Saturday, 17 August 2013

SEBUAH KELUARGA DIKAWASAN PARLIMEN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA SUDAH ENAM TAHUN HIDUP DENGAN EHSAN AIR HUJAN!!!!

Enam tahun guna air hujan

PONTIAN - Sebuah keluarga yang tinggal di kediaman melalui program bantuan rumah di Benut, di sini, terpaksa menggunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian sejak enam tahun lalu.

Maman Ubek, 47, bersama isterinya, Saharah Mohd Nor, 40, dan anak berusia 10 dan 13 tahun bergantung kepada air hujan yang ditadah di dalam tangki di sebelah rumah mereka meskipun kualitinya tidak bersih.

Menurutnya, sejak dia sekeluarga berpindah ke rumah terbabit enam tahun lalu, bekalan air paip tidak pernah disambung.

“Saya kecewa kerana rumah yang kami duduki tidak seperti rumah lain yang lengkap dengan kemudahan elektrik dan air.

“Lebih menghairankan lagi, terdapat paip penyambungan bekalan air dari meter hadapan ke dalam rumah, namun bekalan air tidak disambung sehingga sekarang,” katanya.

Dia yang bekerja kampung berkata, sekiranya hujan tidak turun dalam tempoh tiga hari, tadahan air akan mengering sekaligus menyebabkan dia terpaksa mengangkut air dari rumah ibunya.

“Saya dan isteri cukup risau jika hujan tidak turun, dari mana kami hendak dapatkan bekalan air.

“Mahu tidak mahu kami terpaksa mengangkut bekalan air bersih dari rumah ibu kami, Bechik Salleh (60 tahun),” katanya.

Bagi Saharah pula, dia cukup bimbang dengan keadaan kesihatan anak bongsunya, Nur Syafiqah, 10,  yang mengalami masalah kesihatan.

“Syafiqah kerap muntah-muntah, cirit birit dan gatal-gatal pada kulit akibat air hujan yang digunakan.

“Ramai penduduk dan rakan-rakan sekolah anak sulung kami Nur Madiyana, 13, tidak percaya kami masih lagi menggunakan air hujan,” katanya.

Dia yang turut mengambil upah mengutip buah kelapa sawit bagi menambah pendapatan keluarga berharap agar ada pihak yang tampil membantu mereka sekeluarga memperoleh bekalan air bersih.

“Kami sekeluarga sudah lama impikan bekalan air paip untuk anak-anak yang kini sedang membesar, kami mahu anak-anak hidup lebih sempurna tanpa menggunakan air hujan lagi,” katanya.

DIMANA UMNO KUAT... DISITU RAKYAT HIDUP MEREMPAT DAN DILAYAN MACAM WARGA KELAS BANGSAT!!!!

RAKYAT SELANGOR MENDAPAT AIR BERSIH PERCUMA.. RAKYAT JOHOR PUN DAPAT AIR PERCUMA JUGA.. SUDAH ENAM TAHUN LAGI UUUU... TAPI AIR HUJAN LAH...

15 comments:

  1. Mana perginya Ahli Parlimen Pontian? Akibat mengundi UMNO hidup pun jauh ketinggalan.

    ReplyDelete
  2. Inilah jenis rakyat tak reti bersyukur, sudahlah hidup dengan menikmati air hujan secara percuma tak perlu bayar sesen pun, merungut pulak

    Bayangkan kalau OMNU tak ada di Joho sudan tentu hujan tidak akan turun selamanya di Joho.
    Ketahuilah bahawa turunnya hujan di Joho adalah suatu rahmat kerana adanya OMNU di Joho kerana Alah Bersama OMNU (ABU) tak gituuuuuuu.

    Bersyukurlah dan jangan sesekali merungut kerana boleh mengurangkan nilai sokongan anda kepada OMNU dikuatiri akan mengurangkan jumlah turunnya air hujan. Hidup OMNU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punyer komen,otak low class...

      Delete
    2. pencacai umporno bodohpiang17 August 2013 at 18:26

      Pencacai umporno spesis low class tahap gaban.bodoh tak sudah sudah.kemajuan negara merangkumi bekalan air bersih ler bodoh.ko dan kak badak ko tu gunalah air hujan utk kegunaan seharian.ko sedap sdap guna air dirawat lepas tu keluhan rakyat marhaen ko kata tak bersyukur.aper punya bangang,baghal,bodopiang,bengong,kaldai,bahlol,bodoh,samdol dan limau purut 3 serangkai buta perut takder akai ko ni.

      Delete
    3. Hanya di malaysia jer ada air hujan sedangkan donia lain tiada.tak percaye tanye omnuporno.dikawasan rumah aku pun tak kena hujan walaupun rumah jiran aku hujan lebat.pasai aku dan keluarga bukan pencacai omnuporno.

      Delete
    4. Lagi komen bodoh...tak masuk akal langsung...

      Delete
    5. releks bro ayat perli tu , hidup umno , mana umno kuat situ melayu merempat ,

      Delete
  3. Orang2 omnu semuanya baik2. Janganlah nak komen kerajaan bn sebab kita mesti bersyukur. Biarlah hidup kita merempat haprak asalkan omnu dan bn memerintah. Oklah tu drp tarak air langsung macam kat kawasan pagoh ambil air drp sungai. Heh heh heh. Terimaksih omnu bn selamat memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Tau tak per.Syukurlah korang tau berterima kasih pada kerajaan BN.

      Delete
    2. Bersyukur dan berterima kasih pd Allah swt

      Delete
  4. Sendiri mau ingat la..lain kali jangan nak memandai sokong PAS atau undi PAS. Harta kat Malaysia ni UMNO yang empunya..Ada PAHAM?

    ReplyDelete
  5. Biar jadi bodo...biar hidup miskin...biar hidup merempat...biar hina dina....biar makan dua hari sekali....


    Yang penting UMNgok tetap Manang...!!!! kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  6. aku sokong umno tiap minggu tkyah makan kat rumah pergi je jamuan aidil fitri org umno buat. PAS Keadilan ada?kalau ada pun nungkit. kalau ada makan baru nak g markas pas he he he

    ReplyDelete
  7. La nie semua pakai duit, fulus fulus. Nak makan kena duit, nak berjalan kena duit, hatta nak terkucil pun duit.... Walaupun duit bukan segala-galanya ! BN banyak duit...PR ada ka ?

    ReplyDelete
  8. Memang kepala org umno mikir duit 24jam je. Baling batu...baling telo...belasah org RM20 punya pasal pun geng umngok sanggup... sb tu org yg kaki ekor kalau tanya parti mana dia pangkah komfom dia jawab parti keris karat....kah kah kah



    Buat malu bangsa je kaum umngok yg menganut agama ameno ni.....kah kah kah... Tuhan pun duit...yg penting masyuk.....kah kah kah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...