Sunday, 11 August 2013

JAWAPAN BALAS PROF DR AGUS MENGENAI KRITIKAN TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN ISU 100 HARI PEMERINTAHAN KERAJAAN BARU KELANTAN SELEPAS PRU 13!!!!



SEMALAM saya menulis untuk menegur kerajaan Kelantan setelah 100 hari pilihan raya umum berlalu. Hujah utama saya ialah tiada perubahan ketara dalam politik Kelantan selepas pilihan raya tersebut kerana keringnya idea kepemimpinan baru dalam merancang agenda pembangunan negeri. Maka, pelbagai pandangan dan komen yang saya terima.

Saya mengucapkan terima kasih kepada komen yang diberikan. Ada komen yang berkaitan dengan posting saya dan ada yang tersasar. Ada rakan yang menulis di inbox supaya saya membuang komen-komen yang tidak berkaitan. Tapi saya tidak buang kerana saya ingin serahkan kepada kawan-kawan untuk menilai setiap komen yang diberi. Bagi saya, teruskan memberi komen tetapi jangan sampai ke tahap memfitnah seseorang. Itu sahaja nasihat yang boleh saya beri.

Dari banyak komen yang diterima, saya teruja untuk memberi pandangan kepada jawapan balas Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan dalam Malaysian Insider dan juga komen dari Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

TMB menyatakan kenyataan saya tentang “kerajaan negeri kekeringan idea” menyimpang jauh kerana apa yang boleh dibuat dalam masa 100 hari. Katanya, “Dalam 100 hari nak bina bangunan pun tak siap.”

Betul, sangat mustahil untuk siapkan sebuah bangunan dalam masa 100 hari. Tetapi itu bukan maksud saya dengan ‘kekeringan idea.’ Yang saya maksudkan ialah saya tidak melihat satu ‘cetak biru’ jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri setelah 100 hari memerintah. Yang saya katakan pendekatan baru kerajaan negeri ialah “membenarkan wanita menyertai musabaqah Al-Quran,” hanyalah contoh sahaja. Ada banyak lagi contoh yang boleh saya berikan, tetapi sengaja saya padamkan kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak dan tidak wajar untuk saya menegur secara keras.

Oleh sebab itulah dalam tulisan saya, tidak saya timbulkan isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri dan krisis dalaman PAS. Saya tidak mahu fikirkan soal krisis parti kerana fokus tulisan saya ialah pembangunan negeri dan kebajikan rakyat negeri.

Lagi pun saya faham, menegur pemimpin ini perlu bijak, seperti menarik rambut dalam tepung. Dan itulah yang saya buat. Sebab itulah saya gunakan istilah menegur, bukannya mengkritik atau membidas. Saya mahu menegur untuk kebaikan rakyat negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menguruskan dasar bagi pihak mereka. Soal diskriminasi kerajaan pusat, jika ada, itu akan saya tulis dalam posting yang lain.

Lantaran fakta saya tidak jelas, maka TMB menggariskan dua dasar kerajaan negeri yang baik yang telah dilaksanakan. Pertama, dasar khidmat mesra pegawai awam yang mana seboleh mungkin kakitangan awam kerajaan negeri akan diletakkan bekerja berdekatan dengan keluarga. Saya menyanjung tinggi dasar ini. Kedua, dasar rumah mampu milik "yang akan diusahakan oleh kerajaan negeri dalam masa lima tahun." Saya juga menyanjung tinggi dasar ini.

Cumanya untuk dasar rumah mampu milik ini, saya ingin mencadangkan supaya mulai sekarang kerajaan negeri memastikan unit perhubungan korporatnya memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat tentang perumahan baru yang dibina oleh kerajaan negeri dan kosnya sekali. Biarkan rakyat mendapat maklumat. Saya juga cuba mendapat maklumat tentang hal ini, tetapi maklumat yang saya perolehi tidak begitu memberangsangkan. Jadi, saya menunggu untuk melihat kerajaan negeri menterjemahkan dasar ini kepada bentuk pelaksanaan yang boleh melegakan rakyat.

