Friday 16 August 2013

GAMBAR LELAKI BELASAH ISTERI DALAM LIF YANG DIRAKAM DIBALAI POLIS KUANTAN KETIKA MENYERAH DIRI!!!!



Georgetown: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. -mstar

6 comments:

  1. Masaalahnya kenapa ko orang bising.adilkah kalau kita dnegar sebelah pihak. adakahd alam dunia ini semua wanita betul maaf no offence ok. aku lebih kepada keadilan. aku marah dia belasah bini dia. lebih sangat tapi kita juga kena tahu apa yg menyebabkan dia marah.kita tengok pergerakan tetapi suara ? bagaimana kalau perempuan itu atau bekas isteri itu memaki hamun beliau. THINK? Di mana amruahs eorang lelaki atau bekas suami apabila di maki hamun. biar polis siasat.tak perlu ko orang maki hamun. sini lah kebodohan bangsa kita yg aku tengok.

    Kalau betul dia belasah bekas isteri dia tanpa sebab dia akan di hukum tapi kalau ada provokasi biar und und yg tentukan. ko orang yg beroisteri kalau bukan bacul atau dengar cakap isteri mestia da bergaduh. so ko orang lebih tahu adat rumah tangga. tak perlu dok maki hamun org.

    ReplyDelete
  2. wahai jamilkucing..kalau betul pun isteri beliau tu maki hamun haruskah isteri dia dipukul dengan begitu teruk? kalau betul beliau tu suami yang baik dan pandai menjaga isteri mesti isteri beliau juga seorang yang baik-baik..dalam ISLAM x larang suami pukul isteri untuk menegur tp ada CARANYA..betul x? dunia dah tua kan, memang dah banyak kes macam ni..suami suka tunjuk kuat pada isteri yang lemah..patut jaga isteri baik-baik tp lain yang dia buat..mungkin masa akad dulu beliau x faham apa yang tok kadi baca agaknya..kamu macam mana pula? faham x LELAKI...? THINK!

    ReplyDelete
  3. Jamil,Jamil.ku sangkakan dua rupa nya tiga.yang cik jamil beremosi ape hal plak.think cik jamil.THINK.mangsa hanya berdiam diri sahaja.jantan bacul yg jahil agama terus memukul isteri nya.haram memukul isteri dengan tangan cik jamil.HARAM.samada di provokasi atau tidak cik jamil boleh lihat video tu.apa hal plak cik jamil bersimpati pd jantan bacul tu.sama spesis aper ker?biasa nyer samer spesis yg akan membela spesis nyer.THINK.

    ReplyDelete
  4. Ada lah tu. ..sampai hilang sabaq si suami 2....betoi lah 2 ick jamil...yg tgh emosi kaum hawa...takut esok esok depa kena lagu tu kot hahahhhhhaha...biaq kaum hawa sedaq skit kekekekek asyik lawan suami....sekali kena baru padan muka kekkeee

    ReplyDelete
  5. Kitaorg lg mluat... Xde slh orgnya...jntn ni pg mna2 mmg suka cari psl... Brlagak nk mampus!! Keje mcm taik..tu la trlebih sudu dr kuah... Allah lbh brkuasa x kena d jbtn kena d luar...wht u give u get back...dah la krg ajar dgn masyarakat... Kerjaphn mcm taik... Mkn gaji buta..inilah balasan org yg suka menganiaya.... Mna2 yg slma ni ada niat nk aniaya n dah aniaya org tu bringatla ya....

    ReplyDelete
  6. inilah adalah wajah pemuda penyokong tegar pkr area jerantut. memang perangai penyokog parti ni suka membantai perempuan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...