Sunday 4 August 2013

GENAP 30 HARI PRESIDEN SAH MESIR DR MUHAMMED MURSI AL HAFIZ DI TAHAN...RATUSAN RIBU PENYOKONGNYA AKAN TERUS MENINGKATKAN TEKANAN!!!!!



KAHERAH - Selepas genap 30 hari Presiden Mesir Muhammed Mursi ditahan, ribuan penyokong meningkatkan lagi protes bagi memberi tekanan terhadap kerajaan sementara diterajui Presiden sementara  Adly Mansour.

Selepas sebulan Mursi ditahan, media difahamkan pemimpin itu telah dipindahkan sebanyak tiga kali ke lokasi rahsia yang dikawal ketat oleh tentera kerajaan sementara. 

Sehingga kini, keluarga beliau masih belum bertemu dengannya kecuali wakil Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dan wakil Kesatuan Afrika Alfa Omar Konari yang dilaporkan pernah bertemu beliau di lokasi rahsia.

Di Kaherah, pihak berkuasa merancang mengepung penyokong Mursi di luar Masjid Rabaah al-Adawiya dan sekitar Universiti Kaherah serta  berkawal ketat di laluan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Dalam perkembangan terbaru, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Mursi selepas mereka bertindak menyerang kompleks televisyen swasta di selatan Kaherah.

Seorang pegawai memberitahu, penunjuk perasaan cuba untuk menghalang lalu lintas dalam usaha menjejaskan operasi di kompleks terbabit.

“Pasukan keselamatan melakukan kepungan di kompleks berkenaan selama 48 jam dan meminta penyokong bersurai secara aman,” katanya. - AP

2 comments:

  1. ya Allah..dengan zatmu yang mulia...bebaskan bumi ambia ini daripada kekejaman musuhmu..kembalikanlah ia kepada hambamu yang engkau redai...amin..amin...ya Rabbal alamin.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...