Berkaitan dengan lebuh raya rakyat, saya keliru apabila kerajaan negeri, melalui kenyataan TMB dan Setiausaha Akhbar MBnya menyatakan “kerajaan kini dalam proses memperhalusi projek tersbut.” Apa lagi yang diperhalusi?

Jawapan kepada pertanyan ini dapat dilihat dalam jawapan Setiausaha Akhbar MB yang memberikan link kepada petikan Exco kerajaan negeri, YB Hanifa Ahmad dalam akhbar Harakah. Katanya, “kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan. Langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri….Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.”

Aduh! Buat kertas cadangan baru lagi? Tak mengapalah, yang penting apapun pertelagahan pendapat kita, lebuh raya tersebut dapat disiapkan untuk keselesaaan dan keselamatan rakyat apabila mereka balik ke kampong. Itupun tujuan saya membuat posting ini.

Jika menghadapi masalah, saya ingin cadangkan lagi supaya kerajaan negeri berunding dengan kerajaan pusat. Semoganya kerajaan pusat berjiwa besar dengan melupakan perbezaan politik untuk memberi keadilan kepada rakyat Kelantan, sama sepertimana layanan yang diberikan kepada negeri-negeri lain juga.

Satu yang menggembirakan saya dengan posting ini ialah tulisan saya mendapat reaksi dari pemimpin kerajaan negeri. Inilah yang hebatnya pemimpin negeri saya. Saya kagum, bangga dan teruja. Saya mahu melihat kepemimpinan kerajaan negeri yang peka kepada keluhan rakyat. Saya mahu kerajaan negeri yang merasa denyut nadi rakyat. Dalam hal ini, saya sudah dapati satu: kepemimpinan kerajaan negeri peka kepada teguran rakyat. Moganya kepekaaan itu adalah kepekaan tulin atas hasrat ingin menambahbaik pembangunan negeri, bukannya kepekaan itu adalah kerana alergik pada teguran!

Saya ingin menulis panjang soal penilaian saya mengenai 100 hari pemerintahan Kelantan ini. Tetapi biarlah. Saya akan bercakap panjang tentang hal ini apabila saya membentangkan kertas kerja saya di dua persidangan antarabangsa di Stockholm pada 27 Ogos ini dan di Persidangan 2nd World Congress of Administrative and Political Sciences di Belgium pada 25-27 November ini.

Untuk sementara saya ingin merujuk semula maksud saya tentang kerajaan negeri kekeringan idea selepas 100 hari memerintah Kelantan dengan kenyataan berikut:

1. Lebuh Raya dan stadium menjadi bahan kempen utama ketika pilihan raya ke-13 yang lalu. Peliknya, selepas menang baru diumumkan sedang dalam proses hendak mengkaji balik dan melihat kertas cadangan baru.
2. Saya melihat di Selangor, kerajaaan negerinya ada Selcat dan di Pulau Pinang ada CAT. Di Kelantan kerajaan negeri ada hisbah, tetapi saya tidak tahu bila pelaksanaanya bermula?
3. Di Selangor dan Pulau Pinang ada pengisytiharan harta, tetapi di Kelantan saya tidak tahu bila?

Saya noktahkan dahulu jawapan saya. Saya ingin mencadangkan supaya sahabat membaca dua buah buku karya Francis Fukuyama bertajuk Trust: The Social Virtues and The Creation of Prosperity , dan karya Huntington bertajuk Culture Matters: How Values Shape Human Progress(2000).

Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.

36 comments:

  1. Saya sokong Prof Agus...

    memang betul apa yang dikatakan.Setelah bertahun2 memerintah Kelantan tiada satu produk yang boleh di"banggakan"/disyukuri.

