEMPAR!!!...MENGIKUT PENGARAH FILEM TANDA PUTERA ..PROTON SAGA AEROBACK MULA BERADA DIPASARAN PADA TAHUN 1969 LAGI!!!
Dalam satu sedutan dalam filem Tanda Putera arahan Shuaimi Baba, terdapat adanya perarakan dengan membawa spanduk oleh sekumpulan orang dimana sebuah kereta proton saga aeroback turut dirakamkan bersama.
Pergh!! setahu Omak Kau filem Tanda Putera adalah hasil adaptasi tragedi berdarah 13 Mei... Apakah pada tahun itu sudah ada kereta proton saga aeroback ke?
Kereta Proton Saga yang pertama dipasaran ialah pada tahun 1985...Jadi bagaimanakah Pengarah Tanda Putera sudah boleh membuat andaian pada tahun 1969 akan berada dipasaran negara sebuah kereta jenama Proton Saga Aeroback?
Kalau seasas yang jelas dan mudah ini pun Pengarah Filem Tanda Putera sanggup menipu dan memperdayakan para penonton dan rakyat ... cuba bayangkan perkara yang samar-samar yang terdapat dalam filem tersebut.
Pergh!! setahu Omak Kau filem Tanda Putera adalah hasil adaptasi tragedi berdarah 13 Mei... Apakah pada tahun itu sudah ada kereta proton saga aeroback ke?
Kereta Proton Saga yang pertama dipasaran ialah pada tahun 1985...Jadi bagaimanakah Pengarah Tanda Putera sudah boleh membuat andaian pada tahun 1969 akan berada dipasaran negara sebuah kereta jenama Proton Saga Aeroback?
Kalau seasas yang jelas dan mudah ini pun Pengarah Filem Tanda Putera sanggup menipu dan memperdayakan para penonton dan rakyat ... cuba bayangkan perkara yang samar-samar yang terdapat dalam filem tersebut.
FILEM TANDA PUTERA SUDAH MULA DITAYANGKAN DI PAWAGAM ... DI MID VALLEY MEGAMALL SAMBUTAN CUKUP "HEBAT" KERANA BERJAYA MENARIK 12 PENONTON!!!!!!
Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik 12 penonton.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.
"Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui The Malaysian Insider.
Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."
Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu.
Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.
"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.
Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.
Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.
Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.
"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali.
PUNYALAH DIA PUNYA DIBERIKAN PELBAGAI PROPAGANDA ... AKHIRNYA SETAKAT 12 ANAK MELAYU YANG SANGGUP DATANG TENGOK DIHARI PERTAMA IANYA DITAYANGKAN KEPADA UMUM.
JANGAN MIMPI AKAN CAPAI TAHAP BOX OFFICE .. DAPAT MODAL BALIK DAH KIRA UNTUNG!!!!... ORANG UMNO SENDIRI PUN TAK TERLIUR NAK TENGOK!!!
AWAS!!!!...KERJA NAK MENIPU RAKYAT DISEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEDANG BERJALAN .....DENGAN HANYA RM5 SEORANG MURID YANG KURANG CERDIK BOLEH MENJADI PINTAR ????
PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di beberapa negeri telah 'dipromosikan' dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak.
Promoter pil tersebut turut mendakwa pil tablet pintar yang dinamakan Dimensi 108 yang dipasarkan sebagai makanan tambahan boleh mengubah tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.
Ibu bapa yang prihatin dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menghubungi The Star apabila pil tablet itu diedarkan kepada murid-murid darjah 6 awal minggu ini dengan berkata anak-anak mereka dipaksa untuk membeli pil tersebut.
Salah seorang ibu bapa murid di sekolah itu berkata, dia telah meminta anak perempuannya supaya memulangkan pil tersebut kepada guru kelasnya dan enggan membayar pil berkenaan.
"Apabila anak perempuan saya dan beberapa rakan-rakannya memulangkan pil tersebut, guru tersebut memberitahu mereka untuk tidak menyalahkannya jika mereka tidak pandai dalam UPSR (yang akan bermula 9 Septemer).
"Bolehkah anda mempercayainya? Guru itu sepatutnya menggalakkan murid-murid supaya berusaha keras untuk peperiksaan mereka dan tidak bergantung kepada pil-pil tertentu," katanya kepada The Star.
Seorang lagi pengadu yang adiknya belajar di sekolah tersebut telah membuat aduan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.
"Seorang pegawai kementerian memberitahu saya bahawa mereka akan meneliti perkara itu dan saya telah menghantar gambar bungkusan pil yang tertera logo kementerian tertera di atasnya.
"Saya berharap mereka akan meneliti perkara ini dengan segera kerana kami perlu tahu sama ada produk itu sah atau tidak," katanya.
