Wednesday, 28 August 2013
RAKAMAN GAMBAR SURAU RESORT TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR, DIROBOHKAN KERANA ALASAN SALAH KIBLAT!!!
Inilah rakaman gambar surau di sebuah Resort Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor yang mengamit kontroversi baru-baru ini dimana ianya pernah digunakan sebagai Tokong...Tuan punyanya resort ditangkap polis dibawah Sek 295 Kanun Keseksaan ... direman beberapa hari .. kini dibebaskan dengan ikat jamin polis .. taraf permaustatin tetapnya ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri.
Hari ini sedang berlaku kerja-kerja meroboh surau tersebut kerana Noh Gadut beritahu satu dunia surau itu salah kiblat.
Jadi cara penyelesaianya ialah merobohkan saja ... Hebat sungguh negeri yang ditadbir UMNO!!!!
Noh Gadut kata cara ini bukan tiru cara Taliban!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Ambik tindakan pun salah, tak ambik tindakan pun salah.
ReplyDeleteBagus Noh Gadut ni, tunjukan dengan perbuatan, bukan setakat melalak demo sana sini dan guling2 atas jalan saja. Kalau dah tak betul tu, kena perbetulkan ler. Yg dah buat salah tu pun dah di ambik tindakan. Memang bagus kerajaan ni, bukan setakat retorik politik jer.
bodoh tahap gaban. suruh pi masjid baca kitab tak mahu. Akhirnya.jadilah macai yang angguk angguk geleng geleng. islam di taangan.umno hancus carca marba. Tu pun dok mengaku pejuang islam....
DeleteKenapa tak tukarkan status surau tu kepada dewan serbaguna sahaja? Tentu tiada pembaziran berlaku. Jika ada yg mahu dirikan solat mereka hanya perlu bentang sejadah sahaja. Cara melayu umno berfikir memang tahap jakun..
ReplyDeletesultan Johor arah robohkan.... jadi Noh Gadut ngan lain2 angguk dan jilat je la sebab itu yg terbaik kata mereka... nak lawan kan kata derhaka pulak. Kalau sultan Johor arah jadikan dewan, noh gadut dan pemimpin lain akan angguk dan terus menjilat kata itu yg terbaik pulak... angguk je geleng kan kena penampor.
ReplyDeletebiarlah.. sbg org agama, mereka tentu ada nas2 dan hujah2 bersandarkan agama sblm membuat keputusan. Kita? hujah kita bersandarkan amarah je. apa yang berlaku di sebalik tabir biarlah mereka dan Allah shj yg tahu.
Deleteyg meruntuhkan tu la lagi buat keputusan dan berhujah melalui amarah, apa salahnya kalau dikekalkan shj sebagai dewan, sebab semua dah kena cucuk hidung dgn sultan
Deleteanon 1202:
Deleteyang pastinya ilmu noh gadut tentunya jauh lebih tinggi drpd anda!
Yg nak betulkan kiblat bkn keseluruhan struktur surau tu. Membazir la. Jumudnya pemikiran.
ReplyDeleteDah roboh surau tu, majlis agama johor ganti balik bangun yg baru tak? Kalau tak, siapa nak tanggung kerugian pemiliknya? Adakah merobohkan harta milik orang lain sesuka hati dtg dari ajaran islam melayu umno??
ReplyDeletePercayalah,kezaliman ini bakal mengundang malapeta ke negeri johor.
adakah mereka merobohkan harta milik org lain sesuka hati? jika bersandarkan dalil anda, maka bangunan2 maksiat tidak boleh dirobohkan kerana bukan hakmilik pihak berkuasa. Mereka tentunya ada nas2 dan dalil agama sblm mengambil keputusan meroboh.
DeleteDaripada komen anda, saya percaya anda sorang semberono shj. Golongan yg kononnya bijak dlm agama tp agama hentam shj.
saya juga pendokong pas tp kita perlu bijak. salah tetap salah, jgn diikut emosi, jgn setuju membabi buta. kelak, jd lah kita seperti umno juga. wallahu'alam.