    Lihatlah Selangor dengan Halimah Ali, hampir 2 tahun ada "SPIN" etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik Prof buat penilaian 100 hari bagi negeri2 lain dlm pakatan atau bn. Tengok apa komen mb2 / km / pm. Baru tau itu komen ada harga atau tidak.

      Delete
    2. Hahahaha komen dari macai yang sokong prof yang ntah apa2.

      Delete
    3. Saya nampak Kelantan ni Datuk Husam dan Tuan Guru Nik AziZ je kalau x saya x nampak apa apa dasar Kelantan selepas PRU 13.

      Delete
  2. Saya lihat kerajaan kelantan mcm dlm comfort zone. Tak mustahil tumbang mcm tgnu & kedah nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lihat krajaan pusat pun dlm comfort zone. Tara mustahil tumbang...ayoyo.

      Delete
    2. Semua komen/penilaian dilihat dari kaca mata dunia. "Bukankah dunia ini tidak ada apapun walau dibanding dengan sayap nyamuk?".

      Delete
  3. Rakyat Kelantan xsm dgn rakyat Teganu dan Kedah.Tekananyg bertahun2 dibuat k'jaan pusat xdpt melentur rakyat kelantan yg berhati waja.Teganu, bila royalty ditarik jer kjaan Pas terus tumbang.Camner nk buat pembangunan klu duit xder.Lgpun pas hanya diberi peluang sepenggal saja.Klu ditakdirkan Pas mng pru13 baru2 ni,saya yakin tentu sukar bg umno utk mengambil nya blk...we learn from our mistakes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confidence sgt yg kelantan tak akan terlepas dari PAS. Jgn esok melopong cam Kedah. Pengundi bertukar ganti dan tak mustahil pemikiran generasi baru juga tidak akan sama dgn yg lama. Jika inilah mentaliti kerajaan PAS pasti PRU14 kelantan akan jatuh kepada UMNO.

      Delete
    2. Pengundi mungkin bertukar ganti, generasi moden mungkin semakin moden, tapi mereka akan lebih cerdik memilih pemimpin yg menegakkan islam bukannye beragamekn melayu. kalau selalu menjadi hamba kpd umno mmg inilah jawapan kamu.

      Delete
  4. SALAM, SAYA NASIHATKAN PROF BUAT KAJIAN DAHULU SEBELUM BAGI KOMEN SEBAB SAYA LIHAT BANYAK FAKTOR YANG TERLEPAS PANDANG DALAM HAL INI. BAGI KOMEN MEMANG NAMPAK GAH, TAPI BILA NAK URUS TANPA PERUNTUKAN YANG CUKUP DAN TEKANAN DARI PUSAT BUKANNYA SENANG.

    ReplyDelete
  5. Kalau nak guna alasan tak dapat peruntukan sejak 1990, bila nak maju?

    ReplyDelete
  6. Kelantan nak maju tukar pemimpin jer.Kalau tak nak kemajuan pakai jer pemimpin yg ada.Dah lebih 20 tahun baru nak bincang camna nak bawa kemajuan,camana nak siapkan lebuhraya,camana nak buat stadium...gila kentang ke aper?

    ReplyDelete
  7. Biar pun dinafikan hak nya oleh kerajaan pusat,namun Kelantan tetap membangun.kerajaan pusat banyak berdosa pada kerajaan negeri maupun khusus nya pada rakyat Kelantan atas kedangkalan Perdana Menteri bersikap matang.bersikap double standard adalah trade mark pemimpin umno terhadap kerajaan negeri PR.mengabaikan tanggungjawab rasa prejudis politik adalah kebanggaan umno.apa pun rasa bangga kerana dengan pengabaian kronik kerajaan pusat,jelas Kelantan bukan negeri termiskin walaupun umno menipu dengan mengatakan sebalik nya.

