Tuesday 13 August 2013

AMARAN YANG TIDAK KELUAR DI UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!!...KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG BERI AMARAN AGAR SURAU TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIGUNAKAN UNTUK UPACARA KEAGAMAAN LAIN!!!!



Kerajaan Pulau Pinang beri amaran surau tidak digunakan untuk upacara keagamaan lain

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi amaran kepada pemilik bangunan, hotel atau resort di negeri ini yang mempunyai kemudahan surau supaya tidak membenarkan premis mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata pihak yang mengingkari arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan dan syariah.

Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang aduan atau laporan berhubung pusat beli-belah, hotel atau resort di negeri ini menyalahgunakan surau yang terdapat di tempat mereka.

"Tetapi jika ada pihak yang membenarkan surau mereka digunakan untuk upacara keagamaan lain, mereka boleh dikenakan tindakan menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu mencemarkan mana-mana masjid atau surau dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam.

"Selain itu, mereka juga boleh disiasat menurut Seksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1997 atau Seksyen 70 (13) (b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana menukar guna bangunan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya setakat ini hampir 1,000 surau di seluruh negeri ini berdaftar dengan JAIPP dan beliau meminta mana-mana surau yang belum berbuat demikian supaya mendaftar segera.

Semalam akhbar melaporkan sebuah resort di Sedili Besar, Johor, membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain dan ia disedari seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.

8 comments:

  1. Negeri tadbiran umporno jer yang surau boleh diperlekehkan.standard ler tu.umporno pun sering gak menghina agama Islam.malang nya Jakim yg bacul gagal bertindak.

    ReplyDelete
  2. Maicai2 UMporNO sila butthurt sekarang secara berjemaah! kbai

    ReplyDelete
  3. Anon 18:33 ni mesti member rapat bang non..auwww!!!

    ReplyDelete
  4. Org2 UMNgOk mana nak pcaye citer2 yg mcm ni..mmg dasar bebal dan bingai...biar lah mereka NGOK dulu, kini dan selamanye....

    ReplyDelete
  5. Berita menangguk di air keruh...ah beng style.

    ReplyDelete
  6. Sekarang nie menangguk nangguk dah out dated.umporno je yang dok guna tangguk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kita tak guna tangguk lagi....kiter guner pukat rimau....kiter pukat kerajaan syaitan dikenali nie...kemudian kita humbankan kat bermuda triangle sanooooonn.....tempat jin...ditengah laut....jin ngan setan kan kam ceng.....boleh kencing samer sendiri....hihihihihi

      Delete
  7. Like anonymous

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...