bangunan yang dibina tiada kelulusan. kiblat pun salah.pengajaran kepada pengusaha resort yg berasal dari singapura.Jgn sesuka hati membina sesuatu tanpa mendapat kelulusan kerajaan berdaulat tanah melayu.hehe.Jgn mengambil mudah pasal Islam. Ingat apabila islam dan melayu beraja melaksanakan kuasanya. Apabila islam dan kuasa beraja melayu menjalankan kuasanya, maka bertempiklah rakyat anjing suruhan DAP.hehe
ReplyDeletelembu UMNO/BN.......komen bangang.....moooooooo
Deletehabis tu bagaimana dgn masjid yg kiblatnya lari @ tersasar...siap ada anak panah lagi..kena roboh jugak ker?masalah salah kiblat tak sepatutnya timbul..letak anak panah..habis cerita..tepatlah jadinya kiblat tu
ReplyDeleteWoit kita oreng di Chendering Tangannu dah puloh tawon simayang hadap ke ????? Tadak apa apa pon, baru belakangan ni ada tau kiblat tadak betol maka kita tidak perutoh sejek tuh, coma kita pebetol arah kiblat tuh. Mana mana oreng AMENO Joho tak caya mari tengok dudukan saf reyok daripada dindeng sjek, (nok kabo arah kiblat hok lama dulu memang reyok teweng)
ReplyDeleteHari ning ade sapa sapa nok mari perutoh sejek Chenereng kerane kunun tok beto kiblat, kita gocoh dulu selekok due
Ceredik OMNU Joho brahi perutoh surau balai, berat 66 lagu ning
betul boh... kat kelate ada so masjid besar kat kawase Panji. Samo jugok aroh kiblat baru, hok lamo silap saf tando dgn selotep jah.. rilek jah sek kelate teganu.. nok tunjuk taat dan ikut arahan sultan, tapi jadi bodo.
DeleteKalau rumah Allah pun depa berani roboh apa tah lagi rumah rakyat yg miskin dsn hina ini. Inilah dikatakan TALIBAN morden. Kudeta Mesir bakar Masjid dan Hospital kat Malaysia belum sampai tahap iyu sekadar bagi ranap shj tapi tak lama lagi akan jadi sama macam mesir. Yg roboh tempat ibadat orang islam ini orang islam juga. Aku tak pernah lagi dengar orang cina ronoh tokong cina,orang india roboh kuil india tapi orang melayu semua dirobohnya dsri rumah i.adah agama lain sampailah kerumah ibadat agama sensiri. Allah melihat apa yg dilakukan oleh umat2nya tunggu lama sikit dapat pangku lah
ReplyDeletenegeri johor nak dpt bala mcm tengganulah tu......darul runtuh.....hihihihihi
DeleteNOH GADUT TU BODOH SOMBONG. LEBIH2 LAGI DAH DILANTIK PENASIHAT AGAMA SULTAN. NAK TANYA DIA KALAU ANAK DARA DIA DAH KENA CEMAR DGN JANTAN NAK KENA ROBOH (BUNUH) JUGA KE.
ReplyDeleteBangangnya MACAI PR ni,roboh bangunan sekangkang kera pun nak riuh sekampung.Masjid dan surau berlambak2 kat Johor tu.Sampai ke Taliban pulak dan anak dara org ni apa hal?Kesian punya bangang ni..
Deleteanon 8:48 org peringat jer....mula2 sekangkang kera......lama2 kangkang mak kau pulok....hihihihii
DeleteAnon 12:59, sungguh bangang hujah anda.
DeleteKalau Muhammad II al Fatih ikut pendapat Nooh Gadut, Aya Sofia kat Istanbul dah lama dah dia bagi ranap. Pertama, sebab tempat ibadat Kristian. Kedua, sebab arah kiblat salah, sebab diorang mengadap Baitul Maqdis.
ReplyDeleteNasib baiklah Muhammad II al Fateh pandai sikit dari Nooh Gadut, penasihat Sultan dan ex-Mufti berpangkat Jusa C. Dia tukar saja Aya Sofia jadi masjid, sampai lukisan kat siling pun dia tak buang, siap ada gambar Virgin Mary lagi.
Saiyidina Umar al Khattab pun pandai lebih dari Nooh Gadut. Sebabnya, masa dia masuk Baitul Maqdis dia tak runtuhkan Temple Mount, tempat ibadat ribu tahun yang dibina Nabi Sulaiman. Cuma dia buat masjid baru, itu yang namakan Masjid Umar atau Dome of the Rock.
Nooh Gadut sendiri agaknya pernah melawat Damascus dan sembahyang di Masjid Umawi. Begitu juga ulama dan mufti2 berpangkat Jusa C kat Malaysia.
Masjid Umawi tu bukan sekadar bekas gereja, tetapi jugak tempat sembah berhala Venus dan Jupiter, tuhan orang Roman kuno. Kalau betullah sembahyang tak sah kat situ, beribu tahun umat Islam kat situ menanggung dosa sampai hari ni.
Alahai Nooh Gadut----apalah nasib Johor dapat penasihat agama macam kamu ni??
Saya pernah solat dalam surau yang tersasar arah kiblatnya semasa bertugas di Johor. Arah kiblat surau tersebut dibetulkan oleh Jabatan Agama Islam Johor.Mungkin juga kes surau resort ni terlalu tersasar.
ReplyDelete