    ReplyDelete
  8. Kekadang org yg mndapqt didikan agama merasa hebat..ya betol..kita mngharapkan mereka memberi didikan keagamaan.mtapi dlm mentadbir orgbyg ade pendidikan agama.kene juga pandai mngurus...kena tahu sale forcast. Capex..opex...inflow..outflow....p n l....ini kalau nasihat dari profesional...x mau dngar..itu yg sy dengar apa ug berlaku di kedah...sy selalu dtg kb..bnyak yg perlu dilakukan..ramai pelancong yg datag....tapi bnyk yg x terurus..sistem perparitan ygvpenuh sampah sarap...sy pengundi pas..dan akan mngundi smpai sy mati..tapi kecewa...coz pemimpin hebat dipentas ceramah..tapi bab mngurue kurang..maafkan sy jika saya mngguris hati sesiapa..sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul sgt apa yg anda katakan.kalau kita cakap open kat muka diorang,dia kata kita menghina ulamak.serba salah jadinya. Ini masaalah umum bukan saja di m'sia ini. Kelantan ni sebenarnya banyak potensi,hasil bumi dan galian,cuma tak diuruskan sahaja.Nak harapkan pusat adalah hampir mustahil sebenarnya tanpa apa apa pulangan. Semuanya perlu duit,jadi kerajaan negeri perlu ada kepakaran untuk menjana pendapatan.Kalau asyik berceramah,sampai bila tak kemana.Kalau tak mampu fikir,carilah ramai pemikir dan penasihat,tapi bukan punahsihat.

      Delete
  9. Pandangan ahli akademik berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri berasaskan fakta. Dan puak yang ditegur itu seharusnya perlu bersabar terhadap pandangan yang menyerupai kritikan yang membuka pekong dalam baju.

    Bila ditegur, sepatutnya orang yang ditegur itu dengar dan nilai dulu sama ada ia memberi kebaikan atau tidak. Tidak perlu tergesa-gesa membuat kenyataan balas sebagai nak tunjuk alim dan pandai. Allah tidak akan tolong ulamak yang bangang, kerana Allah sudah menyediakan alquran dan memberi akal waras untuk digunakan dalam menghadapi apa jua situasi.

    Soal pentadbiran negeri, ia memangnya berkaitan dengan projek pembangunan dan sumber kewangan namun menyalahkan kerajaan pusat menyekat bantuan kepada kerajaan negeri menggambarkan pemikiran pentadbir kerajaan negeri amat lemah dan tidak kreatif.

    Kerajaan pusat sememangnya dengan sengaja tidak memberi bantuan, dan mencuri apa saja yang boleh mereka curi demi memulangkan kembali Kelantan kepangkuan Barisan Nasional. Tak perlu nak merunggut tapi wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi mesti telah bersedia menghadapi tekanan itu disamping berkerjasama dengan kumpulan profesional cara mendapatkan sumber kewangan dalam melaksanakan projek untuk rakyat.

    Kalau bangang, jangan kurang ajar
    Kalau pandai ajar orang beragama
    Dah tahu diri bodoh.... belajar,
    Kalau tak tahu... bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr.Agus,anda seorang akademik tentu tau nak buat lebuhraya bukan mcm buat reban ayam blakang rumah. Jika dpt buat pun belum tentu dapat diselenggara dgn baik kalau tak ader duit,malah akan membahayakan pengguna2 pulak nanti.Marilah berpijak di bumi nyata samada kita ambik pendekatan baru atau kerajaan negeri yg ader sekarang melupakan sahaja hasrat ini supaya tidak mengundang fitnah kerana jika hendak menyimpan duit utk projek ini sekali pun sepatutnya di buat 20 tahun dulu.Janganlah menzalimi diri sendiri.