Guru besar sekolah tersebut berkata ibu bapa telah salah faham mengenai pil berkenaan dan ia tidak diwajibkan kepada murid-murid untuk dibeli.
"Kami tidak akan mempromosikan benda tidak baik kepada murid-murid...ia seperti makanan tambahan herba untuk membantu mereka fokus dan membina tenaga untuk peperiksaan yang akan datang.
"Ia mengandungi bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah yang baik untuk kesihatan. Saya sendiri memberikannya kepada anak-anak saya menjelang peperiksaan.
"Produk itu turut disokong oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), bermaksud ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Guru besar itu mendakwa pil tersebut dibekalkan ke sekolah terbabit oleh GMGBM.
"Salah seorang ibu bapa berkongsi keprihatinannya dengan saya secara peribadi dan apabila saya menjelaskan situsai tersebut, dia menyokong tindakan itu," katanya.
Beberapa ibu bapa masih ragu-ragu.
"Hanya RM5 untuk mengubah tingkah laku? Ini adalah cara paling murah untuk mendapatkan produk terbaik sejak penemuan DNA," seloroh salah seorang ibu bapa di laman Facebook.
"Berbelanja beberapa ratus, masalah tingkah laku diselesaikan...di mana saya boleh membuat tempahan yang banyak? Atau bagaimana cara untuk menjadi ejen," kata seorang lagi ibu bapa.
NASHARUDDIN MAT ISA BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS MASIH MENUNJUKKAN MINAT MAU MENJADI SALAH SEORANG PEMIMPIN TERTINGGI PAS!!!!
Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, yang dilihat sejak kebelakangan ini amat intim dan rapat mesra dengan Umno, masih berminat untuk kembali menjadi salah seorang pemimpin tertinggi PAS walaupun dia berkata dia akan meninggalkan nasibnya kepada ahli-ahli PAS untuk membuat keputusan.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengadakan pemilihan parti pada bulan November dan terdapat perbincangan mengenai rombakan besar bakal berlaku selepas keputusan yang mengecewakan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
"Ada banyak spekulasi. Saya tidak tahu apa-apa tentang hal itu. Saya hanya ahli biasa lagi, jadi kita akan melihat bagaimana kedudukan sebenar diri saya dalam bulan November. Jadi ia masih awal untuk saya memberi ulasan..kata," Nasha baru-baru ini.
"Ia bergantung kepada pencalonan. Sehingga kini belum ada apa-apa berita lagi. Saya perlu tunggu dan lihat," apabila ditekan di mana jawatan yang beliau akan tanding..
Wednesday, 28 August 2013
RUMAH PAM WANGSA MAJU ROSAK LAGI: KERANA SYABAS GAGAL URUS AIR DENGAN BAIK..YANG DAPAT NAMA BUSUK KERAJAAN NEGERI SELANGOR...CEO NYA GAJI RATUSAN RIBU SEBULAN...
Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.
Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.
Kejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.
Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.
Bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
Kegagalan berulang yang berlaku terhadap Rumah Pam Wangsa Maju adalah salah satu bukti kukuh SYABAS tidak kompeten dan kami menyeru kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi SYABAS termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju.
Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERLU SEGERA AMBIL ALIH PENGURUSAN AIR DARI SYABAS DALAM KADAR SEGERA...SUDAH CUKUP LAMA RAKYAT TERSEKSA DIDERA OLEH SYABAS YANG BER CEO KAN SEORANG PEMIMPIN UMNO SELANGOR!!!
3 ANGKAT SUMPAH, PERLANTIKAN AHLI MAJLIS BAHARU MBSA
Tiga muka baru telah dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam bagi sesi 2012/2013. Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majis Bandaraya Shah Alam bagi sesi ini telah diadakan pada siang tadi bertempat di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA.
Dato’ Mazalan Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam dalam ucapannya telah menyeru kepada Ahli-ahli Majlis yang dilantik ini supaya dapat mengalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin kerana tugas ahli majis sememangnya amat berat dan mencabar memandangkan ekspektasi masyarakat terhadap fungsi dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada masakini amat tinggi.
Justeru itu, beliau meminta Ahli-ahli Majlis, MBSA supaya sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat setempat melalui penganjuran aktiviti dan juga progam kemasyarakatan supaya hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat dapat dipertingkatkan dan pada masa yang sama dapat memahami permasalahan dan aduan setempat untuk dibawa ke peringkat MBSA atau agensi berkaitan untuk diselesaikan.
Tiga muka baru yang dilantik sebagai ahli majlis pada sesi kali ini adalah Anizan Bt Othman, Fariz Bin Abdullah dan Raidu a/l Venaraman.
Penglibatan yang jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh oleh
ahli majlis sebagai pembuat dasar policy makers dan penasihat kepada
PBT perlu ada pada setiap ahli majlis supaya kekesanan peranan ahli
majlis dapat dilihat serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan PBT dan yang penting sehaluan dengan kemahuan dan inspirasi Pakatan Rakyat, sekalong tahniah dari omakkau!!!
