Thursday, 15 August 2013
ALASAN ISTERI DIBELASAH TERUK DALAM LIF HOSPITAL SEBAB ANAK-ANAKNYA ENGGAN IKUT DIA PERGI BERSIAR-SIAR!!!!
Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar
BUKIT MERTAJAM - Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.
Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.
"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.
Wanita yang dibelasah suaminya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, di sini, Isnin lalu mengakui sudah tawar hati terhadap pasangannya itu.
“Saya sudah tiada perasaan lagi terhadapnya apatah lagi selepas dipukul. Saya dah tawar hati sebab itu saya tidak menangis ketika pukul,” katanya. Wanita berusia 36 tahun itu mendedahkan selepas video dia dipukul seorang lelaki dalam Youtube, mendapat reaksi pelbagai pihak, semalam.
Mangsa yang bekerja kilang berkata, dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan di kepala, muka dan paha kiri dalam kejadian itu.
Wanita itu berkata, kejadian berlaku di dalam lif di sebuah hospital swasta Bandar Perda, ketika dia dan dua anaknya berusia empat dan lima tahun mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak supaya mengikutinya.
“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut ummi dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya. ketika ditemui, di sini, semalam.
Mangsa yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun berkata, suaminya kemudian menampar mukanya beberapa kali, walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
“Saya keluar dari lif sebaik pintu terbuka tetapi suami menendang paha kiri hingga saya terjatuh,” katanya yang membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, dekat sini, pada hari sama.
Suami mangsa sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Mangsa berkata, dia pernah meminta suaminya menceraikannya tetapi dia dicabar supaya pergi ke pejabat agama.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, mengakui dia memuatkan video kakaknya dipukul ke dalam Youtube selepas dihantar seorang abangnya dan berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis kini memburu lelaki yang berasal dari negeri ini tetapi bertugas di Jerantut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
DIA JARANG PULANG SEBABNYA DIA ADA BINI MUDA...BILA ANAK-ANAK TAK MANJA DENGAN DIRINYA YANG JADI MANGSA BELASAHAN LEPAS GERAM IALAH ISTERI TUA NYA.
INI BUKAN MANUSIA.. TETAPI HAIWAN BERWAJAHKAN MANUSIA.
SEKARANG KENA TERIMA PADAHNYA SEBAB KINI SEDANG MENJADI BURUAN POLIS.
PERIBAHASA BARU SUDAH TERCIPTA....SAYANG ANAK DI TINGGAL-TINGGALKAN ... SAYANG BINI TUA DITANGAN-TANGANKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
hah. elok la tu laki bini bergadoh. inilah akibatnya apabila lakibini ni jadi taksub dgn peliwat.contoh keluarga dibwh pimpinan negeri cina.ni le jadinya. dah kena pnemapar baru ngadu kat polis..hihi
ReplyDeletebodoh punya komen, Allah bayaq cash kat hang baru hang tau!!!
DeleteNah! ambik kau..macai umno yg paling bangang yg ada dimuka bumi ni. laki bini melayu bergaduh dia dok merawit pasai cina perintah. benarlah kata cek det yang ada dlm umno memang bodo bodo belaka, otak tarok kat kepala lutut.
DeleteNie dia komen paling bangang dr pencacai haramjadah umporno.dok sangkut paut dengan benda lain aper hal.jantan binatang tu sama parti dgn ko.parti haramjadah.tu la,banyak sangat mentedarah benda haram otak ko pun macam haramjadah.bodoh.baghal.bangang.mangkuk hayun.
Deletekalo bodoh tu duk diam - diam malu kat orang.. taraf pencacai najis umngok paling bodoh ko neh
DeleteMasyrakat harus faham dan bertimbang rasa. si suami telah terlalu lama tinggal di pahang. Dia hanya penjawat awam dan harus menghormati serta meneladani sikap menteri besar disana.
Deleteini hari mereka, esok atau lusa awak pula akan merasa
DeleteSi suami ni bertugas di Pahang dan ada isteri kedua di sana, sementara isteri pertamanya di Pulau Pinang. Jauh tu. Tak pasti sama ada dia kakitangan awam atau swasta, tapi kalau kakitangan awam, maknanya amalan Kerajaan Malaysia memisahkan antara suami dan isteri untuk posting Kakitangan Awam (terutamanya GURU) adalah antara penyumbang kepada masalah rumah tangga. Si suami tinggal sorang² di perantauan, isteri di tempat lain membesarkan anak² sendirian. Kalau jadi macam ni, Kerajaan Malaysia pun patut bertanggung jawab sebab membuat dasar penempatan/posting yang tidak mengambil kira faktor lokasi keluarga penjawat awam berkenaan.
ReplyDeletePosting jauh, sebenarnya mengikut maklumat yang diperolehi dan dipercayai bahawa beliau berjawatan Pembantu Veteriner telah ditukarkan ke Pejabat Veteriner Jerantut Pahang atas kesalahan disiplin. Dapatkan info dari staff disana.
Deletebodoh nye manusia anonymous yang menaip pada pukui 9:27 tu kan...hahahahaha
ReplyDelete927 tu memang bodoh.udah ler bodoh,bangang pulak tu.spesis najib bersin,pencacai 927 melompat terkinja kinja bertepuk tangan.spesis yg madey kata teramat bodoh piang.
Delete9.27 tu manusia ke monyet??? Mcm la X ada otak lgsung sebelum bg komen...memalukan org2 UMNO jer....tp ye lah org2 UMNgOk ni mana ada yg betfikir pakai otak...semuanye fikir pakai kepala lutut...
ReplyDelete