Wednesday, 21 August 2013

TWEET KJ YANG BAKAL MENGUNDANG KEMARAHAN DAN AMUKAN GANAS DARI PARA BLOGGER UMNO TEGAR?????


Tweet KJ mengenai membatalkan terus cadangan Menteri Pendidikan II DS Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN di bawah CCRIS bakal mengundang kemarahan para blogger UMNO yang benci dengan KJ yang dilihat kini sedang meniti tangga kepimpinan UMNO yang lebih tinggi.

Maklum sajalah kan.. mereka ini amat terkenal sebagai blogger ganas bengis dan berjiwa garang.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai ‘mendengar suara orang muda’.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda,” katanya melalui ‘tweet’.

Hakikatnya bukan mendengar suara orang muda saja tapi hampir keselurahan rakyat termasuklah para penyokong UMNO yang merasakan betapa mereka dizalimi setelah memberi mandat dan kemenangan kepada UMNO pada PRU 13 yang lalu.

Yang begitu kuat mendesak ialah dari kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri.


APABILA PAKATAN RAKYAT KUAT... RAKYAT AKAN MENDAPAT NIKMAT DAN MANAFAAT... ITU ADALAH HAKIKAT.

8 comments:

  1. KJ......ada udang sebalik bihun kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada anon 1327 di sebalik pungkok kot.......

      Delete
  2. Biar betul ni KJ ? Sbb nak pertahan jawatan KP UMNO ke ni ? Lepas menang nanti jadi binawe semula la ya...umno...takde hati perut...

    ReplyDelete
  3. Anon 1438, umno ni mana ada kulit kat muka diorang...perasan jadi hero konon ! Yg kuat membantah ialah pemimpin PR, alih2 budak sengal yg tak diajar mak bapak ni pulak claim dia yg kuat membntah, mcm la najibi tu takut sgt dgn suara kera dia tu.

    ReplyDelete
  4. Nampak tu macam mana pemuda umno malaysia buat kerja. terbaikk.
    kalau PR yang memerintah malaysia hancur le. nak harapkan pemuda pas atau pkr. habis dimutaahkannya lagi ada la pelajar pompuan..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih tidak sedar dari mimpi agaknya cai umno ni

      Delete
  5. Pi lah terbaik konon.Dulu sebelum PRU 13 KJ laj beria benar mahukan semua peminjam PTPTN melunaskan hutang mereka. PR beri tawaran kalau tawan Putra Jaya PTPTN hapus. Skrg PTPTN nak black list peminjam PTPTN dan dan bantah tak setuju konunnya. Kalau PTPTN tak buat camtu sampai bila peminjam tak mahu bayar buat make dont no je. Pemerentah kena priharin sikit dgn bekas2 peminjam PTPTN ini. Ada dikalangan mereka cari kerja tak dapat buat kerja sambilan gaji 1-2,000 sebulan. Mak ayah org susah bagi mak ayah 4-500 sebulan. Belanja saku 800 tak lari tetap. Sewa rumah api air petrol licin lah nak bayar PTPTN camana. Pendaptan bulanan 2,000 kebawah skrg ini lekat celah gigi je lah. 3,000 keatas kalau di KL,Johor Pineng mangkow le jawab. Kerajaan yg ada kena tau kesusahan bekaa2 peminjam sbb itu depa tak bayar.

    ReplyDelete
  6. wayang je.. deris jusoh jadi kambing hitam kali ni. sebab dh xbguna sgt utk umno. kj baru lg. nk angkat naik jd hero.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...