RAKAMAN GAMBAR SURAU RESORT TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR, DIROBOHKAN KERANA ALASAN SALAH KIBLAT!!!
Inilah rakaman gambar surau di sebuah Resort Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor yang mengamit kontroversi baru-baru ini dimana ianya pernah digunakan sebagai Tokong...Tuan punyanya resort ditangkap polis dibawah Sek 295 Kanun Keseksaan ... direman beberapa hari .. kini dibebaskan dengan ikat jamin polis .. taraf permaustatin tetapnya ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri.
Hari ini sedang berlaku kerja-kerja meroboh surau tersebut kerana Noh Gadut beritahu satu dunia surau itu salah kiblat.
Jadi cara penyelesaianya ialah merobohkan saja ... Hebat sungguh negeri yang ditadbir UMNO!!!!
Noh Gadut kata cara ini bukan tiru cara Taliban!!!!
TEKSI PALING BERANI DAN JUJUR DALAM DUNIA!!!!!
Rakaman gambar sebuah teksi yang terdapat di negara Belanda @ Holand @ Netherlands .. Berani dan jujur.
Dahlah teksi jenama kereta BMW 5 series ...berani pula tuliskan perkataan ISRAEL TERROR COUNTRY/STATE ( ISRAEL NEGARA PENGGANAS) disekeliling badan teksi tersebut.
Agak-agak kita ... kalau pemandu teksi dinegara ini melakukan perkara serupa keatas teksi mereka .. apakah akan terjadi dan menimpa nasib pemandu teksi tersebut?
Dinegara-negara Islam pun tidak pula terjumpa suasana serupa.
Dahlah teksi jenama kereta BMW 5 series ...berani pula tuliskan perkataan ISRAEL TERROR COUNTRY/STATE ( ISRAEL NEGARA PENGGANAS) disekeliling badan teksi tersebut.
Agak-agak kita ... kalau pemandu teksi dinegara ini melakukan perkara serupa keatas teksi mereka .. apakah akan terjadi dan menimpa nasib pemandu teksi tersebut?
Dinegara-negara Islam pun tidak pula terjumpa suasana serupa.
BETUL KE NEGERI MELAKA KINI SUDAH ADA SULTAN?????
Agak mengejutkan Omak Kau apabila diberitahu bahawa Negeri Melaka kini sudah ada Sultan.
Mula-mula sukar nak percaya sebab setahu Omak Kau Negeri Melaka sudah lama tidak mempunyai Sultan malahan kini diketuai oleh seorang pemimpin yang bergelar Yang DiPertua Negeri..
Kini Yang DiPertua Negeri Melaka ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tun Khalil Yaakub.
Apabila mendapat kiriman gambar individu yang mengaku sebagai "Sultan Melaka" dengan "Permaisurinya" yang sedondon berpakaian serba kuning yang mengelar dirinya DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Almarhum Y.A.M Raja Tuan Shah yang "mencemar duli" dalam meraikan anak-anak yatim di Kelab Cinta Sayang pada 22hb Ogos 2013 yang lalu sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
Kalau diikut pada rakaman gambar, boleh tahan juga sambutan yang diberikan oleh rakyat jelata.
"Sultan Melaka" ini boleh "bertitah" lagi dengan kata-kata ...“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini, Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” kata Raja Noor Jan suatu ketika dulu yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.
Adakah selepas ini nanti "Sultan Melaka" ini akan mengambil alih semua peranan dan tugas Yang DiPertua Negeri Melaka?
Mohon ada tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib untuk menjernihkan keadaan yang mengelirukan ini.
Mula-mula sukar nak percaya sebab setahu Omak Kau Negeri Melaka sudah lama tidak mempunyai Sultan malahan kini diketuai oleh seorang pemimpin yang bergelar Yang DiPertua Negeri..
Kini Yang DiPertua Negeri Melaka ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tun Khalil Yaakub.
Apabila mendapat kiriman gambar individu yang mengaku sebagai "Sultan Melaka" dengan "Permaisurinya" yang sedondon berpakaian serba kuning yang mengelar dirinya DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Almarhum Y.A.M Raja Tuan Shah yang "mencemar duli" dalam meraikan anak-anak yatim di Kelab Cinta Sayang pada 22hb Ogos 2013 yang lalu sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
Kalau diikut pada rakaman gambar, boleh tahan juga sambutan yang diberikan oleh rakyat jelata.
"Sultan Melaka" ini boleh "bertitah" lagi dengan kata-kata ...“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini, Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” kata Raja Noor Jan suatu ketika dulu yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.
