Saturday 3 August 2013

PRORAKYAT RAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMENTA SERTA RAKAN-RAKAN PERJUANGAN DALAM MAJLIS IFTAR DENGAN SUASANA YANG RIANG...



Pertubuhan Kemajuan Kebajikan Rakyat Selangor (ProRakyat) yang di pengerusikan oleh Saudara Khairul Anuar Othman telah mengadakan majlis iftar bersama anggota-anggota PRORAKYAT@PKOM@SKS@CLUB REFORMIS@TEMAN FB@Blogger dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim malam tadi. 

Majlis tersebut diadakan di Restoren Tasik Antan Bantura Shah Alam telah berlangsung dalam suasana yang riang bersama kehadiran beberapa tetamu dan Ahli Majlis yang dijemput khas termasuk omakkau.

Pada majlis itu Saudara Khairul Anuar menyatakan syukur kerana berpeluang menyempurnakan Iftar bersama rakan-rakan dan anak-anak yatim, sedikit sumbangan telah diberi untuk meringankan beban mereka yang kehilangan orang yang tersayang.

Majlis seumpama ini dihasratkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk turut sama-sama berperanan untuk menceriakan golongan yang kurang bernasib baik dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Untuk Saudara Khairul Anuar Othman berserta urusetia yang terlibat...tahniah omakkau ucapkan!!


4 comments:

  1. Bsguslah.....melaksanakan kerje2 yg dilupakan oleh pemuda...petua..puteri...dan wanita UMNO. SORY LER kami cbok selepas menang

    ReplyDelete
  2. hahaha...umnok juz buat keja utk kosmetik je..tu pn masa2 nak mengundi

    ReplyDelete
  3. nama pun umno.dah kuno

    ReplyDelete
  4. UMNO buat kerja tak ikhlas. Nak buat mcm mane presiden die kan famous dgn ungkapan "You help me I help you".

    Buat lagu pun selitkan perkataan "tiba masa balas budi".

    Pemimpin depa pun tak de kualiti. Petikan kata2 dr pemimpin melayu "kos sara hidup meningkat naik, rakyat kene ubah cr hidup","harga ayam naik, jgn makan ayam","harga gula naik, kurangkan gula utk kesihatan","GST utk keselamatan rakyat","tarif elektrik naik, rakyat kene berjimat"....itulah cth2 ucapan yg keluar dr mulut pemimpin melayu yg sgt...sgt....bijaksana.....hidup melayu!!!! Puihhh...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...