      Delete
  10. Apa kjn kelete buat tarik pelabor?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cubaan bawak pelabur,tapi biasala prasarana yg ader mungkin kurang memberangsang kan. Tu la pasal,keja ni bukan mcm buat ceramah mingguan jer.Kalau nak blaja camana s'pore menjana duit,tak sesuai sbab diorang ni kiri kanan depan blakang semua boleh,sebab tu temasik duit byk tanpa ada hasil bumi.Jawapan ader,cuma tepuk dada tanya selera....

      Delete
  11. dlm diam diam mca bantu dap atas dasar bangsa, tapi umno masih bersikap hati busuk walaupun kelantan tu melayu dan islam.lagi. tak payah cakap pasal pemimpin umno lain, topa ahmad, awang anak adek, anuar anak musa jika mereka ikhlas nak bantu melayu kelantan dah lama.kelantan maju. Ini tidak, jika umno tak boleh perintah kelantan maka sanggup dimundurkan. memanglah benar kata kata orang umno yang ada sedikit.otak bahawa yang memusnahkan melayu dan.islam.itu ialah.umno sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong PAS pon tp PAS still nak jilat lobang kunyit guan eng jugak...

      Delete
    2. Pemikiran macam Orangtua ni ler sebab kelantan ketinggalan....macam orangutan.Kalau nak jadi minoriti kena ler tanggung nasib sebagai minoriti.

      Delete
    3. jenis jilAT LUBANG kunyit bapak kau lebih memandai tapi kalau dok kutup ulamak tak buat kerja kau elok masuk pondok dulu belajar kau ingat dgn ilmu kau boleh buat itu ini,,,anak2 muda yg dok telinkop saper boleh bantu , penggangor lepasan universiti berlambak2 saper boleh tolong,,lubanh kunyit kau boleh tolong....buat pembangunan kalau melayu masih merempak stor kunyit mak kau boleh tolong...mana pergi transfomasi bllion2 ...cakap senang...siapa yg buat lembah sireh stor kunyit mak kau buat...kalau nak tunjuk banyak lagi bukan bangunan melangit yg melayu nak tapi seiring dgn akhlak yg stor kunyit mak kau nak.....tunggu stor kunyit kau keluar baru kau reti bahasa...

      Delete
  12. kjaan negeri kena berlapang dada..sememangnya belum ada ssuatu yg mngujakan dalam 100 hari menang pru ini.sbg kjaan kn ikhtiar mcm mana nak mgatasi permasalahan yg membelenggu rakyat klate slama ni..ssuatu projek yg ingin dibuat jgn hangat2 taik ayam...kejap heboh pastu hidup segan mati tak mahu ...perlu agresif tarik plabur luar.sgala komen kn amik cakna perbaiki mn yang patut..pkink kn lebih agresif bangunkan klate...dan muda mudi klate kn amik cakna sungguh2 sbb dah ramai sdh tewas sbb dadah dsb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Separutnyer dr.agus betulkan kesilapan ceteknya pemikiran TMB tu yg zaman terkini sebuah bangunan sudah boleh disiapkan dlm 100 hari...

      Delete
  13. Bodoh punya cai umno, pi belajaq dulu apa itu konsep kerajaan berpersekutuan. ini bukan soal minoriti atau tidak tapi soal pembangunan negara yang adil dan saksama. Soal siapa yang dipilih sebagai ketua a;;dah terpulang ilmu dan kepercayaan seseorang. Yang jadi ketua mesti mentadbit mengikut panduan ugama. Jadi pemimpin pemimpin umno tu tak ada ugama le. Sebab itu pas amat menentang umno yang berakidahkan ugama asing politik asing. Jika agama diletakkan dihadapan selamat kita dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..hingus meleleh lagii ko ni....sudah sudah ler memecah belah kan orang dgn islam kau lebih baik dari islam org lain....