Adakah selepas ini nanti "Sultan Melaka" ini akan mengambil alih semua peranan dan tugas Yang DiPertua Negeri Melaka?
Mohon ada tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib untuk menjernihkan keadaan yang mengelirukan ini.
TAHNIAH!!!!!... BANDARAYA KUALA LUMPUR KINI DIKENALI SEBAGAI BANDARAYA TIKUS!!!!!
Sudah pasti warga Kuala Lumpur khasnya dan seluruh negara amnya akan rasa bangga dan megah apabila membaca kisah ini.
Kehebatan UMNO mengurus tadbir Kuala Lumpur semenjak Merdeka yang kini bermenterikan Setiausaha Agung UMNO .. jumlah populasi tikus di Kuala Lumpur melebehi penduduk Kuala Lumpur sendiri.
KUALA LUMPUR: Sejajar dengan pembangunan pesat di Kuala Lumpur yang kini dihiasi dengan bangunan pencakar langit, populasi tikus juga kian meningkat.
Statistik terkini dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan bahawa terdapat 6.8 juta tikus yang bersarang di Kuala Lumpur.
Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi Kuala Lumpur! Secara ringkasnya, nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur adalah bersamaan dengan empat ekor tikus.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, tikus-tikus ini membiak dengan begitu mendadak sehingga populasinya bertambah sebanyak dua peratus setiap tahun.
Dengan bilangan kakitangan Unit Kawalan Perosak yang terhad iaitu hanya 24 anggota untuk membasmi tikus-tikus sebanyak itu, DBKL memperkenalkan tawaran upah RM1 kepada setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai.
Pakar Perubatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL Dr Zainol Arrifin Pawanchee berkata program RM1 untuk seekor tikus ini bermula pada tahun 2008 dimana DBKL mensasarkan untuk menghapuskan 50,000 tikus dalam setahun.
“Setakat ini kami telah berjaya mencapai sasaran itu. Melalui program RM1 untuk seekor tikus ini sahaja, kami telah berjaya membasmikan 80,791 tikus dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna, kami juga telah membayar RM80,791 kepada orang-orang yang berjaya menangkap tikus,” katanya.
Tuesday, 27 August 2013
GELAGAT PEMAIN BOLASEPAK YANG TIDAK DIGEMARI OLEH "ULAMA" MUDA UMNO!!!!...LAMBANG R4BIA SUDAH SEMACAM SATU FENOMENA DIKALANGAN PEMAIN BOLASEPAK KELANTAN!!!!
Minggu lepas pernah Omak Kau siarkan kapten bolasepak Kelantan, Piya mepamirkan lambang R4BIA setalah menjaringkan gol Pertandingan Piala Malaysia ketika Kelantan menentang Pahang.
Kini pada perlawanan malam ini, Kelantan Melawan Negeri Sembilan , penjaring sensasi pasukan Kelantan, Dickson Nwakaeme juga telah menunjukan lambang RB4IA kepada penonton setelah berjaya menjaringkan gol sulong Kelantan.
Cara meraikan jaringan gol dengan menunjukkan lambang R4BIA sebagai tanda simpati dan sokongan kepada rakyat Mesir yang dizalimi Jeneral As Sisi akan terus menjadi fenomena kalangan para pemain bolasepak tanah air terutamanya dari pasukan The Red Warriors Kelantan.
Kini pada perlawanan malam ini, Kelantan Melawan Negeri Sembilan , penjaring sensasi pasukan Kelantan, Dickson Nwakaeme juga telah menunjukan lambang RB4IA kepada penonton setelah berjaya menjaringkan gol sulong Kelantan.
Cara meraikan jaringan gol dengan menunjukkan lambang R4BIA sebagai tanda simpati dan sokongan kepada rakyat Mesir yang dizalimi Jeneral As Sisi akan terus menjadi fenomena kalangan para pemain bolasepak tanah air terutamanya dari pasukan The Red Warriors Kelantan.
SUDAH MELAMPAU!!!!... KETUA PARTI PEMBANGKANG MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN JABATAN PELAJARAN SELANGOR!!!!
Ketua Parti Pembangkang Negeri Selangor, merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Dato' Seri Noh Omar hari ini telah pergi kepejabat Pelajaran Negeri Selangor untuk mengetahui gerak kerja yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Apakah sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen biasa, Noh Omar boleh sesuka hati terjah pejabat Pengarah Pelajaran Negeri Selangor sambil meminta diberikan taklimat.
Paling teruknya dia boleh mempengerusikan mesyuarat dengan semua ketua-ketua Jabatan Pelajaran Negeri Selangor lagi tu.
Gelagat dan perangai Noh Omar ini telah berlaku satu precedent betapa Ketua Pembangkang dinegeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN boleh mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri tersebut untuk memberikan taklimat mengenai perjalanan gerak kerja jabatan berkenaan dan juga mempengerusikan mesyuarat khas.
