BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA
PEMBUNUHAN RAKYAT DI MESIR: KEMBALIKAN SEGERA DEMOKRASI RAKYAT
Petaling Jaya, Selangor, 14 Ogos 2013. Pertumpahan darah yang berlaku
hari ini akibat serangan ganas pihak pemerintah tentera Mesir ke atas
rakyatnya sendiri, adalah amat mendukacitakan.
Ia merupakan satu malapapetaka besar kepada tamadun kemanusiaan dan amalan demokrasi dunia. Adalah nyata, rakyat yang diserang itu, termasuk wanita dan kanak, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata apa-apa.
Justeru, tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera, nyatalah terlalu keras, tidak manasabah dan tidak dapat diterima oleh pemikiran yang waras. Laporan-laporan setakat ini menunjukkan bahawa lebih 3,000 orang telah terbunuh dan puluhan ribu yang cedera parah.

Penindasan tentera berterusan ini merupakan satu tamparan buruk kepada
perkembangan demokrasi yang baru saja bertunas dan dinikmati oleh
seluruh rakyat Mesir.
Para penyokong Dr. Muhammad Morsi, seolah-olah dengan sengaja dihimpit dan ditekan, supaya akhirnya terpaksa bergerak secara ‘underground’, tidak dapat mengawal diri dan akhirnya bertindak secara ekstrim. Jika ini berlaku, maka berpeluanglah pihak tentera dan para penyokongnya mengganyang mereka secara habis-habisan.

Pihak tentera mendakwa bahawa kudeta berdarah yang mereka lakukan pada 3
Julai 2013 yang lalu kononnya untuk menyelamatkan demokrasi rakyat.
Nyata, apa yang berlaku kini pihak ‘penyelamat’ ini telah menjelma pula sebagai lembaga baru yang menghantui, menggerunkan serta menindas kejam rakyat. Namun, sokongan terhadap Dr Muhammad Morsi tetap semakin berkembang dan mengakar.
Malah, sebahagian mereka bersedia untuk mati syahid demi mempertahankan demokrasi yang baru sahaja mereka nikmati. Ini ada justifikasinya. Beliau dipilih sebagai Presiden melalui pengundian dan sistem demokrasi yang sah dan diiktiraf dunia.

Kita amat sedih dan empati kepada seluruh rakyat Mesir yang berterusan
terperangkap dalam konflik yang belum nampak kesudahannya ini.
Jika tidak dihentikan, ia akan menjadikan Negara Mesir yang luas dan paling ramai penduduk ini, berpecah belah dan sukar untuk distabilkan kembali.
Paling membimbangkan, andai tiada langkah-langkah yang dilakukan, boleh berlaku perang saudara yang dahsyat sebagaimana di Syria sekarang ini.
Sesungguhnya, segala perkembangan terakhir yang berlaku, berserta dengan pengistiharan darurat oleh junta tentera, mengesahkan Mesir sedang diperintah secara diktator.
Justeru, semua pihak yang merasakan diri punyai maruah dan wibawa, perlulah mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan jenayah Jeneral Al Sisi ini.
Keesahan penguasaannya ke atas kerajaan Mesir hendaklah ditolak. Paling utama, peluang menikmati amalan demokrasi yang baru saja bermula, dikembalikan semula kepada rakyat Mesir dengan segera, tanpa syarat.

Dr Muhammad Nur Manuty
gmbr mamak mana ni?
ReplyDeleteelok yg baring kat depan parlimen aritu jadi macam dlm gmbr tu.baru neraka jwbnya..
Kih.kih.kih.mamat bodohpiang pencacai abdi umporno bersuara.malang nyer sumbang.silap silap ko yang ke neraka jahanam.
DeleteHanya UMNO dan semangat kebangsaan sahaja yang boleh membawa keamanan. Di zaman Mubarak dulu mana ada persengketaan. Setelah pihak pro islam mengambil alih baru ada pertumpahan darah. Hidup UMNO! Hidup Nasionalisma! Hidup Mubarak!
ReplyDeleteAnon 23.51 kapir harbi celaka dunia akhirat
DeleteCiss..anon 23.51 ...tak tau citer jgn bising...diam lebih baik
ReplyDelete