      Delete
  14. Prof Agus kena berpijak kepada realiti selama ini Kerajaan Pusat tidak pernah ikhlas ingin menolong kerajaan negeri kelantan dari segi sumber kewangan sebab itulah lebuh raya ingin dihasilkan sendiri.Sekurang2nya Kerajaan Negeri telah mencuba sesuatu yg terbaik utk rakyatnya walaupun dana tidak seberapa. Kata-kata Prof Agus "saya cadangkan kerajaan negeri berunding dgn Kerajaan Pusat" cukup mengelirukan seoalah-olah beliau tidak pernah membaca pengalamn yg dihadapi kerajaan kelantan selama ini bilamana berurusan dengan kerajaan pusat....iaitu dr zaman tun mahathir hinggalah dato' Najib. Cuba Prof komen skit pasal Dato' Pa ingin menaikkan nama Jeli sahaja bukannya menyeluruh atau sekurang2nya bawak sikit pembangunan ke bachok daerah kelahiran beliau...bukankah itu kepentingan peribadi namanya dan bukannya utk rakyat jelata..seolah-olah warga Bachok tidak pernah membayar cukai, membayar saman dsb kepada Kerajaan Malaysia...fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  15. Pertembungan idea dn kritikan budak2. Agus bapak budak..kerajaan pas atok budak...macai jadi juak2. Terus berkritik bro.

    ReplyDelete
  16. Teguran Prof. Agus sangat ringkas dan banyak maklumat-maklumat yang lebih jelas tidak dinyatakan. Kalaulah dinyatakan maka jatuhlah Kerajaan PAS Kelantan, jadi kepada "Anonymous" sekalian sila jangan salah faham.

    Nak royak sini bahawa selama ketiadaan Tok Guru, kelulusan fail-fail perlombongan dan pembalakan diluluskan melebihi 30 fail..tu baru 100 hari memerintah..yang sebelum ni hanya 35 fail sahaja diluluskan dalam masa 1 tahun. Jadi apa pandangan "Anonymous" sekalian pasal hal ini?

    Semua projek-projek cetusan idea YB Dato' Husam yang dikhabarkan "ditangguhkan" erti kata lain dibatalkan terus yang sebenarnya. Projek Lebuhraya Rakyat hanya pada nama sahaja yang sebenarnya, projek Tunjong Pavillion dibatalkan, projek stadium baru dibatalkan (ini peluang Tan Sri Annuar Musa ambil alih), bandar baru Tunjong dihentikan sementara waktu. Kenapa hal ini terjadi??

    Kekalahan PAS di DUN Dabong menunjukkan pepecahan PAS Kelantan melantik seseorang yang bukan pilihan rakyat Dabong, begitu juga seorang Tok Wakil PAS dalang utama kekalahan PKR di Parlimen Ketereh sebab dia tidak mahu parti lain selain PAS hidup di Kelantan walaupun parti itu Parti Keadilan Rakyat PKR. Kenapa jadi lagu nih??? PKR tu Pakatan Rakyat kan..PAS pun Pakatan Rakyat jadi kenapa nak hancurkan PKR di Kelantan??

    Banyak sangat nok royak dale nih jadi "Berubahlah wahai PAS Kelantan sebelum dijatuhkan dalam PRU 14".

    ReplyDelete
  17. Antara produk Kelantan ialah penubuhan Maahad Tahfiz Sains.Sekarang sudah ada 4 buah MTS .Kedah dan Selangor cuba mengambil modul ini..Kedah dulu nak tubuh di Pulau Tuba masa ust Azizan MB..tapi zaman BN entah camana? Selangor rasannya dah tubuhkan. Begitu juga Takaful Kifalah..Kedah dah ikut zaman PR merintah..Kelantan dah buat lama..Org Kelantan patut tahu bukan buat2 tak tahu

    ReplyDelete
  18. Siapa boleh beri maklumat negeri mana dalam Malaysia yang bina lebuhraya adalah menggunakan 100% peruntukan negeri..saya memang tak tahu...kalau ada negeri yang mampu bina lebuhraya guna duit sendiri tanpa bantuan kerajaan Pusat..Kelantan patut berkongsi pengalaman..TK

    ReplyDelete
  19. selagi syiah berada dalam kelompkk PAS selagi itulah tak kemana pemerintahan ISLAM di kelantan...