Selepas ini tiada lagi alasan harus diberikan jika ada mana-mana Ketua Pembangkang termasuk DSAI sendiri meminta mana-mana Jabatan Kerajaan agar menyampaikan apa jua taklimat dan maklumat mengenai perjalanan jabatan-jabatan berkenaan.
Omak Kau cukup yakin ... jika insiden serupa berlaku dinegeri-negeri pemerintahan UMNO ... sah Pengarah Pelajarannya kena pecat serta merta dan kisahnya menjadi berita utama muka depan Utusan dan Berita Harian.
Apakah sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen biasa, Noh Omar boleh sesuka hati terjah pejabat Pengarah Pelajaran Negeri Selangor sambil meminta diberikan taklimat.
Paling teruknya dia boleh mempengerusikan mesyuarat dengan semua ketua-ketua Jabatan Pelajaran Negeri Selangor lagi tu.
Gelagat dan perangai Noh Omar ini telah berlaku satu precedent betapa Ketua Pembangkang dinegeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN boleh mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri tersebut untuk memberikan taklimat mengenai perjalanan gerak kerja jabatan berkenaan dan juga mempengerusikan mesyuarat khas.
Selepas ini tiada lagi alasan harus diberikan jika ada mana-mana Ketua Pembangkang termasuk DSAI sendiri meminta mana-mana Jabatan Kerajaan agar menyampaikan apa jua taklimat dan maklumat mengenai perjalanan jabatan-jabatan berkenaan.
Omak Kau cukup yakin ... jika insiden serupa berlaku dinegeri-negeri pemerintahan UMNO ... sah Pengarah Pelajarannya kena pecat serta merta dan kisahnya menjadi berita utama muka depan Utusan dan Berita Harian.
WAJAH SARJAN TENTERA YANG DITUDUH BUNUH SEORANG KERANI DENGAN BOM!!!!
Seorang anggota tentera berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret
hari ini atas tuduhan membunuh seorang kerani sekolah dalam kejadian
letupan bom dalam bungkusan, pada 11 Ogos lepas.
Che Rosli Che Daud, 29, yang bertugas di Batalion 21 Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Baharu, didakwa membunuh Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, antara 10 pagi dan 11 pagi, di sebuah rumah di Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat di Tumpat.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.
Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhnan dibacakan di hadapan Majistret aAhmad Adha Amir Yasser Amri.
Mahkamah menetapkan 1 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.
Dalam Kejadian itu, Mohd Yusrizal yang merupakan kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna di halaman rumah mentuanya.
Berikutan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut.
Che Rosli Che Daud, 29, yang bertugas di Batalion 21 Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Baharu, didakwa membunuh Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, antara 10 pagi dan 11 pagi, di sebuah rumah di Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat di Tumpat.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.
Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhnan dibacakan di hadapan Majistret aAhmad Adha Amir Yasser Amri.
Mahkamah menetapkan 1 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.
Dalam Kejadian itu, Mohd Yusrizal yang merupakan kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna di halaman rumah mentuanya.
Berikutan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut.
NAMPAK GAYANYA SIAPA JADI MENTERI PENERANGAN KENA JADI PENULIS LIRIK LAGU HARI KEMERDEKAAN????
Tahun lepas lagu Hari Kemerdekaan JANJI DITEPATI penulis liriknya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu Tan Sri Rais Yatim
Kini setelah kementerian berkenaan bertukar nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan menterinya Dato' Seri Shabery Cheek maka lagu Hari Kemerdekaan ke -56 yang berjudul TANAH TUMPAH DARAHKU penulis liriknya kini menjadi tanggung jawab beliau.
Nampaknya salah satu tanggung jawab sebagai Menteri jaga RTM, Bernama, SKMM dan FINAS ialah kena menjadi penulis lirik lagu Hari Kemerdekaan.
KISAH YANG TIDAK AKAN JUMPA DI AKHBAR UTUSAN DAN BERITA HARIAN ..... MANGSA TEMBAK RAMBANG MENERIMA KUNJUNGAN EXCO KERAJAAN NEGERI PR PULAU PINANG!!!!
Semalam Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memegang portfolio Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan YB Dr Afif Bahardin telah mengunjungi ketiga-tiga mangsa temkan rambang di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Dalam lawatan tersebut beliau telah diberi taklimat dan maklum balas oleh Pegawai Perubatan, Dr. K. Sintu serta meneliti sendiri keputusan dari filem sinar X yang memaparkan posisi peluru yang masih terbenam didalam salah satu peha mangsa tembakkan tersebut.
Semoga lawatan Dr Afif Bahardin bakal memberi suntikan kepada mangsa-mangsa agar terus kuatkan semangat agar cepat semboh seperti sedia kala.
