Saturday, 3 August 2013
LAGI KES TERPENCIL!!!!.....PENGAWAL KESELAMATAN MAUT KENA TEMBAK!!!!!
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.
"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.
"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.
Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Semua untuk cover line. Mungkin mangsa tahu siapa dalang yang membekalkan senjata api kepada penjenayah.
ReplyDeleteWalaupun sekarang banyak terjadi kes org mati kena tembak di negara, aku masih berpendapat negara Malaysia masih negara yang selamat di dunia.Kalau dah semua rakyat Malaysia mati kena tembak baru tak selamat bro.
ReplyDeleteAku suka komen ko.....Malaysia negara paling selamat......ya memang selamat.....selamat untuk PEROMPAK, PENYAMUN,PEROGOL,PENGEDAR DADAH, DALANG DADAH DAN AKHIR2 INI SANGAT SELAMAT UNTUK PEMBUNUH!!!!SYABAS MALAYSIA.....anda sangat terkenal didunia sekarang.....aku bangga bangat negaraku paling selamat?........hai KASSIM SELAMAT.....
Deletedah macam negara koboi..hari2 ada kes tembak..
ReplyDeleteni berita/cerita lama ...
ReplyDelete"Malaysia Ku tetap indah & permai" !!!
indah & permai lah sangat.... dengan pendatang asing yang mengebik. adoiii manggai, manggai.......
DeleteAPA NAK HAIRAN KAN.ALTANTUYA WANITA MENGANDUNG DIBOM.PAS ALATANTUYA DILENYAPKAN.RASUAH KAPAL SELAM LEBIH BESAR DARI KAPAL SELAM.JADI APA NAK DIHAIRANKAN ITU BELUM SEBUT YANG MENTERI SAPU.JADI KEPADA PEMBUNUH UPAHAN INI KALU NERANI JANGAN BUNUH RAKYAT MISKIN NI CIKGU, JAGA,PERGI BUNUH MENTERI MENTERI NI LAGI BAGUS
ReplyDeleteini blh mendatangkan marah.jgn marah tuan sadiq,nt kena jual.25 percent.
ReplyDeleteBarulah mcm negara barat,hari hari ramai orang mati kena tembak,kebebasan dan keadilan yg dilaung laungkan PR menjadi nyata.Syabas Malaysia kerana berjaya mengekori kadar kekerapan jenayah berat seperti Filipina,Mexico,Amerika Latin dan Afrika.Ini baru permulaan dgn undang undang sekarang diramalkan akan berlaku peningkatan jenayah berat pd kadar 300 peratus lagi.PR dan penyokong sepatutnya sgt gembira dgn perkembangan ini.
ReplyDeleteSbb merekalah yang beria ia benar nak menghapuskan isa nah lihat apa terjadi
DeleteTerima kaseh puak2 pr ni...hehehe
baru nak hapus ISA,jika hapus ISA mau semua orang kena tembak.baghal punyer komen.
Deletemana dia samseng taik kucing yang berdegar degar dengan suara keramat mereka yang nak pertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air kita nih!!!!!!!!!
ReplyDeletetaik kucing terkambus di dalam tanah, tak berani lagi nak menunjukkan muka taik mereka.
DeleteHidup MELAYU......... Malaysia BOLEHHH semua BOLEHHHH Main prempuan senang BOLEHHHH....
ReplyDeleteInilah yang dinamakan negara yang paling selamat dalam dunia bila orang peringkat cikgu sampai jaga dah ramai mati kena tembak yang tingal hanya perinkat menteri baru bagus.
ReplyDeleteMALAYSIA BOLEH........
Kalau tak der terlibat dgn benda mengarut org tak kan suka suka nak bunuh...lepastu ramai pulak kaum india yg kena tembak.Najib bodoh pi mansuh ISA dgn EO ler punya pasal.So sapa terasa nak jadi gengster tu baik beli pistol,takat pakai parang tak jln dah.Kita dah maju setaraf gengster new york dah...M'sia BOLEH!!!
DeleteMari lah ramai ramai ubah pru14 pada parti PR sebab BN dah gagal menjaga keamanan negara.Selepas berjaya mendesak memansuhkan ISA,PR akan mendesak lesen senjata api pulak dimansuhkan supaya semua boleh mempertahankan keamanan negara ini.Tidak perlu gusar lagi sebab lagi 5 tahun,ini akan menjadi kenyataan.Mampus kau BN...
DeleteRakyat senang2 je kena tembak. Ini tentu keja geng yg bunuh Al tatuya. Kalau kerajaan dah bangang sangat tak tahu nak jaga rakyat, bagi je rakyat pakai senjata api. Baru betul2 jantan kita lawan tembak mcm citer "Gun Fight At OK CORRAL".
ReplyDeletesekurang2 sebelum ditembak ada gak peluang aku bunuh balas. Teringak citer "For A Few Dollars More"atau "Have Gun Will Travel"
Ini baru betul "Wild Wild West" .
yg benar -
Koboi Nagusi Die Hard alias Doc Holiday
Tak paaa...mlesia masih amann.....
ReplyDeleteKenapa tiba-tiba negara yang diperintah oleh bangsa melayu dari parti UMNO Baru menjadi meriah dengan bunyi letupan senjata api.... Cuba guna otak yang bangang tu untuk berfikir !
ReplyDeleteDan kenapa menteri dalam negeri mengeluarkan kenyataan bahawa penjenayah dianggarkan lebih kurang setengah juta orang melebihi dari jumlah anggota polis yang sedang berkhidmat ?
Kemudian ketua polis negara kata jangan salahkan polis diatas kemeriahan senjata api menembak mangsanya. Dia juga menyalahkan akta eo dan 'isa' dihapuskan.... Persoalannya kenapa ketua polis cakap seperti ahli politik ?
Lagi satu kemusykilan yang perlu difikir oleh otak yang bangang itu ialah kenapa pencerobohan lahat datu berlaku ketika rakyat malaysia nak memilih kerajaan baru ?
Kata laluan yang tersembunyi dalam persoalan diatas adalah "KETAKUTAN" yang menjadikan matlamat menghalalkan cara.
Kita perlu sedar selepas pilihanraya umum ke 13 yang kontrovesi, kita akan saksikan satu lagi pilihanraya dalam perhimpunan agong UMNO Baru. Pilihanraya yang menentukan sama ada kuasa penjajah yang baru mengambil alih atau masih kekal dibawah regim Tun Mahathir.
Oleh kerana itu ahli UMNO Baru perlu ditakut+takutkan dulu kemudian diperbodohkan sebelum mereka diarahkan patuh pada arahan pemimpin tertinggi parti.
Sebagai contoh... Ahli mesti bersatu jangan berpecah belah, oleh itu marilah kita amalkan demokrasi terpimpin iaitu jangan calonkan diri lawan orang yang sedang pegang jawatan.... Berilah orang itu peluang sepenggal lagi untuk berkhidmat !
Orang luar tidak akan faham maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan UMNO Baru jika leka dengan pistol berbunyi beng...beng...bang...bang...bung...bubg. Dan mati.
Kita sebenarnya tidak boleh leka dan terlupa walau sedetik pun bahawa UMNO Baru itu adalah parti waris penjajah yang tidak ada agenda perjuangan memertabatkan kedudukan bangsa melayu menjadi mulia sama ada dalam negeri atau diluar negara.