    ReplyDelete
  20. 100 hari lps memerintah boleh buat ape sagt. Relax la brader, brader relax. Najib pon byk diam diri lps PRU13. Lagi2 pimpinan Klate yg baru naik. Mesti byk benda nk kena catch-up. Bagi la chance.

    Relax brader2 sume..

    ReplyDelete
  21. Kebanyakan kita terperangkap dengan slogan "Kemajuan" UMNO/BN. Oleh itu kita nilai sesebuah kerajaan negeri dengan "kemajuan". Ada dua isu bila menyebut tentang "kemajuan". Pertama: Apakah bentuk kemajuan yang dikehendaki? Fisikal, mental atau emosi? Bila UMNO/BN cakap pasal "kemajuan" ia bererti "kemajuan fisikal". Kenapa UMNO/BN suka cakap pasal "kemajuan fisikal"? Sebab itu semua melibatkan wang. dan wang dengan UMNO/BN adalah sinonim - ada wang adalah UMNO. Tetapi bagaimana dengan "kemajuan moral"? Rasuah kiri kanan. Belanja lebih dan cuba lihat apa yang sedang berlaku dengan 1MDB? inilah akibat "Kemajuan" dalam UMNO/BN. Adakah "kemajuan" sebegini yang rakyat kehendaki? Adalah lebih mudah sesebuah kerajaan membuat "bangunan, jalanraya dan lain-lain berbentuk fisikal" berbanding membina "moral dan modal insan yang tinggi" yang jauh dari rasuah. Kenapa sehingga hari ini UMNO/BN tidak dapat menghapuskan rasuah? Inilah sepatutnya dinilai bila disebut "kemajuan". Kemajuan dari segi "sikap" bagaimana? Jadi jangan kita terlalu mementingkan "Fisikal" sehingga meletakkan segala-galanya kepada "fisikal". "Kemajuan Fisikal" mudah sahaja - ada duit semua boleh boleh seperti mana Mahathir buat bangunan KLCC dan Putrajaya. Tetapi berjayakah Mahathir memajukan "Sikap", menghapuskan "Rasuah"? Tidak Mahathir gagal malah kerajaan UMNO/BN walaupun telah memerintah lebih 60 tahun telah gagal menjadi rakyat Malaysia "Maju dari segi Moral". Universiti kita masih tercorot berbanding dengan Universiti di dunia maju.

    Kedua: Bila sesebuah kampung dimajukan dari segi fisikalnya banyak tuan tanah yang terpaksa menjual tanahnya. Rumah-rumah kedai dibina yang tidak mampu dibeli oleh orang tempatan mahu pun tuan tanah. Akhirnya, yang mendapat faedah bukan tuan tanah yang dimajukan tetapi orang luar yang akan menguasai kawasan tersebut. Jadi bila memperkatakan "kemajuan" seperti ini, adakah ia menguntungkan orang tempatan?

    Oleh itu asebelum kita bercakap tentang "kemajuan" (baisanya dari segi fisikal), biarlah kita majukan minda dan menyediakan penduduk tempatan dengan ilmu dan kekuatan mental untuk menghadapi keadaan yang maju nanti. Jangan jadi seperti di Langkawi, bila telah dimulakan pembangunan, kini ia telah dikatakan maju dan suatu hari nanti akan menjadi satu lagi Pulau Pinang. Mana pergi orang tempatan Langkawi?. Mereka dikejutkan dengan penjualan tanah-tanah sehingga menjadi orang kaya baru. Tetapi kerana tidak mempunyai kekuatan mental dan cukup ilmu akhirnya semua wang habis dan tanah pun tergadai.

    Jadi janganlah hanya menyebut perkataan "kemajuan" tanpa disertakan dengan skopnya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...