Monday, 26 August 2013
CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO ..... PENASIHAT SULTAN SULU DILIHAT ADA HARAPAN MENANG????
Sehingga kini sudah ada lima calon yang mengidamkan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bakal ditandingi hujung tahun ini.
Dari kelima-lima calon yang mengidam dan menawarkan diri itu pada hemat dan pendapat Omak Kau sebagai pemerhati politik, Penasihat Sultan Sulu, Datu Seri Panglima Lokman Noor bin Adam, seorang ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Unit Pemidato Pemuda UMNO dilihat lebih berpeluang untuk memenangi jawatan tersebut.
Dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kali ini para ahli Pemuda UMNO dilihat tidak mempunyai pilihan selain memilih the best amongst the worst.
The best amongst the worst yang Omak Kau lihat ialah Penasihat Sultan Sulu sendiri. Seorang politikus yang sudah "terdedah" walaupun kesetiaannya kepada UMNO masih ramai pemuda UMNO sehingga kini meraguinya kerena keterlibatan beliau secara aktif sebagai salah seorang pengasas Ahli Muda KeADILan.
Suatu sebab mengapa difahamkan namanya tercicir sebagai calon UMNO/BN pada PRU 13 lalu .. masih dipalitkan dengan AMK.
Yang memberikan bonus kepada dirinya ialah pernah menjadi Penasihat kepada Sultan Sulu... suatu jawatan yang cukup "berprestij".
Hakikatnya siapa jua menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak membawa apa-apa makna pun pada sayap kanan UMNO itu ... tetap akan ditolak oleh anak-anak muda yang berjiwa merdeka, cerdik dan waras fikiran.
KESIAN RAJA NONG CHIK!!!!.. BILA DAH TIADA JADI MENTERI LAGI, RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI BELIAU SEBAGAI TETAMU KEHORMAT, LANGSUNG HAMBAR, SUNYI SEPI DAN LENGANG!!!!
Dulu semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ikut pintu belakang bukan main lagi Dato, Raja Nong Chik diberikan sambutan dan penghormatan oleh ahli-ahli dan penyokong UMNO Lembah Pantai.
Kini bila dah hilang kesemuanya setelah tumbang ditangan YB Nurul Izzah Anwar pada PRU 13 lalu, kini beliau diberikan sambutan dan penghormatan secara suam-suam kuku dan alah kadar saja.
Ini dapat dilihat semasa suatu Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan salah satu cawangan UMNO Bahagian Lembah Pantai dan diri beliau sebagai tetamu kehormat... sambutan diberikan cukuplah menyedihkan sekali.. sunyi sepi, hambar dan lengang tanpa sambutan seperti diharapkan.
Perayaan pun tidak disambut dalam dewan sebaliknya dilakukan dibawah lebuhraya... Malang sungguh apabila pemimpin UMNO sudah tidak berkuasa.
Itulah dia budaya dan cara hidup yang menjadi amalan UMNO... Semasa berkuasa dijulang dan dipuja melangit .. ketika menjadi rakyat biasa langsung tidak dipandang sebelah mata.
ANAK PEREMPUAN SIAPAKAH INI? ... SEJUK PERUT IBUNYA MENGANDUNGKAN DAN BANGGA AYAHNYA YANG MENDIDIK!!!!
Suatu susana yang agak rare dan jarang dilihat dinegara ini apabila seorang anak pemimpin yang juga bergelar pemimpin sedang mempamirkan sifat zuhud dan merendah diri...menghormati orang tua sebagai tanda hormat tanpa mengambil kira kedudukan diri.
Rakaman gambar semasa Jamuan Rumah Terbuka Parlimen Lembah Pantai di Bangsar South (Kerinchi) semalam.
Semoga gelagat yang ditunjukkan oleh YB Nurul Izzah Anwar ini bakal dijadikan teladan dan contoh ikutan kepada anak-anak muda kita yang kini kelihatan sudah hanyut dari didikan berbudi bahasa dan menghormati orang tua.
Ikon anak muda yang wajar ditonjolkan kepada umum.
Yang tua kita hormati, Yang muda kita sayangi. Yang UMNO kita serangi.
Sunday, 25 August 2013
INI BARU BETUL!!!!... KEPERIHATINAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR YANG MENYOKONG PENDERITAAN RAKYAT MESIR!!!
Rakaman-rakaman gambar di Stadium Larkin, Johor Bahru dan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah malam tadi dalam perlawanan bolasepak Piala Malaysia.
Jelas sekali rata-rata rakyat Johor dan Kedah memberikan sokongan padu kepada para pengikut pro Mursi di Mesir dan bukannya berjiwa macam "ulama" muda UMNO yang menyeru rakyat Mesir yang menyokong keganasan dan kezalim tentera Mesir dibawah pimpinan Jeneral As Sisi agar semua penyokong pro Musrsi balik kerumah kerana haram menumbangkan kerajaan Mesir yang sedia ada.
