Thursday, 22 August 2013

OLEH KERANA GAGAL MEMPEROLEHI MAJORITI PARLIMEN 2/3, SLOGAN 1M'SIA BAKAL DI TUKAR GANTI DENGAN SLOGAN DAN LOGO LAIN YANG BERI NAMA "ENDLESS POSSIBILITIES" ?????



Selepas 1Malaysia hilang taring, Putrajaya kini guna `Endless Possibilities’


Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai.

Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities’, dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities’ akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina.

“Kempen `Endless Possibilities’ sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities’, yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan’ dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka,” kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna’ ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities’ sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

“Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

“Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara,” menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu.

Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.

“Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung’,” katanya.

15 comments:

  1. BODOH PUNYA TULISAN- CUBA NAK SPIN TP BODOH MAKAN TAIK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pi la jilat pungkok Najib Mangkok hayun woiii kalau dah taksub sangat pada pemimpin penipu hang tu...tanya dia siapa kongkek budak hitam di PD dan tanya dia betul ke Altantuya boleh pakai depan belakang macam dia bagi tahu Razak baginda......

      Delete
  2. Habis Bahasa Kebangsaan...oleh orang kita sendiri...

    ReplyDelete
  3. ni lagu rasmi dia ke..hehe http://www.youtube.com/watch?v=Td1XgkybCdo

    - Keputusan Piala Malaysia 2013

    ReplyDelete
  4. M= Malaysia.Y= Yahudi

    ReplyDelete
  5. PM telah memperkasakan bshasa inggeris dan memartsbatkan bahasa Melayu....HIDUP BN

    ReplyDelete
  6. ko orang fikirlah sedari dulu hingga kini dan selamanya,pemimpin umno tak berkesudahan dengan berbagai slogan dan logo,jika ditaruk dijalan dari perlis sampai sabah pun tak akan habis-habis.Adakah pemimpin umno ni gila slogan tapi tak ada apa pun.syarikat untung buat duit dan kroni tolong tadah sikit-skit.kah..kah...tak caya ker..???

    ReplyDelete
  7. posible tu.....end of UMNO/BN....hihihihihi

    ReplyDelete
  8. Geli geleman dgn slogan tah aper aper.slogan rais yatim takder ker.ngabiskan duit jer buat pelbagai kempen haprak.

    ReplyDelete
  9. Dengar khabar konsultan dibayar RM30 juta utk hasilkan slogan dan logo bodoh itu. Tapi pecah juga rahsia idea tu diciplak dari negara Israel. BODOH BANGANG punya Najib biarkan ditipu oleh penasihatnya.

    ReplyDelete
  10. sembang kosong. BN biarkan rakyat jadi bodoh dari segi perkembangan pengrtahuan dunia dan agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap... dah jadi kat kaum nabi musa, nabi luth.... tak lama lagi kita !!! semoga semua bawa cukup bekalan... amin

      Delete
  11. possibly BN less

    ReplyDelete
  12. Malu oooooooii.apa saja slogan be end menjelaskan kebodohan kepimpinan umporno.tak habis habis dengan slogan ciplak.awat nyer bodoh sangat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...