Wednesday, 14 August 2013
PEMUDA MCA BUAT REPOT KEATAS PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS KERANA KENYATAAN DALAM FACEBOOKNYA " KITA MELAYU PATUT BERSATU MENENTANG CINA...CINA HARUS BALIK KE NEGARA CHINA" !!!!!
Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.
Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.
"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.
Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini.
Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.
Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat.
Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.
Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.
Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya... M'SIAN INSIDER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Ish....binatang sekor nie kebal undang undang.berapa banyak dah komen haprak binatang nie sampai nak sembelih kaum cina tapi apa tindakan pihak berkuasa.binatang blogger porno umporno ni masih bebas mengeluarkan komen macam haramjadah.perut penuh syaitan sebab mentedarah rasuah.percaya ler....pihak berkuasa tidak berani waima nak sentuh binatang sekor ni.
ReplyDeleteSusah kalau orang ada ilmu kebal ini sebab tok guru yg menurunkan ilmu kebal ini kepada dia sentiasa berada disisinya. Kena pancung tok guru dia dulu baru boleh pancung anak muridnya.
ReplyDeletepadan muka mca...kawan lagi ngan mangkuk2 ayun umno ni....
ReplyDeletegomo MCA gomo....setakat gomo pakai mulut jer...buat aper.....last2 basi airliuq tu.....tapi sisyaitan tu tak der aper2...tukar lagi blog....
ReplyDelete