Inilah bezanya rakyat yang berjiwa merdeka dan benci kepada kezaliman dengan individu yang ada ilmu agama tetapi sanggup putar belitkan segala nas-nas Islam demi jawatan dan kedudukkan.
Saturday, 24 August 2013
ENDLESS POSSIBILITIES SLOGAN BARU NAJIB BUKAN DICIPLAK DARI ISRAEL TAPI KEMUNGKINAN BESAR DARI MONGOLIA!!!!!
Apabila kecoh betapa slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" diumumkan secara tidak rasmi kepada negara maka heboh gegak gempita riuh rendahlan para pengampu pembodek Najib dari kalangan yang menggelarkan diri mereka bloggers berjiwa UMNO berhempas pulas bertungkus lumus membela Najib dengan cuba menyakinkan rakyat betapa kononnya slogan berbahasa Inggeris ini mula diumunkan oleh Najib Razak di Davos semasa World Economic Forum bulan Januari 2013 lalu dan bukan diciplak dari Israel sebaliknya Israel yang ciplak dari idea geliga Najib Razak.
Pergh!!!!... sama ada rakyat nak percaya atau tidak itu kisah nombor dua .. janji bela bos walaupun diri sendiri dijadikan bahan ketawa.
Oklah .. kerana nak sangat kononnya idea slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" datang dari kepala Najib sendiri maka Omak Kau ajak para pembaca dan pengkritik blog ini untuk menilai dan berfikir seketika dengan apa yang dikemukakan nanti.
Pertama slogan dan logo "ENDLESS POSSIBILITIES" dengan Mongolia Endless Possibilities semacam ada kaitan dan persamaan.
Lebih mengejutkan sekali betapa video youtube yang dimuat naik mengenai Mongolia Endless Possibilities bertarikh 19hb Febuari 2012.. lebih kurang setahun sebelum Najib Razak membuat pengumuman di Davos..
Jadi apakah Najib Razak cilok dan ciplak dari Kerajaan Mongolia?
Serahkan kepada para pembela Najib Razak untuk memberikan penjelasan yang menyakinkan rakyat.
KESUCIAN SEBUAH SURAU DI CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU DICEMARI SEJAK EMPAT BULAN YANG LALU ...ADAKAH BAKAL DIROBOHKAN?????
CHUKAI – Seorang penganggur berusia 47 tahun yang menjadikan Surau Kampung Besut, dekat sini, sebagai port mengedar dan menagih dadah, dicekup polis hasil maklumat daripada kariah surau yang tidak mahu rumah ibadat itu terus dicemari dengan kegiatan jijik itu.
Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin itu, lelaki itu ditangkap dalam keadaan khayal sementara seorang rakannya berjaya meloloskan diri.
Difahamkan, suspek mula tidur di surau berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana tidak dibenarkan pulang ke rumah oleh keluarganya kerana ketagihan dadah sebelum suspek mula berani menjadikan surau itu sebagai port mengedar dan menagih dadah, sejak empat bulan kebelakangan ini.
Pengerusi Surau merangkap Imamnya, Syed Shaharzi Syed Alwi berkata, paling teruk pada Ramadan lalu kerana suspek mula berani menyuntik jarum di hadapan kanak-kanak yang berada di pekarangan surau itu.
“Pada bulan puasa lalu, selepas selesai sahaja Solat Terawih, operasi suspek akan bermula. Sebelum ini sudah banyak amaran diberikan kepadanya tetapi sedikit pun tidak diendahkan.
“Sejak empat bulan kebelakangan ini juga, saya dapat aduan ramai orang yang tidak dikenali keluar masuk kawasan surau,” katanya.
Katanya, selepas suspek dicekup, sudah tiada lagi orang luar yang mencurigakan keluar masuk ke dalam surau berkenaan kerana dipercayai mereka adalah penagih dadah yang mahu mendapatkan bekalan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hita, berkata, serbuan berkenaan dilakukan 11 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai ketua bahagiannya, ASP Hamzah Awang Dollah dan turut ditemui bersama suspek ketika dicekup ialah satu tiub dadah jenis heroin bernilai RM15.
“Kita percaya suspek menjual dadah kepada penagih di kawasan sekitar termasuk kepada penagih dari Kampung Bakau Tinggi. Kita juga percaya dia menjual dadah untuk menyara diri dan mengambil bekalan dadah dari kawasan Kijal.
“Polis juga sudah mengenal pasti tempat suspek mengambil bekalan ini untuk tindakan lanjut. Hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah selain suspek turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama masing-masing atas kesalahan memiliki dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan.
APAKAH NANTI JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT) AKAN MENGELUARKAN ARAHAN AGAR SURAU INI DIROBOHKAN?????
