Tuesday, 13 August 2013

100 HARI SELEPAS PRU 13, NAJIB MASIH HILANG ARAH KERANA SIBUK MENGKUKUHKAN KEDUDUKKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO AGAR TIDAK DICABAR!!!

100 hari selepas PRU13, Najib masih mencari arah

Selepas 100 hari mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat masih mencari arah setelah dasar-dasar yang diumumkan sejak empat tahun sebelumnya tidak menghasilkan natijah seperti yang dikehendaki.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat keputusan PRU13 menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh Najib selepas mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak diterima oleh masyarakat.

Katanya, akibat dari keputusan PRU13 yang menyaksikan prestasi Barisan Nasional (BN) semakin menurun berbanding 2008, Najib seolah-olah cuba menilai semula beberapa keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

"Selepas PRU13, Najib seolah-olah mencari arah sama ada mahu meneruskan dasar yang diumumkan empat tahun lepas atau menilai semula pembaharuan yang dilaungkan.

"Kalau kita lihat, 100 hari pertama Najib selepas PRU13, tidak jelas arah yang hendak dituju, beliau bercakap tentang national reconciliation tetapi hingga ke hari ini perkara tersebut masih tidak jelas, apakah bentuknya?

"Sepatutnya, bila beliau umumkan mahu laksanakan national recociliation, perkara tersebut perlu dijelaskan apakah bentuknya dan bagaimana mahu dilaksanakan," katanya kepada astro Awani.

Selain itu, Dr Shaharuddin juga berpendapat, 100 hari pertama mendapat mandat mentadbir negara, Najib juga dilihat tidak dapat membentuk kabinet yang sempurna dan lebih banyak memberi peluang kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung.

Katanya, kegagalan memujuk wakil MCA menduduki kabinet juga membuktikan bahawa 100 hari pertama Najib amat memeritkan.

"Dari sudut melantik menteri Kabinet kita lihat terlalu banyak dari sabah dan Sarawak hingga banyak program tertumpu ke sana dan tidak lagi bersifat nasional.

"Kalau kita lihat isu wanita atau masalah perumahan banyak ditumpukan di Sabah dan Sarawak kerana menterinya datang dari sana," katanya.

Dari sudut UMNO pula, 100 hari pertama selepas PRU13 juga Najib dilihat menggunakan peluang untuk mengukuhkan kedudukan di mata ahli-ahli UMNO.

"Tahun ini UMNO akan mengadakan pemilihan dan prestasi UMNO biarpun bertambah baik dalam PRU13 tetapi ia bukan jaminan untuk Najib kekal sebagai presiden.

"100 hari pertama ini, Najib cuba untuk mengukuhkan kedudukan di mata ahli UMNO biarpun kemungkinan beliau tidak dicabar oleh sesiapa," katanya lagi.

4 comments:

  1. Semoga sabah sarawak terus maju.melayu kelantan akan terus tolak umno

    ReplyDelete
  2. Mana mungkin sabah sarawak maju.aset utama umporno adalah rakyat yg miskin papa kedana.

    ReplyDelete
  3. Najib masih tido lagi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan marah bro. Malam tu dia buat tahajud!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...