Empat ditahan tembak kerbau untuk jualan Aidilfitri
Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu.
Difahamkan, lokasi itu memang dijadikan tempat mengumpul ternakan oleh pemiliknya hampir setiap hari. Tindakan empat suspek itu dipercayai untuk mengaut untung mudah dengan menjual daging kerbau di pasaran menjelang Aidilfitri tidak lama lagi berikutan permintaan tinggi umat Islam ketika itu.
Ditahan lepas kejadian
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian.
“Polis merampas tiga senapang, sebilah parang dan dua kereta yang digunakan untuk kegiatan itu dan merakam keterangan pemilik kerbau dan beberapa individu bagi membantu siasatan terutama motif empat suspek bertindak sedemikian. Semua suspek ditahan reman,” katanya.
Tidak berkompromi
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan tingkah laku pegawai yang boleh menjejaskan reputasi suruhanjaya itu, sama ada ketika bertugas mahupun di luar waktu bertugas.
“SPRM juga memandang serius sebarang bentuk tindakan dan perbuatan mana-mana pegawai yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan semalam, sambil menambah pihaknya sudah mengambil tindakan secara dalaman terhadap pegawai berkenaan.
Gerenti puak2 pakaton nnt akan salahkan bn.
ReplyDeleteKalau x caya tungguuuuuuu......
la memang ler bn brsalah.mcm mohon simpati jer ko nie supaya bn tidak disalahkan.bn gagal bg bonus,tu pasai penjawat awam part tine curi kerbau.
Deletememang salah bn.. akhirat esok tuhan akan tanya najib tentang apa yg dia buat semasa menjadi pemerintah..
Deletememang bn yg salah, sebab hanya tahu naik harga barang, tapi tak tahu pulak naikkan gaji pekerja awam. bila dah terdesak dgn tekanan hidupdan iman pulak senipis kulit bawang maka jadilah perkara perkara macam ni. cai cai umno mana boleh fikir isu isu berat mcm ni, sebab otak dah turun kat lulut. jadi yang depa tahu danpakar hanyalah buat dan sebarkan fitnah...alahai cai...bilalah nak letakkan balik otak hangpa kat tempat yang sepatutnya yang Allah anugerahkan...iaitu dikepala yang dijunjung..
DeleteBro, semua org tau SPRM tu agensi kerajaan la. Kerajaan yang memerintah skrg sape bodoh?
Deletenajib tak bagi cukup bonus nak raya
ReplyDeletewakakakakakkakakakakakakkakakakaka
cuba semak, peluru buat tembak tu milik persendirian atau duit cukai rakyat.
Ini semua salah Najib yang gagal mmberi bonus 1 bln gaji.
ReplyDeletesaya rasa lah salah Anwar nie...
ReplyDeleteklu kerbau pun dia tumpang sekaki apa lg benda lain...renung2kn lah he he he...
ReplyDeleteSebab tak cukup bagi brim lah tu..
ReplyDeleteIni semua salah kerbau kot ..
ReplyDeleteKat selangor lagiii...kerbau pun jadik juga kena tembak.Mmg dah kemaruk menembak ler pulak.Syukurlah negeri lain masih aman,kalau nak mkn kerbau pun sembelih ler dulu...
DeleteSampai sekarang kes ni belum di sebut dimakamah..pegawai berkenaan masih bebas..mana nak tuntut ganti rugi?
ReplyDeleteSampai sekarang kes ni belum di sebut dimakamah..pegawai berkenaan masih bebas..mana nak tuntut ganti rugi?
ReplyDeleteSampai sekarang kes ni belum di sebut dimakamah..pegawai berkenaan masih bebas..mana nak tuntut ganti rugi?
ReplyDelete