KRISIS MESIR...BAIK PUNYA PERLI KEPADA "ULAMA" MUDA TERSOHOR UMNO !!!
Satu lawak sinis tentang golongan literalis yang sibuk menyuruh rakyat Syria dan Mesir mendiamkan diri dari kezaliman dan dalam masa yang sama mengiktiraf rejim-rejim yang zalim..nas-nas agama diputar untuk keredhaan 'habuan dunia' mereka..mereka mencemarkan nama salafussoleh.... Dr MAZA.
Kalau "ulama" muda UMNO ini bertelinga tebal muka tembok tiada kulit muka dan tiada perkataan malu dalam kamus diri maka dia akan buat muka batu selamber.
DAHSYAT!!!!... DENDA SALAH LETAK KENDERAAN DIKAWASAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN ADALAH RM500 !!!!
Dahsyat sungguh semenjak Dungun menjadi Majlis Perbandaran Dungun....Sekiranya anda melakukan kesalahan salah letak kereta dikawasan Majlis Perbandaran Dungun sepertimana dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 akan akan dikenakan kompaun RM500 ... Tiada kompromi ...Take it or go to court.
Ini berlaku kepada seorang tuan punya kereta MYVI yang dengan sengaja salah meletakkan keretanya di kaki jalan hadapan pasaraya Nirwana, Dungun, Terengganu, menyebabkan halangan.
Ini dinamakan hukuman mencekik darah rakyat!!!
Lagi UMNO diberi kuasa lagi menggila dia dera dan seksa rakyat.
ISU MESIR .... MANTAN MUFTI PERLIS BELASAH "ULAMA" MUDA UMNO KERANA KHIANAT MENGGUNAKAN NAS-NAS ISLAM!!!!
Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohad Asri Zainul Abidin melalui twitternya hari ini telah belasah "ulama" muda UMNO yang dikatakan memutar belitkan nas dan hukum secara khianat terhadap nas-nas Islam mengenai pergolakkan yang sedang berlaku di Mesir.
Inilah dia apabila ilmu agama dijual kerana kejarkan jawatan.
Friday, 23 August 2013
BIL ELEKTRIK.... PENDUDUK KAMPONG TUDUH TNB CEKIK DARAH!!!!!!
PENDANG - ‘Kami tak mampu bayar’. Itulah luahan penduduk Kampung Sungai Baru di sini, yang kurang berpuas hati dengan bil elektrik yang dikenakan kepada mereka dikatakan terlalu tinggi selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat penukaran meter baru hujung tahun lalu.
Difahamkan, seramai 200 penduduk dari 50 keluarga di kampung itu tidak berpuas hati kerana mendakwa bil elektrik naik lebih satu kali ganda selepas penukaran meter baru dan merayu pihak terbabit melakukan siasatan segera.
Penduduk, Ismail Ahmad, 62, berkata, dia terkejut apabila mendapati bil yang dikenakan selepas penukaran meter baru terlalu tinggi melebihi satu kali ganda memandangkan dia hanya menetap bersama isteri sahaja di rumah.
“Waktu guna meter lama bil hanya sekitar RM30 saja namun, selepas tukar, bil yang dikenakan sekitar RM80 sehingga lebih RM100.
“Bil yang dikenakan seolah-olah tidak logik kerana saya tinggal berdua saja di rumah, manakala tiga anak berada di asrama,” katanya.
Katanya, sebagai pesawah bayaran yang dikenakan dianggap tinggi memandangkan terpaksa menanggung persekolahan semua anak ditambah dengan harga barang keperluan sekarang semakin tinggi.
Ismail berkata, selepas menyedari bil yang dikenakan terlalu tinggi, dia merujuk perkara itu kepada Pejabat TNB Guar Cempedak.
“Namun pihak berkenaan meminta saya mengisi borang bertujuan untuk memanggil pihak Kuala Lumpur membuat pemeriksaan.
“Saya isi borang tapi tunggu sekian lama tiada mana-mana pihak yang tampil sehingga kini,” katanya.
Seorang lagi penduduk, yang membuka warung kopi di kampung terbabit, Shuib Mustafa, 43, berkata, dia juga hairan setelah mendapati bil elektrik naik daripada kebiasaannya kurang RM100 tetapi, bil bulan ini meningkat kepada RM192.75.
“Saya tak dengar pula kata kerajaan akan menaikkan bil elektrik setinggi ini menyebabkan rata-rata penduduk membualkan perkara ini setiap hari di kedai-kedai kopi.
“Saya berharap agar pihak terbabit dapat memberi penerangan agar penduduk jelas mengenai perkara ini,” katanya.
Shuib berkata, sebagai peniagaan warung dia turut rasa terbeba sehingga terpaksa melambatkan pembayaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...